Jungkook meletakkan barangnya di atas meja dan duduk tersandar di kerusinya. Telefonnya bergetar menandakan satu mesej dihantar masuk oleh Yuri.
- Awak dah sampai sekolah? Kenapa tak beritahu yang awak nak naik bas? Buat risau saya je.
Jungkook merenung telefon itu dan membalas dengan ayat 'Saya Minta Maaf'. Sebenarnya, dia tidak ada mood untuk bersama sesiapa pun pagi ni. Dia lebih suka bersendirian. Entah kenapa pagi tu dia rasa lain macam. Macam ada yang tak kena. Rasa tak sedap hati pun ada.
"Hoi, Jeon Jungkook~!" Taehyung, kawan baiknya menyapa. Kim Taehyung, dia juga seorang guru muda di BigHit High. Berusia 24 tahun dan bersikap gila-gila. Disebabkan itu, tiada murid yang bermusuhan dengannya. Dia merupakan seorang guru vokal, dan disebabkan itu ramai pelajar perempuan mengambil keputusan untuk memilih kos itu.
Jungkook mengeluh. "Apa, hyung?" Mulalah hari dia dengan si dungu Taehyung ni.
"Kau kenapa? Lain macam ja hari ni." Taehyung yang duduk bersebelahan Jungkook, menarik kerusinya dan duduk di sebelah Jungkook. "Ceritalah. Takkan isteri comel kau tu buat hal kot?" Taehyung berkata sambil membuat muka gatalnya.
Sebenarnya, Taehyung pun sukakan Yumi. Tapi, cuma suka sebagai seorang abang je. Bagi Taehyung, Yumi tu bagaikan seorang adik yang boleh dibuat bergurau, bukan macam Jungkook ni. Buat lawak sikit, ada je barang yang dibaling ke arahnya.
"Eh eh, dia isteri saya. Jangan macam-macam, hyung." Jungkook memberi amaran.
Taehyung mencebik. "Sayang jugak dengan si Yumi tu. Dah, kenapa ni? Kau ada masalah, ceritalah. Telinga aku tengah menadah ni." Taehyung berkata. Telinganya ditarik, memberitahu Jungkook untuk meluahkan isi hatinya kepadanya.
Jungkook memandang Taehyung dengan pandangan yang redup. "Sebenarnya, saya rasa bersalah dengan Yumi," Dengan itu, cerita Jungkook pun bermula memandangkan mereka berdua tidak ada kelas pada pagi tu. Jungkook bercerita tentang kisah dia dan Yuri bertembung dengan Yumi dan Jin, termasuk kisah pagi tadi.
"Tapi ada satu yang buat saya rasa bersalah sangat dengan dia." Taehyung mendengar dengan setia. "Pagi tadi pukul tiga, saya terbangun dari tidur dan keluar dari bilik untuk minum air. Saya tengok Yumi, dia menggigil kesejukan. Saya ingat nak selimutkan dia, tapi saya tiba-tiba teringatkan dia dengan Jin. Sakit hati punya pasal, saya biarkan dia. Tengok tengok pagi ni dah sakit."
Taehyung membuntangkan matanya, terkejut. "Habis tu, sebab tulah kau beria-ia peluk dia lepas tu kononnya gosok belakang dia elok-elok? La hai kau ni. Aku punyalah dah berbunga-bunga hati ni sebab tengok kau berdua makin sweet. Rupa-rupanya, hampeh!"
Taehyung bangkit dari duduknya, dan mengemas barang-barang untuk kelasnya. Jungkook hanya tersenyum kecil apabila melihatkan Taehyung yang geram dengan sikapnya. Takpelah. Lagipun bukan aku buat derk je dengan Yumi. "Tapi hyung, saya rasa bersalah lah."
Taehyung menoleh ke arah jejaka itu. Dia memang dingin, tapi Taehyung bersyukur yang Yumi dapat mencairkan hati dia sedikit demi sedikit. Sebelum perkahwinan ni, Jungkook lebih suka mendiamkan diri dan tak pernah senyum dengan ikhlas. Tapi, baru tadi, dia akhirnya nampak akan keramahan dan senyuman Jungkook yang ikhlas tu.
"Belikan dia ubat atau makanan yang boleh sembuhkan dia." Dengan itu, Taehyung mengangkat rotannya dan berlalu pergi. "Haiii, terasa nak rotan punggung budak pulak sekarang ni~!" perli Taehyung. Jungkook menjegilkan matanya, sambil melihat bayangan pemuda itu berlalu pergi.
♡
Jungkook berjalan melalui sebuah terowong kecil untuk ke kelasnya. Namun, dia bertembung dengan Jin. Ketika itu, terowong itu kosong dan hanya mereka berdua berada di situ. Mereka berdua terhenti dan merenung ke arah masing-masing.

YOU ARE READING
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanficHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...