16

5.8K 573 54
                                        

Yumi duduk termenung di hadapan tasik. Senyap. Kelu. Kosong. Apa yang dah terjadi?

Peluh yang mengalir laju dari dahinya dibiarkan. Apa yang dia nampak sebentar tadi? Betulkah tadi tu Jin?

"Jin bercium dengan... perempuan lain ke?" Yumi menggumam sendiri. Adegan bercium yang disaksikannya tadi di kampus Jin membuatkan Yumi berasa sedih. Jin pun macam nak bagi hint je nak tinggalkan dia?

Jadi, nak mengelakkan sesuatu terjadi di kampus, Yumi berlarilah ke taman rekreasi ni.

"Kenapa semua orang nak cari pasal je eh dengan aku? Apalah yang aku dah buat..."

"Yumi."

Yumi menoleh. Kelibat Jin yang tercungap-cungap ditenungnya lemah. "Apa yang Yumi nampak tadi sama sekali tak betul! Oppa tak berniat langsung nak cium dia! Dia yang tolak oppa dan... semua tu terjadi.... Oppa minta maaf." Jin menekup mukanya dengan tangan.

Yumi menatap lemah wajah Jin yang hampir sembab kerana keletihan. Lalu dia berdiri menghadap lelaki itu sambil memegang erat tangannya. "Oppa,"

Jin mengangkat mukanya yang memerah kerana menahan diri dari menangis. "Yumi pun nak minta maaf." Sejurus mata mereka bertembung, air mata Yumi terus menjirus keluar dari tubir mata. "Maafkan Yumi, tapi kita patut berpisah. Semua ni salah Yumi, sebab biarkan semua ni terjadi,"

"Yumi patut tolak oppa supaya oppa takkan terluka akhirnya. Awal lagi Yumi tahu, kita takkan dapat bertahan. Tapi, disebabkan keputusan Yumi yang bodoh ni, oppa terluka dengan teruk sekarang. Boleh tak, oppa lepaskan Yumi sekarang?"

"Yumi..." Jin memeluk Yumi erat. "Oppa minta maaf tapi berilah oppa peluang terakhir. Oppa janji, semua ni takkan berulang."

Yumi melepaskan pelukan itu. Jujur kata, hatinya berat untuk meninggalkan Jin. "Apa kata oppa yang berikan peluang dekat orang lain? Oppa pun manusia, takkan oppa nak seksa diri dengan meminta peluang dari orang lain? Cubalah, berikan peluang yang oppa minta ni kepada orang lain. Yumi yakin, akan ada yang gunakan peluang ni sebaiknya. Lagipun oppa ada ramai peminat. Cuba jadi sombong-sombong sikit haha."

"Percayalah Yumi, oppa."

Sudah seminggu Yumi bersekolah setelah insiden dia dan Jungkook mula tersebar. Mujurlah, pengetua tampil menenangkan keadaan dan para pelajar semua pun sudah bertenang.

"Itu semua sekadar khabar angin palsu."

"Yumiiii~~!" Dari jauh, suara Jongdae kedengaran nyaring. Yumi mengeluh lemah, sebelum menutup pintu lokernya dengan perasaan reda. "Weh, selamat pagi! Nah, tepek sikit!" Satu tamparan kecil diberikan di atas dahi Yumi.

Yumi merengus. "Untuk apa ni weh?!"

"Untuk menunjukkan kasih cintaku padamu oh Yumi~" Jongdae mula menyanyi sambil matanya tertutup dan tangannya pula di dada. Yumi membuat muka, sebelum pergi dengan senyap. "Tunggulah!"

Seseorang merangkul bahu Yumi dari belakang. "Kau ni dahlah Kim Jongdae," Yumi merungut. "Asal tetiba gembira sangat ni?"

"Aku diterima masuk SM! Sukanya!" Jongdae berteriak gembira dan mengeratkan lagi pelukannya. "Sekarang aku dah jadi trainee jadi tak dapatlah nak teman kau belajar lepas sekolah lagi..."

Jongdae melentokkan kepalanya ke atas bahu Yumi. Sedih kerana lepas ni dia tidak dapat meluangkan masa dengan Yumi sebanyak yang mungkin. Yalah, bestfriend forever ever woi!

"Kau pun nak tinggalkan aku heh?" Yumi mencebik dan pura-pura sedih. "Aku sorang-sorang jelah belajar lepas ni?"

Jongdae menggeleng-geleng kepalanya. "Jimin kan ada. Aku dah awal-awal minta dia jagakan kau untuk aku. Nampak tak keprihatinan aku dekat kau?"

Yumi tersenyum sambil hidungnya kembang-kempis menahan rasa terharu.

"Biar betul?" Telefon pintar di tangannya hampir terlepas. Taehyung segera mennyelamatkan telefonnya lalu dimasukkan ke dalam poket kemejanya.

"Dahlah mahal benda ni..." gumam Taehyung. "Jadi, kau dah faham apa yang terjadi sepanjang kau tak ada dekat sekolah? Macam-macam weh."

Jungkook menutup matanya. Dia mengeluh. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. "Kesian Yumi," ujarnya lemah. "Dia okay ke sekarang?"

Mukanya diangkat menghadap Taehyung. Dia sekadar mengangkat bahunya, "Badan dia luka-luka sebab kena pukul hari tu. Tapi sekarang okaylah sikit. Cuma lebam tu susah hilang."

Jungkook mengangguk mendengar jawapan Taehyung. "Yang kau ni, mereput dekat sini kenapa? Kan Yuri dah taknak kau. Kau patutnya balik tolong si Yumi tu. Tolak tepi dulu hal kakak kau dengan mak kau tu. Budak tu perlukan bantuan."

Jungkook berasa sentap dengan ayat Taehyung yang mula-mula tu. Lelaki itu dijelingnya kemudian air kopi dihirup sedikit. "Aku rasa, macam tak diperlukan pulak. Dia kan dah ada Jin yang pandai tu."

"Banyaklah kau. Dia bagitau aku, dia nak fokus je dalam pelajaran. Cinta-cinta tolak tepi. Tapi kau tahukan, yang dia bukannya otak yang geliga punya orang, semua nak kena tolong. Kaulah yang dia perlukan sekarang. Ni lagi sorang bengong tak sudah."

Taehyung kembali menatap telefonnya. "Tak ke pelik? Kalau aku balik tiba-tiba lepas tu anggap takde apa terjadi?" Matanya terangkat melihat Jungkook dihadapannya. "Kekoklah nanti, hyung."

"Siapa suruh kau tergedik-gedik dengan Yuri tu? Haish, macam ni jelah. Kau balik je, tebalkan muka kau tu nak hadap dia. Aku rasa dia dah okay tu, dia bukan jenis yang pendam lepastu tak puas hati dengan orang. Kau je yang macam tu."

"Tapi aku malulah, hyung~ Tolonglah aku!" desak Jungkook sambil kakinya menggeleser dengan kaki Taehyung di bawah meja.

"HOI GAY!"

"Bye, Jimin! Terima kasih sebab sudi teman aku tau. Nasib baik kau pandai." Yumi menepuk belakang Jimin yang agak pemalu itu. Tersipu-sipu Jimin mengangguk.

"Er, Yumi," Jimin memanggil ketika Yumi sudah melangkah ke depan. Dia berpusing badan dengan segera apabila dipanggil. "Nah."

Sebuah kotak kecil berisi coklat dihulurkan ke Yumi. Terpinga-pinga Yumi dibuatnya. "Wah, kenapa ni?" Kotak kecil itu diambil lalu ditatap.

"Saja bagi. Kitakan kawan? Dahlah, aku balik dulu." Jimin memusingkan badannya dan menghilang sebelum Yumi sempat mengucapkan terima kasih.

"Chim chim! Terima kasih!" Samada dengar atau tidak, itu adalah masalah pendengaran Jimin sendiri. Tersenyum sendiri Yumi dibuatnya.

"Comel."

Yumi berjalan sambil menikmati aiskrim coklat di tangannya. Manakala tangan di sebelah kanan pula ada kotak coklat pemberian Jimin. Setiba sahaja di hadapan apartment, Yumi terhenti apabila terbau sesuatu yang wangi.

"Dari mana datangnya bau wangi ni? Bolehlah singgah sat makan malam kat rumah jiran nanti huahuahua." Yumi bergurau dengan diri sendiri. Yelah, Jungkook takde sekarang, entah bila nak balik.

Nafas dihela lemah lalu pintu dibuka. "Aku dah balik..." Langkahnya terhenti apabila bauan tadi sebenarnya datang dari rumahnya! Ada orang ceroboh ke? Raket badminton dicapai di ruang tamu dan dia melangkah dengan berhati-hati ke ruang dapur.

Satu, dua, tiga...

"HIYARGHH! Nyah kau!" Seorang makhluk berjantina lelaki dipukul dengan kuat dibelakangnya. Tanpa henti dan belas kasihan, Yumi meneruskan pukulan smash yang dipelajarinya hasil kokurikulum sekolah.

"Berhenti! Jangan pukul saya lagi, Yumi!" Lelaki itu mengerang kesakitan dan cuba untuk melepaskan dirinya. Namun, badan mereka berlanggaran menyebabkan lelaki itu jatuh ke atas badan Yumi.

HABIS AISKRIM COKLATNYA JATUH TERKENA MUKA YUMI SENDIRI.

Mata Yumi terbuka luas dan 'lembaga' di hadapannya diperhatikan. "Aiskrim! Ka- cikgu?!" Jungkook yang kesakitan mengangkat mukanya dan mata mereka bertembung.

God, cikgu Jeon... dah balik?!

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang