Bab 8

416 30 0
                                    

"Akira !!" jerit Lores mencari2 pemilik nama itu. Seorang gadis yang sangat degil. Apa nasib dia sampai boleh terikat dengan gadis seperti Akira pun dia tak tau lah.

"Akira !!!!" jeritnya lagi. Kalau dia hilang macam mana? Kalau Akira ditangkap oleh penceroboh di Zaujania apa dia nak jawab dengan ayahnya? Terok la kau Lores, budak mentah macam tu pun kau tak boleh jaga. Jatuh martabat kau sebagai penjaga keturunan diraja !! Mentah2 dia pun dia tu pewaris takhta Ecozania !! Anak Raja Solaras !! Kau lupa? Bebel Lores memarahi dirinya yang lalai menjalankan amanah yang dipegang sejak 20 tahun yang lalu. Tapi sejak Akira menjejak usia 20 tahun ni baru budak itu berubah sedikit degil. Perasaan ingin tahu terhadap dunia luar dari wilayah Zaujania sering membuak2 dalam dirinya.

Prakkk...

Laju Lores menoleh ke belakang. Sabit yang tersisip di pinggangnya di genggam kemas. Sekarang dia bergelar petani muda, sabit jela yang dia ada. Kalau dia seorang pemburu, barulah boleh ada anak panah atau lembing.

Lores mengaturkan langkahnya pada gerakan disebalik semak dihadapannya. Dia nekad dalam hati, kalau musuh yang muncul di sebalik semak itu dan dia tak mampu untuk melawan, satu sahaja pilihan yang dia ada. Berubah jadi naga ! Dalam hutan jauh dari pandangan orang2 Zaujania kan. Nyawanya juga terlalu penting untuk diserahkan begitu sahaja.

"Aku tahu ada orang dekat semak tu !!" jerit Lores sedikit kuat. Langkahnya dihentikan seketika. Dia memberi peluang untuk sesiapa yang menyorok itu menampilkan dirinya. Namun Lores tidak dapat tindak balas yang diinginkan. Langkah diaturkan semula mendekati semak tersebut.

"Aku beri kau peluang untuk keluar. Kalau aku yang sampai ke sana aku tak tahu apa nasib kau !!" kata Lores lagi masih cuba memberi amaran. Jujur jantung Lores juga sudah berdegup laju. Macam mana kalau Warewolf dari wilayah sebelah yang muncul? Tak pun mahluk Bunian yang mahu menyerang hendap keturunan manusia di Zaujania ni? Apa aku nak buat ni?

"Baiklah kalau kau mahu aku ke sana. Aku akan ke sana." kata Lores perlahan selepas berhenti seketika tadi. Kalau kau musuh, aku berubah jadi naga !! Aku panggang kau hidup2 !! Sabitnya diangkat tinggi sebelum berlari dan menerjah ke belakang semak tersebut.

"Siapa kau !!?" tanya Lores sebaik sahaja dia terlihat satu susuk tubuh sedang menyangkung memeluk lutut. Topi jerami besar yang menutup hampir keseluruhan tubuh manusia itu direntap kasar.

"Akira ?!!" jerit Lores bila Akira mengangkat wajah dengan senyuman kambing terukir di bibirnya. Memang sengaja cari pasal budak ni. Nasib aku tak berubah jadi naga. Memang rentung kau, aku kerjakan. Lepas tu masak aku nak jawab dengan bapak aku, bapak kau dan tak lupa Varnon sekali sebab aku dah bakar penerus takhta.

"Maaf Lores." kata Akira bila melihat wajah bengis Lores. Dia tahu yang Lores tengah marahkan dia. Tapi marah sebab dia menghilangkan diri atau marah sebab dia menyorok dibalik semak ni?

"Kenapa kau masuk hutan? Kenapa kau duduk dekat sini?" tanya Lores sekali gus menjawab pertanyaan hati Akira. Rupa2nya 2 perkara tu memang membuatkan Lores marah padanya.

"Aku tak sengaja Lores. Aku ikut kata hati aku. Macam ada sesuatu yang memanggil aku." jawab Akira merenung tanah. Tak berani nak pandang muka Lores. Lores kalau marah muka dia merah sangat seolah2 tengah terbakar. Tak tahu lah kenapa sejak dua menjak ni aku rasa macam ada yang memanggil2 aku dari arah hutan ni.

"Kalau kau kata kau ikut kata hati untuk masok ke hutan ni aku boleh terima. Tapi yang kau menyorok di balik semak ni kenapa? Ikut kata hati jugak. Kalau aku libas kau pakai sabit ni tadi macam mana? Mungkin hati kau nak kau mati?" tanya Lores geram memandang Akira. Memang sejak2 ni Akira suka masuk ke hutan walaupun sudah di tegah Lores. Bila ditangkap Akira janji takkan buat lagi. Tapi hari ni merupakan kali ke 15 Akira di tangkap oleh Lores di dalam hutan ni. Manalah si Lores tu tak bengang.

AKIRA; Penubuhan Semula EcozaniaWhere stories live. Discover now