"Jadi Raja Solaras mahu laksanakan Lagenda yang sudah tersimpan berabad lama itu pada Puterinya? Puteri yang baru sahaja lahir dan melihat dunia?" tanya Pairy sebaik sahaja Varnon dan Lorex menyatakan tujuan mereka mengunjungi ruangan kaji cuaca itu.
"Seperti yang kami ceritakan tadi. Memang Raja Solaras mahu melaksanakan Lagenda itu. Tak kanlah kami mahu membuat cerita." bantah Lorex bila Pairy seakan tidak percaya dengan apa yang mereka sampaikan sebentar tadi. Hal berkaitan arahan Raja dan hal di dalam Istana bukan boleh dibuat main2. Kalau dibuat main memang tanggallah kepala dari badan kau.
"Varnon, kalau tak keberatan boleh aku bertanya sesuatu?" kata Pairy meminta kebenaran untuk bertanya dengan Wizard Istana itu.
"Tanya saja lah. Kalau ada jawapannya akan aku beritahu." jawab Varnon memberi keizinan pada Pari2 genit itu untuk bertanya. Seperti ada yang mengganggu proses pemikirannya.
"Kau yakin yang Lagenda itu betul2 boleh terlaksana?" akhirnya Pairy meluahkan apa yang bermain2 di kepalanya sejak tadi. Bukan tidak percaya dengan kuasa Lagenda tersebut tapi ada perkara yang menggugat kepercayaannya itu. Kepercayaan yang melibatkan mahluk keturunannya. Keturunan Pari2.
"Kenapa kau tanya begitu? Kau tidak yakin dengan segala pengorbanan yang turut melibatkan keturunan kau dahulu?" tanya Varnon mengingatkan semula Pairy pada pengorbanan salah seorang keturunan Pari2 yang mengorbankan kuasa tanahnya bagi menjayakan Lagenda ini.
"Bukan itu yang aku risaukan Varnon. Aku risaukan tentang penyatuan 7 warna dunia itu. Dalam dunia porak peranda begini kau yakin mereka yang berbeza keturunan itu ingin bersatu? Ingin berpaling tadah menentang keturunan sendiri dan berpihak pada pemerintahan manusia? Bagaimana jika salah seorang daripada 7 warna dunia ini tidak mahu bersatu. Lagenda itu gagal terlaksana bukan?" luah Pairy tentang kerisauan yang melanda benak fikirannya. Dia berasal dari keturunan Pari2, jadi dia tahu tentang sikap Pari2 yang selalu bekerjasama. Lorex yang mendengar luahan Pairy tadi turut berasa gusar. Tidak senang duduk dibuatnya. Kenapa dia tidak terfikirkan hal itu tadi sebelum bersetuju dengan cadangan Solaras.
"Pairy, apa yang perlu kau risaukan. Tugas kita cuma perlu biaskan warna dunia itu. Setelah itu ia menjadi hak warna itu sendiri untuk mencari orang yang dirasakan sesuai dan layak menerima anugerah ini. Itu sebabnya kita biaskan warna melalui alam semulajadi supaya dia sendiri yang memilih mereka yang layak. Jika kita sendiri yang menyerahkan warna itu baru patut kau risaukan. Kau risaukan mereka yang mungkin terpilih dari keturunan kau bukan?" tanya Varnon cuba mengagak punca Pairy bertanyakan soalan itu tadi. Ternyata betul apa yang difikirkan Varnon kerana Pairy menganggukkan kepalanya.
"Kau jangan risau Pairy. Aku yakin dalam keturunanmu itu nanti pasti masih wujud Pari2 seperti kau. Pari2 yang sanggup ketepikan keturunan sendiri untuk terus setia bersama pemerintah sebenar Ecozania. Bila Ecozania sudah kembali pada keadaan asal nanti, keturunanmu pasti akan bangga dengan kau Pairy. Termasuklah mereka yang terpilih nanti. Kau kena ingat Pairy, pemerintah keturunanmu itu kini berada dibawah kuasa sumpahan Nikolas. Jika sumpahan terlerai nanti mungkin pemerintahmu juga ingin kembali bersatu dengan keturunan yang lain seperti sedia kala." kata Varnon cuba membangkitkan semula semangat dalam diri Pairy. Pairy pari2 yang berani mengetengahkan haknya sendiri dari terus berpihak dengan keturunanya yang kini diperintah oleh penguasa yang dipengaruhi kuasa jahat. Kuasa yang wujud dari sumpahan Nikolas.
"Terima kasih Varnon. Ya mungkin benar apa yang kau katakan itu. Aku berharap mereka yang terpilih dari keturunanku adalah yang terbaik untuk membantu bakal pemerintah Ecozania nanti." ujar Pairy dengan ceria. Teruja mendengar cerita tentang kelahiran penerus tahkta Ecozania. Tapi malang bagi Puteri itu kerana lahir dalam keadaan yang kucar kacir begini. Sudahlah kehilangan ibunya pula. Hidupnya juga perlu menerima tanggungjawab yang besar. Membangunkan semula dunia Ecozania.
"Jangan kau kuatir Pairy. Aku yakin mereka adalah yang terbaik dari yang terbaik nanti." kata Lorex pula setelah dia juga kembali tenang sejurus mendengar kata2 Varnon tadi.
"Aku teringin mahu melihat Puteri Ecozania. Pasti dia secantik ibunya Sang Ratu bukan?" tanya Pairy teruja pada dua lelaki dihadapannya.
"Kami juga belum melihatnya Pairy. Sejurus kelahirannya, Raja Solaras terus meletakkan tanggungjawab ini pada Puterinya. Bagaimanalah nasibnya nanti." lirih Lorex bersuara. Sebagai penjaga keturunan diraja, teringin sungguh dia hendak melindungi Puteri Ecozania itu lagi2 dalam keadaan porak peranda dengan peperangan seperti sekarang ini.
"Seperti yang diterangkannya tadi, Solaras mahu yang terbaik untuk Puterinya bukan. Kau mahu Puteri kahwin dan beranak muda semata2 mahu mencari pewaris tahkta yang baru?" Varnon bertanyakan sesuatu yang jauh dari luar kotak pemikiran Lorex.
"Aku maksudkan keselamatannya Varnon. Bukan aku maksudkan keupayaan dan kemampuan dia. Kenapa kau selalu menyonsangkan kata2 ku? Aku fikirkan perkara baik2 tapi kau berfikiran sebaliknya pula." marah Lorex pada pandangan yang dilemparkan Varnon kepadanya. Jangan fikir kerana aku seekor naga aku tidak mempunyai akal fikiran ya.
"Ah kau berdua, tak sudah2 mahu bertekak. Ini maklumat cuaca sudah keluar. Jika esok kau mahu biaskan warna dunia juga sudah boleh." kata Pairy membaca maklumat pada radar kaca miliknya. Sesungguhnya hanya dia yang faham apa yang tertera di situ. Jika ditanya pada Varnon dan Lorex pasti terkial2 mereka ingin membacanya. Pasti seperti bayi yang baru pertama kali melihat ABC.
"Besok? Takkan secepat itu?" tanya Lorex seperti tidak percaya dengan kenyataan Pairy tadi.
"Kau mahu terkejut kenapa? Seperti yang kau tahu jika kita biaskan warna itu besok pun bukan Puteri terus mendapat kuasanya dan terus pergi bertempur. Warna yang dibiaskan akan memilih mereka yang dalam kandungan Lorex. Bila lahirnya juga kita tidak pasti." ujar Varnon mengingatkan hakikat yang sama seperti Raja Solaras katakan bila dia mengajukan soalan yang sama seperti Lorex sebentar tadi.
"Iyalah aku lupalah. Jadi kau yakin mahu lakukan esok?" tanya Lorex lagi.
"Memang dasar otak kuda kau ni." ujar Varnon yang geram melihat kepetahan mulut Lorex berkata2.
"Hei aku naga, jadi otak aku otak naga. Bukan otak kuda." bentak Lorex mendengar kata2 Varnon tadi. Lain yang aku tanya lain yang dibahaskannya. Kadang2 aku ragu dengan Varnon ni. Macam mana dia boleh terpilih menjadi Wizard Istana. Mulut dia kadangkala mengguris hati nagaku ini.
"Maafkan aku ya Lorex, jangan kau berkecil hati. Aku bukan Raja Solaras. Kita tunggu keputusan dari Solaras ya sahabatku." kata Varnon menepuk2 bahu Lorex si naga. Pairy hanya menggelengkan kepala melihat keletah dua sahabat ini. Lorex menggaru2 kepalanya sebelum mereka bertiga berlalu ingin menemui Solaras.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasyEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...