4

7.6K 736 92
                                    

YUMI'S POV

Aku menapak masuk ke dalam sekolah dengan perasaan yang lain macam. Mungkin sebab perjanjian semalam tu kot. Entahlah, walaupun pada mulanya aku seperti tidak bersetuju, tapi aku rasa gembira sikit. Okay, gatal kejap.

Aku segera menuju ke loker untuk kelas yang pertama. Orang yang aku nampak di situ, ialah Jin Sunbae. Mesti dah rindu aku ni. Maklumlah, aku kan hoobae kegemaran dia. "Sunbae!" Aku berlari-lari anak ke arahnya.

Dia tersenyum dan mengusap kepalaku dengan lembut. Entah kenapa, ramai pelajar menganggap kitorang ni sedang hangat bercinta. Aku anggap dia sebagai seorang abang dan aku percaya dia pun berasa begitu. "Kenapa mata macam bengkak lagi? Sambung nangis dekat rumah malam semalam?"

Aku menyentuh mataku. Sebenarnya, aku menangis sebab 'terharu' sangat dengan Jungkook semalam. Betapa tak gentleman nya dia ni. Sampaikan biar aku tidur depan ruang tamu seorang. Menangis sampai tertidur!

Aku mengangguk lemah. Pasal hoki tu pun menjadi salah satu sebab aku menangis. Teruk sangat ke aku? "Sunbae," Jin melihat aku sambil mengemas bukunya di dalam loker. "Macam mana kalau saya tak dapat pergi?"

Jin berhenti dan melihat ke dalam mataku. "Kalau Yumi tak pergi biar Sunbae jelah yang pergi. Senang." Dia kata lalu menjelirkan lidahnya. Haish, nak je tepuk bibir tebal dia tu. Sampai hati dia kata macam tu? Sampai hati dia? Sampai hati dia!?

"Okay, bye!" Aku pura-pura merajuk lalu menghempas pintu loker dan beredar dengan cepat. Sedang aku berjalan, tanganku direntap kemas oleh Jin. Dah agak, mesti dia tak dapat nak tahan aku merajuk. Aku berpusing dan melihat dia dengan muka yang agak hodohlah. Yalah, muka merajuk aku bukannya cantik sangat.

"Kalau Sunbae pergi, Sunbae janji akan menangkan game tu untuk Yumi." Aku menjelirkan lidah dan ingin melepaskan genggaman tangannya. Namun, sedang kami bergelut, Jin ternampak kesan merah di tanganku akibat terpegang roti bakar panas tadi. "Ni kenapa?"

Aku menolak perlahan tangannya dan sorokkan tanganku di belakang. Takkan nak beritahu yang aku terpegang roti panas sebab terkocoh-kocoh nak bagi dekat cikgu Jeon? "Tadi buat roti bakar, lepas tu terpegang masa baru keluar dari toaster."

Ouch!

Satu jentikan singgah ke dahiku. "Kenapa leka sangat? Sini." Aku ditarik ke sebuah kerusi panjang lalu duduk di sebelah Jin. Aku menjadi senyap kerana Jin sedang marah disebabkan aku yang lalai. Dia memegang tanganku lembut lalu menatapnya. "Sakit lagi?" Aku mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan sebotol losyen kecil dan menyapu sedikit losyen ke atas tanganku.

"Lain kali hati-hati. Ambil ni, kalau sakit lagi, sapu je losyen ni. Lagipun, musim sejuk dah nak tiba, pakai losyen untuk elakkan kulit kering. Faham?" Tegas Jin berkata. Aku pula, sekadar mengangguk faham.

Aku tak tahu kenapa, renungan Jin membuatkan aku sedikit tak selesa sekarang. Terasa macam darah ni sedang menyerbu ke muka. Selalunya tak macam sekarang pun. Kenapa ek?

Tak mampu tahan dengan keadaan kekok ni, aku segera bangun. "Sunbae, saya pergi dululah ya? Jumpa nanti." Aku bersalam dengannya lalu berlari pantas ke kelas. Aku ni dah kenapa sebenarnya!?

"Saya minta maaf sangat. Tapi latihan hari ni memang tak dapatlah saya nak datang, sunbae." Aku memberitahu. Sebenarnya, Jungkook ada menghantar pesanan ringkas kepadaku menyuruhku pulang ke rumah sejurus habis sekolah. Naik bas. Dia tak lupa untuk beritahu itu.

"Ya ke? Takpelah, nampaknya tak dapat aku nak teman kau balik rumah?" Aku mengangguk dan dia mengusap kepalaku lembut. "Hati-hati. Kat luar tu bahaya."

Aku berjalan keluar dengan hati yang malas. Sedang aku berdiri di perhentian bas, kelihatan kereta Jungkook sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Aku merenungnya dengan perasaan geram kerana membiarkan aku menaiki bas berseorangan. Kalau dia teman tak apalah~~

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookWhere stories live. Discover now