Bab 13

421 27 3
                                    

"Lores?" tegur seseorang yang membantutkan percakapan Varnon sebentar tadi.

"Ayah !!" Lores terus berlari memeluk ayahnya yang berada tidak jauh di hadapan. Lorex tersenyum gembira melihat anaknya kini berada di hadapan mata. Wajah Lores di tatap lama sebelum dia kembali memeluk anaknya itu. Anaknya sudah dewasa dan berjaya melindungi Akira sepanjang 20tahun ini. Sungguh dia sangat bangga. Pandangan Lorex jatuh pada seorang gadis yang berdiri tidak jauh dari Lores.

"Akira?" tanya Lorex pada anaknya. Lores sekadar tersenyum mengangguk. Lores memandang wajah kusam Akira. Mungkin tidak menyangka yang dia akan berjumpa seseorang yang Lores gelarkan 'ayah' di sini.

"Ayah kita?" tanya Akira bila Lores masih merenungnya. Sesungguhnya Lores masih berfikir bagaimana penerimaan Akira sekiranya kebenaran di bongkarkan sebentar nanti. Kebenaran yang dia adalah penerus takhta Ecozania dan Lores bukan abang kandungnya bahkan mereka tiada sebarang pertalian darah. Lores sekadar pelindungnya saja. Lores memandang ke arah Lorex yang masih setia disisinya. Sekurang2nya dia masih mempunyai Ayah tapi Akira? Ibu dan Ayahnya telah pergi meninggalkan dia sendiri.

"Takpa nanti kita cerita. Sekarang mari kita pulang ke kubu, Pairy sedang menunggu di sana." Kata Lorex tersenyum pada Akira. Tak sangka bayi kecil yang pernah ingin dia lindungi satu ketika dahulu kini sudah besar panjang dan dilindungi oleh anaknya pula. Akira melemparkan pandangan tidak puas hati pada Lores. Sejak tadi soalannya tidak menemui jawapan. Sekarang mereka sudah berjalan pulang ke kubu? Bukan rumah? Lagi satu, sapa Pairy?

Varnon tersenyum senang melihat telatah Akira. Akira kelihatan seperti seorang yang kuat memberontak. Jika tidak takkan Lores sering mengadu pada Varnon melalui kata hatinya. Tapi segala kedegilan dan keinginan Akira kadang kala dapat di tahan dengan kesabaran dalam dirinya sendiri. Semua itu cukup menunjukkan yang Akira seorang yang berhati cekal dan mampu untuk membentuk semula dunia Ecozania kerana perangainya itu tidak ubah seperti mantan pemerintah Ecozania, Raja Solaras. Kini mereka sudah tiba di kubu di tengah2 Ekadimia. Kenapa Varnon tak bawa awan tebal terus ke kubu saja. Bukan ke lagi senang?

"Kubu ni dulu asalnya Istana pemerintahan. Tapi Istana dah rosak teruk masa peperangan besar 5 tahun lepas. Jadi kami baiki apa yang tinggal dan jadikannya sebagai kubu di tengah2 hutan ni. Rupanya memang kelihatan seperti pokok sebab nak sesuaikan dengan keadaan hutan ni." terang Lorex pada kedua anak muda di belakangnya. Lores memandang wajah berkerut Akira. Akira pula masih ligat memerhati kawasan sekeliling. Kalau betul aku berasal dari Ekadimia kenapa perlu bawa aku ke kubu ni semua. Ayah bertugas sebagai apa di sini? Tengok kawasan macam takda tapak perumahan pun kat sini. Kitorang tinggal dekat kubu ni ke?

"Jom masok." ajak Lores bila Akira masih termanggu sendiri. Langkah kakinya mengikut jejak langkah Lores tapi hatinya terasa berat untuk terus melangkah. Seperti ada sesuatu yang menyedihkan terjadi di sini. Kisah kematian si Raja? Atau ayah ingin membawa aku berjumpa ibu? Pairy yang dia sebut tadi tu ibu aku ke? Tapi nenek kata ibu dah lama mati. Ligat Akira memikirkan kemungkinan yang mengganggu ketenteraman hatinya itu. Lores yang setia memandang Akira turut merasa resah melihat wajah gadis itu berkerut seribu.

Kini mereka tiba di tengah2 ruang yang luas setelah berjalan dari lorong pintu utama. Dari luar kelihatan kubu ni macam kecik je. Bila dah masuk lenguh kaki berjalan. Mereka mula menuju ke arah tangga. Akira berhenti melangkah bila dia tiba di hadapan potret besar yang terletak di tengah2 tangga yang memisahkan dua haluan di bahagian kiri dan kanan. Lama Akira meneliti gambar itu. Semakin dia teliti semakin sebak hatinya tanpa sebarang sebab.

"Potret Raja Solaras bersama Ratu Rosel." kata satu suara yang begitu hampir dengan telinga Akira. Akira berpaling ke sebelah kanan untuk melihat gerangan pemilik suara tersebut. Terbuka luas mulut serta mata Akira bila melihat Pari2 kecil dan cantik sedang terbang di sebelahnya. Pertama kali seumur hidup dia berjumpa dengan Pari2.

AKIRA; Penubuhan Semula EcozaniaWhere stories live. Discover now