9

6.2K 621 28
                                        

Yumi mengemas meja makannya sebelum pinggan diletakkan ke dalam sinki. Sarung tangan sebesar saiz tangan KingKong disarung sampai ke siku. Senang sikit pakai sarung tangan, tak adalah baju uniform pun kotor.

Jungkook awal-awal lagi dah bertolak untuk kejohanan hoki selama tiga hari dekat Busan. Haih, men'janda' selama tiga harilah nampaknya. Apakah? Okay, abaikan yang tu ya~

Sarung tangan ditanggalkan dan disangkut di tingkap dapur. Yumi menuju ke hadapan cermin, lalu menyikat rambutnya yang panjang mengurai tu. "Petang ni pergi kedai potong rambutlah!" Yumi membuat perancangan. Yep, memandangkan Jungkook pergi Busan, bolehlah dia bebas dan buat apa yang dia suka sebelum menjalani proses yang dipanggil 'Bebelan Jungkook.'

Rambutnya diikat sanggul, dan rambut hadapannya disikat rapi. Selalunya, Jungkook yang tolong dia sikatkan rambut, tapi sejak hari Jumaat tu, terhenti langsung aktiviti tu. Rindu pula Yumi. Beg sekolahnya dicapai disertai dengan sebuah beg plastik hitam yang kecil.

"Dia selalu terlupa. Dasar pelupa." Yumi merungut sebelum meninggalkan apartmentnya.

"Sunbae!" Yumi berlari ke arah Jin yang sedang berbual dengan Minho di perkarangan sekolah. Kelihatan sekumpulan pelajar yang mengandungi lebih kurang 20 pelajar sedang duduk di atas padang hoki. Mungkin sedang menunggu ketibaan bas.

Jin menoleh dan tersenyum melihat gadisnya berlari comel ke arahnya. "Nak ikutlah." Yumi membuat muka sambil menggenggam erat tangan Jin. Kini, dia bergantung sepenuhnya perasaan dia kepada Jin.

Jin merapatkan wajahnya dengan wajah Yumi, sebelum mencium kilas hidung gadis itu. "Hoi~" Yumi menegur dan menekan hidung jejaka itu dengan kuat. "Jangan sentuh hidung ni. Hidung ni berharga tau!"

"Habis tu, dia yang tekan hidung mancung ni boleh pulak?" Jin memberontak sambil melipatkan tangannya di atas dadanya. Jin merajuk? Yumi tersenyum apabila tangannya mengeluarkan secawan bubbletea berperisa strawberi.

"Para pelajar! Bas sudah sampai! Sila beratur dan jangan berebut-rebut!" Yumi mencuri pandang Jungkook yang menjerit sambil bersandar di hadapan pintu bas, dan kedua-dua mereka bertembung mata tiba-tiba.

Namun, Jungkook hanya menjeling. Sombong!

"Sunbae, minta tolong boleh?" Yumi menarik bahu Jin ke bawah, supaya dia dapat berbisik dengannya. Jungkook yang sedari tadi memerhati, membuntangkan matanya apabila melihat mereka berdua serapat itu.

"Yang dekat sana tu, cepat sikit!" Jungkook menjerit sekali lagi, dan perhatian pelajar-pelajar semua teralih kepada Jin dan Yumi.

Yumi berkerut dahi dan menjeling tajam ke arah Jungkook. Setajam-tajam pisau potong daging tu. Plastik hitam dikeluarkan dari beg sekolahnya, dan dihulurkan kepada Jin. "Apa ni?" Jin yang kehairanan, bertanya.

"Seluar dalam cikgu Jeon. Dia tertinggal atas katil masa saya tengah bersiap tadi. Tolong bagi dekat dia ya?" Jin mengangguk lembut, sebelum terkekek-kekek ketawa. "Lawan betul-betul tau! Kasi menang."

Yumi ditarik ke dalam pelukannya, sehinggakan pelajar-pelajar mula membuat kecoh. Jungkook yang sedang menghadap skrin telefonnya, melihat apa yang telah terjadi. Telefon di tangan hampir terlepas namun responsnya lagi pantas dari graviti.

"Ohemji sweetnya!"

"Woi, tak payah sweet sangat!"

"Yumi dah berpunya ke?"

"Hei, Yumi tu saya-" Jungkook tiba-tiba menjerit sebelum kembali ke alam realiti dengan ayatnya yang sedikit tergantung. Pelajar-pelajar perempuan yang sedang meletakkan beg mereka ke dalam bonet bas memandang pelik.

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang