"Apa yang dah jadi sebenarnya Varnon?" tanya Pairy yang masih keliru dengan perkara yang menimpa Akira dan pemuda asing di hadapannya itu. Macam mana Akira boleh tiba2 pengsan?? Kenapa cahaya merah serentak keluar dari dada mereka berdua??
"Kau tengok budak ni." kata Varnon merujuk kepada Benjamin yang masih tidak sedarkan diri. Wajah Akira di katil sebelah turut direnung sebentar.
"Dia Benjamin, salah seorang dari 7 warna tu." kata Varnon sekali gus membuatkan Pairy memalingkan wajah memandang Benjamin. Mereka berjaya temukan lagi seorang pemilik warna.
"Dia mahluk Bunian dari Lokeris dan dia berdarah keturunan Vecrio." Pairy lantas terkejut mendengar kata2 Varnon tadi. Anak pemerintah Lokeris yang telah membunuh Raja Solaras merupakan salah seorang dari tujuh warna? Pairy memandang wajah Varnon untuk mencari kepastian. Varnon yang memahami pandangan Pairy terus menganggukkan kepalanya.
"Aku rasa ni sebab utama kenapa 7 warna tersebar jauh pada keturunan mahluk lain. Sebab untuk bangunkan semula Ecozania, kita semua perlu bersatu semula. Aku harap kau tak berdendam dengan Benjamin macam mana Lorex berdendam dengan dia." kata Varnon pada Pairy. Pairy menganggukkan kepalanya. Dia faham dengan situasi yang sedang mereka alami sekarang ni. Berdendam dengan anak pembunuh Raja mereka yang juga merupakan salah seorang yang akan membawa keamanan kepada dunia sesungguhnya memang sia2.
"Jujur aku kata, aku tak berdendam pun dengan dia." sampuk Lorex yang baru tiba entah dari mana. Kata Varnon yang mengatakan dia menyimpan dendam terhadap Benjamin sama sekali tidak benar. Aku bukan nak berdendam, cuma kedatangan dia agak mencurigakan dan mengingatkan aku pada peristiwa lama.
"Tapi jika ada apa2 terjadi pada Akira sebab tindakan bodoh dia tadi. Memang mati dia, aku kerjakan. Aku tak peduli kalau dia salah seorang dari 7 warna sekali pun." Bentak Lorex bila dia teringat kembali tindakan bodoh Benjamin pada petang tadi.
"Apa yang dia dah buat? Apa pula kena mengena dengan Akira?" tanya Pairy lagi. Dari tadi dia menunggu jawapan untuk soalan yang sentiasa bermain di kepalanya tapi masih tidak dapat.
"Benjamin tahu tentang sumpahan yang melanda Ecozania dan tentang Lagenda penghalang sumpahan dari putaran waktu yang kami tayangkan dekat Rogeric. Kebetulan dia juga ada tanda yang sama dengan Rogeric cuma berlainan warna dan bila kami sahkan yang dia salah seorang dari mereka dia agak ragu2. Dia nakkan kepastian. Dalam putaran waktu ada mengatakan yang mereka takkan mati selagi sumpahan belum terlerai. Nyawa mereka bergantung pada Akira jadi dia tikam jantungnya sendiri. Bila dia hampir mati Akira ikot sama rebah dan kau nampak sendiri kebenaran Lagenda itu. Pedang yang tertusuk di jantung dia lebur dan dia masih hidup. Di dadanya juga tidak ada meninggalkan sebarang parut." terang Varnon dengan panjang lebar. Pairy yang mendengar cerita Varnon ikut teruja. Dada bidang Benjamin diperhati lama. Memang tidak ada menunjukkan sebarang parut di situ.
Sudah nyata yang Lagenda itu adalah benar. Dengan kehadiran seorang perseorang yang mempunyai tanda berwarna pada lengan kanan masing2. Di sahihkan lagi dengan perkongsian nyawa mereka dengan Akira. Jadi Ecozania memang akan kembali aman. Kembali aman dengan kehadiran pewaris baru dari setiap keturunan mahluk di dunia itu.
★★★
"Aku mintak maaf." sayu kedengaran suara seseorang memohon maaf di sisi tubuh Akira yang sedang elok terbaring di atas katil bilik rawatan Ekadimia itu.
"Bukan niat aku nak buat perkara bodoh macam tu. Aku cuma nakkan kepastian. Aku dah tak sanggup hidup dalam penipuan." kata Benjamin lagi dalam esak tangisnya. Biarlah dia melepaskan kesedihannya buat kali terakhir di sini. Dia ingin mulakan hidup yang baru lepas ni. Hidup dengan kebebasan dalam wilayah baru yang menjanjikan keamanan pada dunia Ecozania.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasyEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...