Dari jauh sudah kelihatan Varnon bermundar mandir di ruangan perbincangan. Kehadiran Lorex dan Pairy sedikit pun tidak menghentikan langkah Varnon. Wajah tenang dan tampannya kelihatan sedikit gusar.
"Kau kenapa Varnon? Ada yang mengganggu fikiran kau?" tanya Lorex rimas melihat keadaan Varnon. Walaupun sudah 20 tahun berlalu wajah Varnon tidak kelihatan tua seperti Lorex. Tah ramuan sihir apalah yang dah ditogoknya.
"Malam tadi, Lores menyeru namaku." jawab Varnon setelah dia sepi seketika. Lorex dan Pairy yang sedang berbual kosong mula memberikan perhatian pada Varnon. Dah kenapa anak aku seru2 si Varnon ni?
"Bukan selama ni dia memang selalu menyeru nama kau ke?" tanya Pairy pula. Sebelum ni kalau Lores menyeru dia biasa je. Kenapa kali ni sampai nak membuang tenaga bermundar mandir seperti kucing hilang anak. Rimas tau tak, rimas.
"Dia sampaikan mesej. Akira seperti dalam bahaya. Ada yang menyeru2 namanya dari arah hutan." terang Varnon membuatkan Lorex dan Pairy sedikit tercengang.
"Dia yakin tu bukan suara budak kampung? Mana tahu ada yang ingin menyakat Akira?" tanya Lorex lagi bagi memastikan yang anaknya bukan sekadar menyampaikan mesej2 biasa. Varnon tersenyum sumbing."Kau tak percaya dengan anak sendiri?" tanya Varnon membuatkan Lorex memalingkan wajahnya. Terkumat kamit mulutnya mengutuk Varnon.
"Bukan tak percaya. Kalau dia main2kan kau nanti kau kata dia ikut perangai aku pulak." akhirnya Lorex mula menjawab. Memang itu aja modal yang Varnon ada. Apa yang Lores lakukan dikatanya semua itu mengikut perangai Lorex. Mahu tak angin si naga tua itu.
"Tapi aku tak rasa dia main2 semalam. Menurut dia, Akira selalu masuk ke hutan sekarang ni. Yang peliknya kenapa dia masuk ke hutan yang menghala ke mari. Kenapa tak masuk ke hutan yang menghala ke Wilayah Darknight?" tanya Varnon mula duduk di hadapan Lorex dan Pairy. Terasa lenguh kakinya berdiri lama. Walaupun wajah kelihatan muda tapi hakikatnya dia juga sudah tua.
"Kau Varnon, haruslah dia berjalan ke arah sini. Kalau dia berjalan ke arah Wilayah Darknight memang mati dia jadi makanan Vampire." jawab Pairy selamba. Radar cuaca di tangannya dibelek2 sekejap. Mula mengkaji keadaan cuaca pada minggu ini.
"Kau pun sudah berjangkit penyakit Lorex ya Pairy?" tanya Varnon geram mendengar jawapan Pairy tadi. Rasa nak picit2 je sayap bercahaya milik pari2 itu.
"Penyakit Lorex? Penyakit apa?" lurus Pairy bertanya. Tangan kecilnya mula menongkat dagu menunggu jawapan dari Varnon, si Wizard Istana.
"Penyakit pekak. Sudah aku kata tadi dia ikut suara yang memanggilnya. Masalah sekarang, siapa yang memanggil dia dari arah Ekadimia ni?" tanya Varnon selepas mendapat jelingan maut dari Lorex. Suka2 je tuduh aku pekak. Kalau aku berubah jadi naga, telinga aku ni sebesar wajah kau, kau tahu tak.
"Kau tak rasa mantan Solaras yang menyeru namanya? Mungkin minta Akira pulang menuntut haknya sebagai penerus takhta." kata Lorex mengutarakan pendapatnya dengan wajah yang sunggul. Mungkin roh Raja Solaras tidak tenang kerana matinya 5 tahun yang lepas dalam keadaan terlalu merindui anaknya itu. Akhirnya dia memilih untuk pergi bertemu kekasih hatinya, Ratu Rozel semasa perang mengejut berlaku di Ekadimia. 4 wilayah sekaligus menyerang Ekadimia. Kerana terlalu letih Raja Solaras akhirnya kecundang. Perang masih berterusan sehingga masing2 mengundur diri kerana kekurangan tentera untuk terus merebut takhta. Kemudian Varnon menukarkan Wilayah Ekadimia menjadi hutan belantara bagi mengaburi mata2 dari terus merebut takhta pemerintah Ecozania.
"Kau masih rasa bersalah atas kematian Solaras?" tanya Pairy tidak senang melihat rakan seperjuangannya itu terus bersedih. Sesungguhnya Lorex juga hampir mati. Tapi kerana sihir Varnon dia terus hidup hingga sekarang. Kata Varnon dia harus kuat kerana Akira penerus takhta masih ada. Kerana itu dia menerima takdir bahawa dia perlu melepaskan Solaras pergi bersendirian. Masih belum masanya untuk dia mengikut Solaras menuju ke alam sana.
"Kalau aku lebih berhati2 pasti Solaras masih di sini bersama kita. Bersama2 menunggu Akira pulang ke Ekadimia." lemah Lorex menjawab pertanyaan Pairy tadi. Jika bukan kerana kakinya dijerut rantai pasti Solaras tidak kecundang jatuh ke tanah. Pasti Solaras masih hidup bersama dengannya.
"Sudahlah. Sudah masa dia untuk pergi bertemu Sang Ratu terlebih dahulu. Satu hari nanti kita juga akan menuju kepada mereka. Cuma sekarang belum masanya. Kita perlu selesaikan amanatnya terlebih dahulu. Aku tak rasa Solaras akan salahkan kau. Dia juga sudah terlalu terseksa untuk menempuh dunia ini sendirian tanpa keluarganya." kata Varnon pula cuba memujuk sahabatnya itu. Bekas parut di kaki Lorex ditenung seketika. Lorex kini berjalan sedikit tempang kerana masalah tulang akibat dijerut rantai dahulu. Walaupun dalam tubuh manusia, parut dan tempangnya tetap setia bersamanya.
"Jadi kalau bukan Solaras yang menyeru namanya. Kau rasa siapa?" tanya Pairy cuba membuang rasa sedih yang mula bertandang di ruang perbincangan ini. Sedih kerana sahabatnya merangkap pemerintah Ecozania telah pergi selamanya dan meninggalkan amanat besar ini untuk mereka bertiga selesaikan bersama.
"Aku rasa mungkin sumpahan Nikolas yang menyeru namanya itu. Mungkin ada yang sudah perasan akan kehadiran penerus takhta sebab Raja Solaras telah tiada tapi sumpahan yang melanda Ecozania tidak patah juga. Kalau Solaras adalah waris takhta yang terakhir. Sejurus kematiannya, Ecozania patut sudah kembali kepada dunia asal. Tapi peperangan masih juga tercetus. Pemerintah wilayah keturunan lain masih lagi di bawah pengaruh sumpahan. Tidakkah pelik pada kau jika kau tidak tahu akan kewujudan Akira?" terang Varnon pula jika mengikut kemungkinan yang ada.
"Mungkin juga. Tapi jika mengikut kata kau, sumpahan Nikolas yang menyeru namanya. Boleh jadikah? Bagaimana pula sumpahan tu boleh menyeru?" lurus Lorex bertanya. Lantaklah kalau Varnon nak mengata tentang kelembapan dia tu. Yang penting sekarang ni dia memang tak faham dan dia perlu fahamkan.
"Untuk menyeru, sumpahan tu tak perlu untuk wujud menjadi sesuatu Lorex. Seperti sumpahan itu mempengaruhi pemerintah keturunan mahluk lain. Bukan dia wujud dalam tubuh manusia yang menghasut. Tapi ia wujud dalam pemikiran dalam sesuatu bentuk yang kita tak nampak. Hanya orang yang berkenaan saja yang boleh rasakannya. Mungkin Akira terkena sebab dia adalah waris takhta yang disumpah ini." terang Varnon lagi dan penerangannya itu diterima pakai oleh Lorex dan Pairy. Buat seketika ruangan perbincangan itu kembali sunyi kerana masing2 tidak tahu ingin berkata apa.
Varnon mula bangun dari duduknya dan melangkah berdiri di jendela. Memikirkan apa yang perlu dia lakukan seterusnya. Kemudian dia teringat akan pertemuannya dengan seorang anak muda dari keturunan bunian sedang berlegar2 di sekitar Ekadimia. Ingin dikatakan budak itu mahu menyerang tapi tiada tanda2 seperti seorang penceroboh. Tanda2 seperti orang dibuang wilayah juga tiada. Dia kelihatan seperti seorang anak muda yang kehilangan arah tuju. Dengan hanya mengikut kata hati, langkahnya membawa dia ke Ekadimia.
"Aku rasa kita perlu bawa Akira pulang ke mari." tambah Varnon setelah lamunannya tadi terhenti. Cadangannya itu cukup membuatkan Lorex dan Pairy terkejut sendiri. Timbul garis2 halus pada dahi kedua sahabat itu.
"Tapi kita belum temui 7 warna dunia tu? Kau tak rasa belum tiba masanya?" tanya Pairy meluahkan rasa hatinya. Kelihatan Varnon seperti bersungguh dengan cadangannya itu. Tapi mungkin kah?
"Aku rasa ini jalan terbaik. Kau ingat pantang utama Lagenda itu bukan? Jika Akira mati sebelum sumpahan terlerai, 7 warna dunia juga akan mati. Jadi lebih baik kita selamatkan Akira terlebih dahulu. Dan mengenai 7 warna dunia tu, aku rasa kita tak perlu mencari. Sebaliknya mereka sendiri yang akan ke sini." kata Varnon membuatkan Lorex dan Pairy bertambah serabut. Bagaimana mungkin 7 warna dunia itu boleh datang sendiri?
"Kau yakin Varnon yang kita tak perlu mencari?" tanya Lorex lagi. Ingin pastikan bahawa Varnon tidak ambil ringan tentang apa yang telah disampaikannya tadi.
"Ya aku yakin, sebab tu kita hanya perlu biaskan warna itu saja. Bila tiba masanya mereka sendiri akan datang ke mari. Datang memenuhi takdir yang dah ditetapkan buat diri mereka." jawab Varnon kembali duduk di hadapan Pairy dan Lorex. Kelihatan mereka berdua mula setuju dengan cadangan Varnon untuk membawa Akira pulang ke Ekadimia.
"Jadi bila masanya Akira boleh pulang ke mari?" tanya Pairy agak teruja. Teruja untuk berjumpa Akira setelah 20 tahun berlalu. Teruja ingin menatap wajah penerus takhta Ecozania.
"Secepat mungkin." kata Varnon terus melangkah keluar meninggalkan dua sahabatnya itu terpinga2 di dalam ruang perbincangan. Ada perkara lain yang perlu di uruskannya. Perkara yang lebih penting sebelum semuanya menjadi sia2.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasíaEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...