"Aku berniat mahu menghantarnya di hujung Ecozania di mana terletaknya satu wilayah terpencil di sana." kata Raja Solaras dengan hati yang terbuka. Mungkin sudah bersedia mahu menghadapi perpisahan dengan Puterinya. Wilayah itu satu2nya tempat yang pasti akan menerima kehadiran Puterinya yang berketurunan manusia.
"Kau maksudkan wilayah Zaujania?" tanya Varnon inginkan kepastian. Raja Solaras sekadar mengangguk.
"Wilayah dimana kau tempatkan keturunan manusiamu supaya jauh daripada peperangan?" tanya Pairy pula. Raja Solaras masih mengangguk lagi. Dia sedar yang sahabat2nya itu risaukan keadaan Puterinya. Zaujania bukan terletak setakat beberapa batu saja dari Ekadimia tapi beribu2 batu jauhnya. Malahan memakan masa beberapa minggu untuk ke sana.
"Siapa yang akan menjaga Puteri mu disana nanti. Dia masih belum boleh tinggal sendirian bukan?" tanya Lorex pula. Mungkin ini masa yang sesuai untuk dia menyatakan hajatnya supaya dia dapat menjaga Puteri itu.
"Kau terfikir mahu menjaganya bukan?" tanya Varnon dapat mengagak pemikiran sahabat naganya itu. Tipu jika dia juga tidak terfikir untuk melindungi Puteri itu dari bahaya. Tapi pemerintah sekarang ini yang lebih penting. Jika dia pun turut pergi bersama si Puteri bagaimana dengan Solaras? Bagaimana dengan Ekadimia?
"Ya aku ingin meneruskan tugasku sebagai penjaga keturunan diraja." lambat2 Lorex meluahkan kehendak hatinya. Kehendak hati yang terlalu ingin pergi bersama si Puteri.
"Tetapi tidakkah terlalu menonjol jika kau yang menjadi penjaga Puteri Akira nanti. Siapa tidak kenal Lorex, pelindung Raja Solaras. Parut2 di tubuh mu saja sudah cukup membuatkan orang2 untuk mengenali kau." kata Pairy tidak setuju dengan keinginan Lorex tadi. Pairy tahu yang Raja Solaras menghantar Puterinya jauh supaya Puterinya terlepas dari masalah sebelum berjuang bila tiba masanya. Tapi jika ada antara mereka yang terlibat dengan Puteri, kau rasa rancangan Raja Solaras tadi masih boleh diguna pakai. Dalam dunia ancaman sekarang ini mustahil akan ada yang terlepas pandang jika Lorex sudah tidak berada di sisi Raja Solaras.
"Apa yang dikatakan Payri itu benar. Di luar sana ramai yang mengenali kau semua. Apa kau sudah tidak mahu kekal di sisi ku Lorex? Kau sudah penat melindungi aku ketika peperangan?" lirih Raja Solaras bertanya. Jika Lorex juga ingin pergi siapa lagi yang akan kekal bersama dengannya. Hanya mereka bertigalah antara yang paling rapat dengannya.
"Bukan aku bermaksud mahu meninggalkan kau Solaras. Tapi kau mahu tinggalkan Puterimu tinggal di wilayah asing sendirian?" tanya Lorex lagi masih risau dengan keadaan Puteri kecil itu di wilayah terpinggir sana. Seorang bayi memerlukan pengasuh bukan?
"Aku akan carikan orang yang berkelayakan untuk menjaga Puteri di sana nanti. Seseorang yang tidak dikenali sesiapa pun." terang Varnon pula. Kelihatan Raja Solaras turut menganggukkan kepalanya tanda setuju. Lorex akur dengan keputusan itu namun terbit raut sedih diwajahnya. Keinginan hatinya tidak dapat dituruti.
"Usah kau bersedih sahabat. Ingatlah bahawa ini yang terbaik buat Puteri ku." kata Raja Solaras cuba memujuk sahabatnya itu. Tubuh naga jelmaan manusia itu dipeluknya. Lorex menghadiahkan senyuman buat Rajanya itu. Tidak mahu Rajanya makin bersusah hati jika dia terus berdegil ingin menurutkan kata hatinya.
"Jika kau tidak mengizinkan aku untuk melindungi Puterimu, kau boleh izinkan anakku untuk pergi bersama dengan anakmu bukan?" tanya Lorex teringat akan kewujudan anak lelakinya. Mungkin lebih kepada jantan kerana anaknya masih dalam wujud seekor naga.
"Kau maksudkan Lores?" tanya Varnon pula. Lorex sekadar mengangguk. Apa dia mempunyai anak lain selain Lores?
"Lores baru berusia 5 tahun bukan?" tanya Pairy pula.
"Kau semua lupa, Lores itu anak naga. Naga sudah mencapai usia matang ketika berumur 5 tahun. Tahap kematangan naga berbeza dengan manusia wahai sahabatku sekalian. Nisbah bezanya 1 tahun naga bersamaan 5 tahun usia manusia. Kau bayangkan ketika aku berusia 6 tahun kematangan aku sudah mencapai umur kau semua sekarang. Bila kini aku sudah berusia 30 tahun kematangan aku sudah mencapai usia 150 tahun." terang Lorex bila ada yang menganggap anaknya itu masih mentah. Sedangkan anaknya kini sudah berusia lebih 20 tahun pada usia naga.
"Aku kadang kala terlupa akan kenyataan keturunan mu itu Lorex. Maafkan aku ya." kata Pairy memohon maaf atas ketelanjuran dia merendahkan Lores yang merupakan anak muda dalam keturunan naga.
"Tidak mengapa, aku faham. Melihat aku dalam jelmaan manusia dan bila keturunan kami lebih selesa mengikut perkiraan manusia, kadang kala aku juga lupa yang aku berasal dari keturunan naga." jawab Lorex mentertawakan dirinya sendiri. Bukan berkecil hati tetapi memang itu kenyataannya. Kadang kala dengan apa yang ada di sekeliling kita membuatkan kita sedikit alpa dan lupa bahawa apa yang kita miliki sekarang bukan milik kita selamanya. Satu hari nanti kita pasti akan kembali kepada asalnya. Seperti dia sendiri, bila keluar bertempur dirinya akan kembali sebagai seekor naga.
"Melihatkan kesungguhanmu itu, aku akan izinkan anak kau untuk pergi bersama Puteriku." kata Raja Solaras memberikan keizinan kepada Lorex untuk menghantar anaknya sebagai pelindung kepada Puteri Akira. Lorex tersenyum lebar mendengar kata2 Raja Solaras. Walaupun dia tidak diberi peluang sekurang2nya anaknya boleh meneruskan tanggungjawab keturunan naga sebagai pelindung keturunan diraja.
"Bila tiba masanya nanti aku akan tukarkan anakmu menjadi jelmaan manusia seperti kau ya." kata Varnon pula supaya keselamatan Puteri Akira akan lebih terjamin jika Lores mengiringnya sebagai seorang manusia nanti. Mungkin mereka juga akan lebih dikenali sebagai adik beradik nanti.
"Baiklah, memang itu yang seeloknya kan. Aku ikutkan saja." jawab Lorex bersetuju dengan cadangan Varnon.
"Mengenai pengasuh Puteri, apa kata jika kita menghantar Puteri kepada bekas pengasuh Ratu Rozel, Embah Dura. Setahu aku hanya keluarga Sang Ratu sahaja yang mengenali Embah Dura. Aku juga mengenali Embah Dura semasa Ratu pergi melawat dia satu ketika dahulu. Keluarga Sang Ratu juga sudah tidak ada di dunia Ecozania ini bukan? Jadi aku rasa tiada siapa pun yang mengenali Embah Dura itu. Apa kau kenal dengan Embah Dura wahai Rajaku?" tanya Pairy pada Raja Solaras. Pada suatu ketika dulu, Embah Dura merupakan pengasuh Sang Ratu ketika masih bayi. Bila Sang Ratu mula meningkat dewasa Embah Dura ditempatkan di kalangan rakyat di dunia Ecozania. Bila peperangan mula tercetus Embah Dura kekal dengan keturunan manusia dalam wilayah Ekadimia sebelum Raja Solaras menhantar mereka di ceruk Wilayah Zaujania.
"Ya aku masih ingat ketika Sang Ratu menceritakan padaku tentang pengasuhnya dahulu. Embah Dura kini berada di Wilayah Zaujania bukan? Jadi kita akan hantarkan Akira kepadanya." tenang Raja Solaras berkata2. Senang hatinya bila masalah untuk menghantar anakandanya pergi jauh dari Ekadimia seperti dipermudahkan. Tidak lupa juga dengan bantuan Lorex yang turut menghantar anaknya pergi sebagai pelindung Akira. Sejujurnya bukan pelindung Akira yang dicari tapi ianya adalah sebagai balasan buat Lorex yang banyak bekorban buat dirinya. Dengan menghantar Lores pergi bersama Akira sekurang2nya boleh menjamin keselamatan naga muda itu juga.
"Jadi bila kau mahu menghantar Puterimu ke sana?" tanya Varnon bila segala keperluan Puteri Akira di wilayah Zaujania selesai difikirkan.
"Secepat mungkin. Mungkin besok selepas kita membiaskan 7 warna dunia itu. Kau boleh melaksanakan mantera bukan?" tanya Raja Solaras kepada Varnon. Hanya Varnon sahaja yang boleh diharapkan kini. Dalam masa yang singkat dan dalam keadaan yang ingin merahsiakan kewujudan Akira mana mungkin dia akan mencari Wizard yang lain.
"Iya Solaras. Aku yang akan melafazkan mantera itu nanti. Usah kau risau. Aku faham apa yang terkandung dalam benak fikiranmu itu." terang Varnon sedikit melegakan hati Raja Solaras. Semoga urusan itu dipermudahkan. Semoga dunia Ecozania dapat diselamatkan. Semoga Puterinya berada dalam keadaan selamat dan boleh menerima tanggungjawab hidupnya kelak.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasíaEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...