"Apa maksud kau dengan datang ke Ekadimia semata2 untuk penuhi takdir hidup kau?" tanya Varnon sedikit tegas. Walaupun wajah mahluk di hadapannya itu agak terlindung tapi dia tahu yang mahluk itu sedang tersenyum sinis ke arah mereka. Lorex dan Varnon saling berpandangan apabila mahluk itu mula ketawa.
"Ya, mungkin aku datang ke sini untuk penuhi takdir hidup aku." katanya membuatkan Lorex sedikit geram. Mahluk ini seakan2 ingin mempermainkan mereka semua yang berada di situ. Lores, Akira dan Pairy yang setia memerhati dari jauh juga kelihatan pelik melihat wajah Varnon dan Lorex berubah menjadi sedikit bengis.
"Boleh kau berterus terang dengan maksud kata kau itu?" tanya Varnon cuba bersabar dengan sikap mahluk penceroboh itu. Dah lah menceroboh, takda adab pulak tu. Sengaja nak main2kan aku dengan Lorex ke apa. Muka kitorang ni ada macam rupa orang senang kena kelentong ke apa?
"Ya aku lebih suka untuk berterus terang. Tapi kau yakin aku boleh mula bercerita dengan keadaan tempat yang dipenuhi pengawal seperti ini?" tanyanya dengan nada suara yang penuh dengan perlian. Varnon mula memerhatikan sekeliling kawasan itu. Lebih kurang separuh dari pengawal di Ekadimia berada di situ. Kesemua mereka juga turut memandang Varnon bila mendengar kata2 mahluk itu.
"Jangan kata kau nak suruh semua pengawal pergi dari sini?" kata Lorex memahami pandangan yang dileparkan padanya sebentar tadi. Varnon tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukkn kepala saja.
"Kau yakin Varnon? Kau tak rasa yang dia ada muslihat atau niat yang tak baik?" tanya Lorex lagi kurang setuju dengan apa yang akan Varnon lakukan sebentar nanti. Wajah yang sengaja disembunyikan dan sikap dia yang kelihatan seperti mahluk licik sedikit meragukan.
"Jangan risaulah. Takda tanda2 aura jahat yang lahir dari sekeliling dia. Aku yakin yang dia ada maksud yang tersendiri dengan kata2 dia tadi. Kau percayakan aku bukan?" tanya Varnon cuba meraih kepercayaan Lorex. Walaupun dia sendiri sedikit ragu2 tapi dia tak rasa yang kehadiran mahluk ini membahayakan penghuni dan wilayah Ekadimia sendiri.
"Yelah kalau kau dah yakin sangat. Aku ikutkan aja." kata Lorex lagi mula melemparkan semula pandangannya kepada mahluk yang masih setia bersembunyi dengan memeluk dahan pokok. Tak penat agaknya dia duduk dekat situ dari tengah hari tadi. Perasankan yang Lorex sedang memerhatikan dia, mahluk itu mula bersuara.
"Kau tak percayakan aku?" tanya mahluk itu kepada Lorex. Lorex mula merengus kasar. Ada jugak yang kena bakar dengan aku ni karang.
"Sapa je yang boleh senang2 nak percayakan penceroboh macam kau." kata Lorex melepaskan rasa geram yang mula menular dalam hatinya. Varnon yang sedikit tenang menggeleng2kan kepalanya melihat pertengkaran mereka berdua.
"Aku bukan penceroboh. Hati aku yang bawa aku ke mari. Kalau betol aku penceroboh, takdalah aku beria nak tunggu kau berdua datang sini dari tengah hari tadi. Baik aku masok je dalam wilayah kau ni sendiri." perli mahluk itu pula. Pantang keturunan berdarjat macam dia ni diperlekehkan sebegitu. Varnon yang mula rasakan keadaan disitu semakin tengang mula memerintahkan pengawal untuk beredar. Jelas terpancar wajah2 kurang berpuas hati dengan perintah Varnon itu tapi setelah diyakinkan yang dia mampu mengawal keadaan disitu, para pengawal mula beredar.
★★★★
"Kenapa kau semua beredar?" tanya Pairy pada salah seorang Warewolf yang berkawal tadi apabila pengawal itu lalu dihadapannya.
"Varnon perintahkan kami untuk beredar. Macam ada perkara penting yang perlu mereka bincangkan tanpa ada yang mengetahui." jawab Warewolf muda itu. Pairy sekadar mengangguk sebelum pengawal itu berlalu pergi meninggalkan kawasan barat Ekadimia itu.
"Kau rasa apa yang mereka bicangkan?" tanya Akira terlalu ingin tahu. Rasa macam nak je dia pergi berdiri di sisi Varnon sekarang ni. Dari tadi pun dia masih tak nampak mahluk apa yang duduk bersembunyi atas pokok tu.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasíaEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...