"Akira... Akira..."
Tidur Akira terganggu bila ada yang memanggil2 namanya. Akira pantas berlari menuju ke bilik Lores yang terletak di sebelah biliknya. Semakin dia cuba abaikan semakin dekat suara itu menghampirinya.
"Lores bangun Lores!!" Akira menggoyang2kan tubuh keding Lores sekuat hati. Tapi Lores sedikit pun tidak menunjukkan tanda2 dia ingin bangun. Akira diselubungi ketakutan. Suara itu masih ada. Suara dari hutan sebelah yang menyeru memanggil2 namanya.
"Lores bangunlah!!" jerit Akira di telinga lebar milik Lores. Namun hampa kerana Lores setakat menggosok2 telinganya dan kembali tidur semula.
"Tidur macam naga. Keras, kejung, kematu!!" sempat Akira mengutuk. Padahal Lores memang naga pun. Badan Lores masih digoyangkan. Goyangan semakin di kuatkan apabila suara tersebut masih setia memanggil2 namanya. Kerana terlampau takot Akira menggigit tangan Lores sekuat hati.
"Woi sakitlah bodoh!!" tempik Lores bersama hayunan bantal kecil yang ditujukan pada Akira. Nasib sempat elak. Kalau tak bergegar kepala otak. Melihat Lores yang sudah senyap membelek bekas gigitan di tangannya, Akira mula mengensot mendekati Lores. Lengan Lores dipeluk erat.
"Kau dah kenapa?" tanya Lores dengan suara yang agak tegang. Bengang bila tidurnya diganggu. Pantang seekor naga bila tidurnya diganggu. Boleh hangus satu ladang terbakar. Nasib dia dalam tubuh manusia sekarang ni.
"Aku takut. Macam ada orang memanggil2 aku dari hutan sana." terang Akira dengan wajah sunggul yang hampir menangis. Kalau lambat Lores bangun tadi memang banjir rumahnya itu dengan tangisan tidak berbunyi Akira.
"Merepeklah kau. Khayalan kau je tu. Dah malam2 macam ni, sapa pulak yang nak panggil kau dari hutan sana tu?" tanya Lores dengan wajah sebelnya. Lengan yang berbekas corak gigi Akira dibelek lagi. Kalau tak bangun jugak tadi boleh tanggal isi lengannya itu. Takut tidur sorang cakap jela. Nak bagi alasan tak masok akal pulak.
"Aku cakap betol2 Lores. Aku tak tipu lah. Memang aku dengar. Sama macam yang sebelum2 ni." bersungguh2 Akira cuba meraih kepercayaan Lores. Orang tengah takut dia boleh kata main2 pulak.
"Dah tu kalau sebelum ni kau boleh je masok hutan sendiri kenapa malam ni kau nak takot pulak?" Lores mula menunjuk wajah selengenya pada Akira. Sengaja nak mengganggu hidup aku. Sebelum2 ni selamba badak je dia masok hutan tu takda apa pun. Tiba2 hari ni nak takut bagai.
"Kau ni kalau aku kata kau bodoh kau marah. Bebal sangatlah kau ni. Selalu tu siang, hari ni dah malam. Kalau siang mungkin budak2 kampung yang kacau aku. Tapi dah malam2 ni kau tak rasa yang panggil aku tu roh bunian ke, Warewolf ke tak pun Vampire. Sekarang waktu diorang keluar cari makan kan." terang Akira panjang lebar. Dia pula yang tayangkan muka menyirapnya pada Lores. Lores sekadar menelan air liur. Mula cuak bila mendengar kata2 Akira tadi.
Vampire? Warewolf? Aku terlalu muda untuk jadi makanan diorang. Ke diorang datang sebab diorang dah tahu identiti Akira? Apa nak buat ni? Lores memegang kepalanya dan digeleng2kan berkali2. Kelihatan sangat kusut di mata Akira.
"Kau pehal?" tanya Akira pelik melihat telatah Lores. Makin besar makin mengada2 Lores ni. Kadang2 timbul juga rasa ragu. Betul ke dia ni abang aku. Kalau betol, apasal sengal semacam?
"Macam mana kalau diorang semua tu tahu pasal identiti kau? Habis lah kita macam ni." menggelabah Lores jawab. Kepalanya digelengkan dengan lebih laju. Rambut yang sedia kusut bertambah kusut. Akira semakin pelik.
"Apa maksud kau diorang tahu identiti aku?" tanya Akira memandang tepat ke muka Lores yang ternyata terkejut. Perlahan2 Lores tayangkan barisan giginya. Terlepas cakap pulak. Belakang tengkuk yang tidak gatal digaru2 sekejap memikirkan jawapan yang sesuai untuk dilontarkan pada Akira.
"Maksud aku macam mana kalau diorang tahu identiti kita sebagai cucu Embah Dura. Yela nenek kan dah takda. Ladang dia yang luas ni sekarang kita yang uruskan. Macam mana kalau tiba2 diorang nak ambik ladang kita ni. Kitakan budak2 lagi senang jew kalau diorang nak rampas ladang kita kan?" jawab Lores bersungguh2 dengan kepala yang terangguk2. Dalam hati bermohon sangat supaya Akira menerima kata2nya tadi tanpa mencurigai apa2. Akira mula tersenyum sinis.
"Budak2 kau kata. Kau tu dah 25 tahun Lores. Kalau kawen, bini kau dah beranak dua dah. Lagi satu apa yang kau merepek tadi. Vampire, Warewolf nak ambik ladang kita ni? Diorang nak buat apa? Nak bercucuk tanam? Vampire hisap darah, Lores. Warewolf pulak makan haiwan hutan makan daging. Apa yang kau makan ya sampai kau boleh jadi sengal macam ni? Lagipun mustahil diorang nak menetap di Zaujania ni. Diorang kan tak suka keturunan manusia." bebel Akira, sebel dengan abangnya yang dirasakan semakin tak betol sejak kebelakangan ini. Apa masalah Lores ya? Dia sakit ke? Tapi macam sehat je keadaan dia.
"Mana taw ada jenis Vampire dengan Warewolf yang makan sayur ke. Aku cuma beri pandangan aje. Kalau betol, betol lah. Kalau tak, dengar ajelah. Itu pun nak bising. Kau tanya aku makan apa? Aku makan apa yang kau masak lah. Jadi, aku jadi sengal macam ni semua salah kau tahu tak !" keras Lores menjawab. Jelingan dihadiahkan pada Akira yang sedang seronok mentertawakannya. Sudahlah tidurnya diganggu. Dituduh pulak sebagai orang sengal. Kalau bukan sebab nak lindungi kau dekat sini, dah lama aku balik tinggal di Ekadimia dengan Ayah aku. Ayah, Lores rindu dekat ayah.
"Akira... Akira.."
Kedengaran suara itu masih memanggil2 nama Akira walaupun budak berdua ni sedang hangat berlawan kata.
"Kau dengar tak tu?" tanya Akira ketakutan. Lengan Lores yang sudah dilepaskan tadi dipaut semula. Lores mula memandang sekeliling ruang biliknya itu.
"Ye aku dengar." jawab Lores masih memikirkan suara apa yang memanggil nama Akira itu. Takkan penduduk Zaujania yang memanggilnya. Suara tu terlalu mendayu2 untuk seseorang yang bergelar manusia. Jika suara mahluk dari luar wilayah Zaujania, bagaimana pula mereka tahu nama Akira? Akira dalam keadaan bahaya kah?
"Nak pergi tengok ke? Tapi aku takut." kata Akira bila Lores sudah bangun turun dari katilnya. Lores menggelengkan kepalanya pada Akira. Dia sekadar ingin melihat dibalik jendela menggunakan mata naganya. Namun hampa kerana tiada apa diluar sana. Cuma kabus putih yang sangat sejuk menyapa wajah bersih Lores. Hatinya tidak sedap, lantas dia menyeru nama Varnon di dalam hatinya. Menyampaikan mesej bahawa ada yang mengganggu Akira.
"Sudahlah tiada apa diluar sana. Mungkin ada budak2 kampung yang sengaja nak menyakat kau. Yela kau kan boleh tahan degilnya." jawab Lores cuba menenangkan hati Akira. Akira sekadar menjeling tajam.
"Jeling2, aku suruh kau tidur bilik kau sendiri karang." gertak Lores geram. Dah memang diri tu degil mengaku jelah. Nak melawan pulak. Akira tayangkan senyum sengetnya.
"Maaf2, aku tidur sini ya malam ni. Kau jangan lari. Aku takut ni." kata Akira mula menebarkan selimutnya. Lores sekadar tersenyum sinis. Dah siap bawak selimut dengan bantal busuk dia rupanya. Nasib baik katil aku ni besar.
"Kau jangan tidur lasak sangat. Kalau naik kaki kau dekat muka aku, aku tendang kau ke bawah. Faham?" pesan Lores mula meletakkan bantal di tengah2. Walaupun mereka dianggap adik beradik. Namun pada Lores dia tetap orang luar dalam diri Akira. Akira sekadar menganggukkan kepala faham dengan pesan Lores tadi. Pernah dulu kakinya tak sengaja tersepak muka Lores semasa mereka tertidur di ruang tamu selepas balik dari ladang. Sehingga hari ini Lores sentiasa menjaga jarak ketika tidur bersama Akira.
Lores mula memejamkan matanya bila Akira sudah terlena. Dia masih terfikir2 suara apa yang mengganggu Akira tadi. Jika menurut Akira suara itu sama seperti yang selalu ada di kepalanya di siang hari. Kenapa suara itu mula menyeru di malam hari? Kenapa dia juga turut terdengar sekali?
Persoalan itu ditinggalkan begitu sahaja. Berharap Varnon mendapat mesej yang disampaikan tadi dan boleh datang menjenguk mereka segera.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasyEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...