"Jadi kita nak gerak ke mana dulu?" tanya salah seorang dari ramai2 pengawal di situ. Benjamin dan Rogeric saling berpandangan sebelum mereka mengangguk serentak. Semua pengawal disitu memandang pelik ke arah mereka. Tak pernah mereka lihat kedua wajah ini. Alih2 pagi tadi Pairy menyampaikan arahan untuk mereka menyertai operasi lapangan atas nama Red dan Blue. Ini semua atas perintah Varnon dan Lorex. Sapa yang berani nak melawan arahan mereka berdua tu.
"Kita bergerak serentak ke arah utara berdekatan Wilayah Lokeris. Sampai sana kita bahagi kepada dua kumpulan. Kau ketua Alfa bawak kumpulan kau dan Charlie ke arah Barat berhampiran Nalarilia, yang lain2 kekal dengan aku dan kita akan bergerak ke timur berhampiran Lycanic." tegas Rogeric atau nama barunya sebagai Blue, bersuara. Kesemua pengawal mengangguk faham dengan arahan itu. Ini semua pun atas idea Artos merangkap guru latihan pedang Rogeric dan Benjamin.
"Bila dah sampai hujung Barat dan Timur, turun semula ke bawah berhampiran dengan wilayah yang lain. Tapi ingat, jangan sampai ceroboh kawasan mereka. Kalau boleh jangan sampai ada yang perasan keberadaan kita di luar Wilayah ni, bahaya." sambung Benjamin a.k.a Red pula. Para pengawal masih setia mengangguk. Walaupun mereka berdua orang baru, tapi melalui cara dan perwatakan mereka sangat mengkagumkan. Yelah nama je orang baru dalam Ekadimia. Tapi dengan dunia luar, mereka lebih berpengalaman. Mengintip strategi peperangan mahluk luar. Sebab tu Varnon dan Lorex menyerahkan tugas lapangan ini pada mereka berdua. Varnon dan Lorex yakin yang mereka boleh kawal semuanya dengan sempurna.
"Baiklah, kalau tak ada apa2 masalah boleh la kita bergerak sekarang. Sebelum tu, kita bina tiga kumpulan untuk bergerak ke Utara. Kawasan nak ke Utara lebih luas jadi kita tak boleh terlepas pandang." tambah Blue lagi. Pengawal mendengar arahan Blue tadi dan mula bergerak membentuk tiga kumpulan. Alfa di sebelah kiri, Delta sebelah kanan dan Charlie di tengah2. Red dan Blue kekal di tengah bersama kumpulan Charlie. Kedudukan mereka berdua lebih kehadapan memandangkan mereka ketua untuk operasi ini.
Sepanjang operasi berjalan dari Ekadimia hingga ke Utara, seramai 5 mahluk Centaur telah berjaya dijumpai. Itu pun mereka mengalami kecederaan yang parah di bahagian kaki, jadi mereka tak mampu berjalan lebih jauh. Kedatangan Blue dari kaum keturunan yang sama sedikit sebanyak mampu memujuk mereka semua untuk pulang ke Ekadimia terlebih dahulu.
"Sekarang kita bahagi kumpulan kepada 2. Alfa, Charlie kau bergerak ke arah Barat sana. Hati2, dan jangan sesekali terlepas pandang." tegas Red. Kedua ketua kumpulan itu mengangguk faham. Jumlah pengawal yang akan bergerak ke arah Barat lebih ramai berbanding ke arah Timur. Bahagian Timur berdekatan dengan Wilayah Lycanic. Bahaya jika melalui wilayah itu beramai2. Werewolf dapat mengesan bau mereka dengan mudah. Setelah habis taklimat, kesemua mereka mula bergerak ke arah Timur dan Barat. Red dan Blue leka memerhati kawasan sebelum satu suara mula menegur mereka.
"Kau berdua orang baru dalam Ekadimia?" tanya ketua Delta kepada Red dan Blue. Serentak Red dan Blue memandang ke arah Ketua Werewolf yang sedang tersenyum manis itu. Boleh tahan rupanya agak tampan tapi bila berubah menjadi serigala, wajahnya bengis. Serigala tetap serigala.
"Ya kami orang baru." jawab Red mewakili kepada mereka berdua. Red lebih mudah untuk diajak berbual berbanding dengan Blue. Raut ketat sering terpasang pada wajahnya.
"Aku perasan dengan wajah kau. Kau mahluk yang aku jumpa di atas pokok tempoh hari bukan?" tanya Werewolf itu masih tersengeh. Disebabkan kedudukan mereka bertiga sedikit jauh dari yang lain, jadi dia berani bertanya. Bila mereka masuk ke dalam Ekadimia dan terus berurusan dengan Varnon dan Lorex jadi bermaksud mereka bukan orang sebarangan. Segala urusan yang berkaitan dengan Varnon dan Lorex biasanya akan dirujuk pada Pairy tapi urusan mereka berdua ini terus dirujuk pada Varnon dan Lorex. Agak pelik pada warga Ekadimia bukan. Red menggaru belakang kepalanya. Blue sudah terkekek2 ketawakan dia.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasyEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...