"Risau sangat kau berdua ni. Kami pon tak nak la panggil kau semua dengan nama yang pelik2. Lagipun kau semua jugak yang nak bangunkan semula Ecozania ni kan. Jadi kami akan pastikan yang nama kau semua boleh diterima pakai." kata Varnon disertakan dengan senyum sumbingnya. Lega hati Rogeric dan Benjamin setelah mendengar kata2 Varnon. Lorex sebagai pendengar setia sekadar melepaskan tawa.
"Jadi apa namanya sekarang ni. Lambat la kau berdua ni." Kata Rogeric mula hampir di meja perbincangan. Varnon dan Lorex sekadar berpandangan. Tak reti sabar betul budak ni.
"Ni sekadar nama cadangan. Kalau kau kurang berkenan boleh je kalau nak cadangkan nama lain." kata Varnon mula menarik minat kedua anak muda di hadapannya itu. Sekilas Varnon memandang ke arah Lorex. Lorex menganggukkan kepalanya sebagai tanda Varnon boleh memberitahu mereka berdua sekarang.
"Baiklah, aku dan Lorex cadang nak panggil kau semua mengikut warna pada tanda yang ada pada belakang lengan kau semua." kata Varnon serentak dengan tolehan Rogeric dan Benjamin pada lengan mereka sendiri. Rogeric termanggu sebentar.
"Maksud kau, kau nak panggil aku Biru? Macam tu?" tanya Rogeric masih menelek tanda pada lengannya. Apalah nasib aku dapat tanda warna biru ni. Tak kena lansung nama tu dengan karekter aku yang sado ni. Benjamin yang berada di sudut lain juga sudah menunjukkan cemberutnya. Apa rupa lah orang panggil aku dengan nama Merah nanti.
"Kau berdua jangan jadi kuno sangat. 7 warna dalam dunia ni ada nama sampingan dia kalau ikot dalam bahasa sejarah Ecozania. Blue untuk Biru, Red untuk Merah dan seterusnya. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah rajin2kan diri kau orang pergi Ruangan Bacaan sana. Benda tu semua ada dekat ruangan sejarah Ecozania." Kata Lorex bila nama cadangannya tadi mula diperlekehkan oleh Rogeric dan Benjamin. Sakit pulak hatinya melihat telatah dua anak muda dihadapannya itu. Kira ok la dia bagi nama ikut warna. Kalau nak ikut cadangan Varnon, nak dibagi nama2 mereka mengikut bulan dalam kalender Ecozania. Lagi mengarut jadinya nanti.
"Sebelum Ecozania berpecah dulu, Ecozania ada mewujudkan bahasa yang memang wajib untuk semua mahluk guna memandangkan setiap mahluk menggunakan bahasa dan cara komunikasi yang berbeza. Tapi sekarang dah ada bahasa perantaraan atau bahasa perdagangan macam yang kita gunakan sekarang, jadi bahasa purba tu akan kekal sebagai bahasa Sejarah Ecozania. Kalau kau berdua malas nak ke sana, aku bagi tahu dekat sini jelah. Lagi pun dah berpuluh tahun bahasa tu tak digunakan lagi, jadi mahluk lain takkan tahu rahsia disebalik nama panggilan kau semua." sampuk Varnon bila kata2 Lorex tadi dibiarkan tergantung. Penerangan Varnon tadi mula menarik minat Benjamin dan Rogeric terhadap sejarah Ecozania.
Benjamin yang merupakan anak pemerintah tahu sedikit sebanyak tentang bahasa baru yang memudahkan untuk semua kaum berhubung tapi Rogeric yang sebagai rakyat biasa hanya tahu ada bahasa yang akan menghubungkan mereka semua. Pernah juga dia terfikir macam mana kalau keturunan Warewolf berjumpa dengan keturunan Elf sebelum2 ini. Warewolf banyak menggunakan bahasa Serigala dan Elf menggunakan bahasa purba ibunda mereka. Jika ikutkan, keturunan Centaur juga masih menggunakan bahasa mereka sendiri bila mereka berada di Nalarilia. Tapi bila meraka di luar seperti sekarang mereka berhubung menggunakan bahasa perantaraan yang mana memang sudah ada ketika dia lahir di dunia Ecozania ini. Ya dunia semakin maju bukan??
"Jika mengikut bahasa sejarah, Biru lebih dikenali sebagai Blue, Merah dikenali sebagai Red, Hijau sebagai Green, Jingga sebagai Gold, Kuning sebagai Yellow, Ungu sebagai Violet, Biru Ungu sebagai Indigo. Jadi mulai hari ini kau pastikan yang kau akan kenalkan diri kau pada sesiapa saja menggunakan nama panggilan ni. Rogeric sebagai Blue dan Benjamin, Red. Ada bantahan?" tanya Varnon seraya memandang wajah2 dihadapannya itu. Rogeric dan Benjamin sekadar tersenyum puas dengan kepala yang digelengkan. Terasa puas bila menggunakan bahasa sejarah sebagai nama panggilan mereka.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasíaEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...