Mata yang terpejam lama kini mula dicelikkan. Terasa lekit seluruh badan. Seluruh kawasan dijelajah menggunakan deria pandangannya.
"Ada sesiapa tak?" tanyanya perlahan. Tekaknya terasa perit. Sekali lagi anak matanya melilau mencari bekalan air untuk diminum.
Dia bangun dari pembaringan. Jug air kosong yang terletak di sisi katil dicapai dan dituangkan isinya ke dalam cawan. Air diteguk rakus. Tiga kali cawan itu diulang isi airnya.
"Aku dekat mana ni?? Kenapa gelap?? Kenapa takda orang??" Tanyanya perlahan apabila tekak sudah merasa selesa. Namun masih tiada sahutan dari sesiapa. Ruangan itu diperhatikan lagi.
"Lores!! Kau dekat mana?? Varnon?? Pairy??" rintih Akira perlahan. Perutnya berbunyi menandakan lapar. Dah berapa lama aku tak makan ni?? Dia kembali baring atas tilam yang tak berapa nak empuk tu.
Cahaya lampu yang agak terang dari luar tiba2 menerjah masuk ruangan matanya.
"Akira... Akira.. "
Akira yang mendengar namanya diseru mula bangkit dari pembaringan. Kakinya mula turun jejak ke lantai. Haruslah jejak, kalau tak jejak dah arwah la tandanya.
Langkah kakinya diatur mengikut arah datangnya suara itu.
"Akira... Akira... "
Namanya diseru lagi. Semakin Akira hampir pada pintu semakin menjauh suara itu.
"Ada sesiapa ke dekat sini?" tanya Akira sedikit kuat. Dihendapkan kepalanya keluar dari bingkai pintu. Masih tiada sesiapa tapi suara itu semakin menjauh. Langkah kakinya diteruskan lagi. Sedaya upaya dia mengejar langkah suara itu.
"Lores kau ke tu?" tanya Akira lagi bila masih tiada sahutan yang kedengaran. Semakin jauh Akira melangkah meninggalkan ruangannya tadi. Entah ada dekat mana dia sekarang ni. Kenapa bangunan ni terasa asing sangat. Tak pernah aku sampai dekat sini sebelum ni. Varnon letak aku kat tempat baru ke?
Tiba2 lampu terpadam. Akira mulai cemas. Fikirannya buntu. Tiada pilihan lain, tangannya mula menggapai mencari2 jalan pulang ke tempat asalnya tadi. Dalam susah payahnya, suara itu menyeru lagi namanya. Akira cepat2 bersandar pada dinding. Air matanya hampir tumpah. Sumpah jantungnya boleh gugur ketika ini.
"Lores!! Kau jangan main2 boleh tak. Aku tak suka!! Aku takut!! " jerit Akira sekuat hati. Air mata yang ditahan tadi gugur juga mengalir dipipi.
"Akira... Akira... "
Suara itu menyeru lagi. Kali ini ia terasa sangat hampir. Terasa angin sejuk menampar sebelah wajahnya. Pandangannya mula kabur dihalangi kabus tebal.
"Varnon!! Kau ke tu?" tanya Akira lagi. Masih tiada sahutan. Empangan air matanya mula pecah dan mengalir dengan laju sekali. Seketika kemudian obor di tepi2 dinding mulai menerangi tempat itu. Akira amati tempat itu.
"Aku dekat mana ni?" katanya perlahan. Kawasan sekeliling masih diamatinya. Baju nipis ditubuhnya ditelek lama. Baju dari ruang rawatan? Aku dekat ruang rawatan ke? Kenapa terasa asing sangat tempat ni.
Akira cuba bangkit mencari jalan pulang ke tempatnya tadi. Dan yang lebih penting untuk mencari sesiapa pun yang ada di sini. Dia taknak keseorangan. Tapi mana pergi semua orang??
Langkah diteruskan entah kemana2. Pelik bila dia tak jumpa ruangan tadi. Rasanya baru sekejap dia berjalan tadi. Kenapa ruangan itu masih tak dijumpai. Akira tiba di bilik asing. Sebuah katil besar dengan tirai merah terletak di tengah2. Ada perempuan sedang terbaring di atas katil itu. Jantungnya berdegup tidak keruan.
Kemudian masuk seorang lagi perempuan berpakaian agak lusuh membawa seorang bayi. Bayi itu dihulurkan kepada perempuan yang terbaring tadi. Senyuman manis terukir diwajahnya tapi cuma seketika. Senyuman itu bertukar pada tangisan halus. Bayinya tadi dihulur pula pada lelaki yang baru memasuki ruangan itu.
YOU ARE READING
AKIRA; Penubuhan Semula Ecozania
FantasyEcozania dilanda sumpahan kerana perebutan takhta pada 7 keturunan yang lepas. Pemerintah setiap keturunan makluk di Ecozania mula diselubungi perasaan dendam. Pemberontakkan dan perang diisytiharkan. Kewujudan Lagenda penghalang sumpahan mempertemu...