15

5.6K 609 53
                                    

"Apa ni?! Asal tolak-tolak aku?" Yumi menepuk kainnya yang kotor. Pagi-pagi lagi moodnya sudah dicemari. "Apa korang nak?"

Minah menolak badan Yumi sekali lagi, menghempas dinding loker tersebut. Sesak nafas Yumi dibuatnya. Seketika kemudian, Yura pula mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menunjukkan sekeping gambar.

'Gambar tu...'

"Apa ni? Kenapa kau dengan cikgu Jeon boleh rapat macam ni?! Sampai nak sarungkan jaket bagai!" jerit Minah. Seluruh laluan itu kembali kecoh apabila Yura menghalakan telefonnya ke arah para pelajar satu persatu. Masing-masing dengan cepat mengeluarkan telefon mereka lalu memeriksa laman web sekolah.

"Oh my god!"

"Cikgu Jeon!"

"What the...?"

Yumi menutup mata, ketakutan. Kini, hubungan palsu dia dengan cikgu Jeon sudah terbongkar. Terbongkar di laman web sekolah! "Siapalah si bodoh yang gatal tangan sangat tu?" bisik Yumi sendirian.

"Hoi!" Sojin menunjal kepala Yumi itu. "Terangkan sekarang! Beritahu aku apa hubungan korang berdua!"

Yumi terdesak dan berada dalam dilema. Apakah jawapan yang sepatutnya diberitahu? Terus terang? "Aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia."

"Tak payah nak menipulah! Takde cikgu yang akan merenung pelajar dia macam tu! Dan beritahu aku, apa yang korang bualkan sampai kau menangis malam semalam?!" Hyeri pula menjerit.

"Takk! Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan sama sekali! Tolonglah percaya!" Dengan segala kudrat yang masih ada, Yumi menolak tangan Minah, menyebabkan gadis itu terjatuh. Para 'penonton' mula menjadi bising dan mengelilingi mereka berlima.

Baru sahaja Yumi ingin meninggalkan tempat kejadian, cikgu Kim tiba-tiba muncul. Yumi sedikit tersentak dan berasa gugup. Sudah pasti dia akan dituduh sebagai si pesalah memandangkan tiada siapa yang akan mempertahankan dirinya sendiri. Rambutnya ditolakkan ke belakang, mengeluh sambil mengelak dari pandangan Taehyung.

"Cikgu! Tengok apa yang Yumi dah buat dekat Minah!" Yura mengadu dengan suara yang dibuat-buat, menambahkan rasa meluat Yumi terhadap mereka. Para pelajar turut bersorak menandakan mereka bersetuju dengan aduan Yura. Walhal, terang-terangan memang Yumi yang dibuli terlebih dahulu.

"Semua masuk kelas masing-masing! Kamu berempat pun sama! Jangan nak buat kecoh dekat sekolah, lebih baik kamu balik!" Taehyung menempelak dengan rotannya yang dihayun-hayunkan ke udara. Yumi yang sedikit seram, bergerak ke tepi sedikit sebelum kepalanya jadi mangsa ketukan.

Akhirnya, para pelajar bersurai termasuk empat orang gadis gedik itu. "Saya pergi dulu, cikgu." Yumi meminta izin, namun dihalang oleh Taehyung. "Kamu ikut saya. Naik atap sekolah."

Author note : V cute ah duh duh

Yumi duduk di atas simen sambil bermain dengan batu-batu kecil yang dijumpainya. "Apalah dia ni nak... aku nak belajar, dia buang masa aku pulak kat sini..." bebel Yumi sendirian. Taehyung masih khusyuk menikmati tiupan angin yang sejuk itu sambil menepuk-nepuk belakang betisnya dengan rotan yang setia bersama di sisi.

Yumi mengambil sebiji batu kecil, lalu dibaling ke arah Taehyung. "Cikgu, apa function cikgu ajak saya naik atas ni? Nak ajak saya dating ke apa ni? Orang nak belajarlah." Terus-terusan Yumi membaling batu-batu kecil ke arah Taehyung.

"Kejap. Kenapa Jungkook tak datang hari ni?" Yumi berhenti membaling dan termenung seketika. "Entah. Tiba-tiba hilang. Orang bunian culik kot." Yumi mengangkat bahu.

"Ehh, mulut tu dahlah masin, cakap benda yang tak elok. Cili mulut tu nanti, tahulah langit tu tinggi ke rendah, Yumi." Taehyung mengambil tempat di sebelah Yumi sambil melipat lututnya dan memeluknya.

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookWhere stories live. Discover now