"Pairy, Raja Solaras mana?" tanya Varnon sebaik sahaja mereka sampai di Istana menggunakan sihir awan tebalnya.
"Ada di ruangan beradu bersama Puterinya." jawab Pairy ringkas. Pandangan matanya dihalakan ke arah anak kecil yang bersembunyi di balik kaki Lorex.
"Anak kau?" akhirnya Pairy bertanya. Teruja melihat kecomelan anak Lorex. Siapa yang tengok pasti tidak menyangka bahawa dia sebenarnya seekor anak naga.
"Iya, dalam tubuh manusia begini rupanya, berusia 5 tahun. Kalau dalam bentuk naga dia sudah dewasa." terang Lorex bila melihat wajah Pairy yang sememangnya teruja bila melihat kanak2 kecil.
"Sungguh comel. Pandai kau merubah dia Varnon." Pairy memuji hasil kerja Varnon, selaku orang yang bertanggungjawab mengubah rupa asal Lores.
"Kalau tak comel tadi memang kami tak sampai ke sini." sampuk Lorex selepas mendengar kata2 pujian daripada Pairy buat Varnon. Nak bergaduh mulut lagi lah tu.
"Kenapa?" tanya Pairy pelik mendengar kata2 Lorex. Sayapnya dikepakkan dan terbang mengelilingi Lores. Lores yang melihat kecantikan Pairy turut teruja. Tertawa kecil anak itu apabila serbuk cahaya dari kepak Pairy jatuh atas tapak tangannya.
"Memang aku telan dia hidup2 kalau dia ubah anakku menjadi hodoh." jawab Lorex selamba. Varnon yang mendengarnya sudah terbahak2 melepaskan tawa. Mana mungkin dia sanggup mengubah anak sahabatnya itu menjadi seorang yang hodoh. Tapi semata2 mahu mengusik Lorex, lain yang Varnon katakan.
"Mana mungkin aku mahu gandingkan seorang yang hodoh bersama Puteri Ecozania. Si cantik dan hodoh jadinya nanti, atau Puteri bersama si naga?" kata Varnon sekadar bergurau. Lorex merengus kasar. Malas mahu melayan Varnon. Telatah anaknya yang sedang bermain bersama Pairy diperhatikan. Pertama kali dia membawa anaknya melihat dunia luar yang sedikit jauh dari persekitaran gua.
"Varnon, kau rasa mampu tidak Lores membiasakan diri hidup sebagai manusia?" tanya Lorex memandang tepat pada wajah Varnon. Risau dengan keadaan anaknya di wilayah manusia nanti. Varnon melemparkan senyuman pada sahabatnya itu.
"Jangan kau bimbang Lorex. Seperti kau, aku yakin Lores pasti boleh membiasakan dirinya. Kau tengok tingkahnya itu, bukankah dia kelihatan seronok, lebih bebas bergerak sebagai seorang manusia. Tidak dilemparkan dengan pandangan pelik dari orang disekitarnya." kata Varnon cuba menyenangkan hati Lorex. Lorex sekadar menganggukkan kepalanya. Benar apa yang dikatakan oleh Varnon. Lores kelihatan bebas, bebas untuk merasai kehidupan di luar. Jika dia keluar sebagai naga pasti akan ada yang memandang pelik kepadanya. Naga sebagai pelindung raja. Mana mungkin naga boleh bergerak bebas selain berada di sisi tuannya. Andai pun tuannya memberi keizinan untuk bergerak bebas namun pasti ada yang mengatakan bahawa mereka lari dari terus menjadi hamba.
"Terima kasih ya kerana merubah dia sebegitu sempurna." Lorex menyampaikan rasa hatinya kepada Varnon. Sungguh dia juga teruja melihat anaknya dalam bentuk manusia itu. Bukan mahu melupakan bentuk naganya tapi kerana memikirkan keselamatan dan pandangan orang terhadap anaknya. Jika anaknya menjadi manusia tapi mempunyai cacat cela sama sahaja jika dia keluar sebagai seekor naga. Orang akan memandang pelik pada dirinya bukan? Varnon menepuk sekilas bahu sahabat naganya itu.
"Tiada masalah Lorex. Aku faham perasaan kau. Perasaan kau bila orang memandang kau hanya sebagai seekor naga. Haiwan yang dirasakan mereka cuma peliharaan dan tunggangan kepada Raja2. Tapi kau sebenarnya pelindung bukan. Mereka kurang mengerti tentang itu, kurang mengerti kehidupan dalam Istana Lorex." kata Varnon cuba menyedapkan hati Lorex tentang pandangan orang luar pada seekor naga. Walaupun Ecozania dahulunya dunia yang aman makmur tapi pemikiran kolot sesetengah mahluk tetap juga ada dan golongan itulah yang menjadi penyokong setia kepada pemerintah yang dikuasai sumpahan ketika ini. Mereka yang berfikiran terbuka pula akan cuba berpaling membetulkan keadaan.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasíaEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...