Yumi meneguk air liur setelah surat misteri berwarna putih yang baru dijumpai di lokernya, dibaca. Dengan perlahan, beg sekolah dan buku teks diletakkan di atas meja. Pipinya terasa panas dan darahnya berderau. Jantungnya berdegup laju dan tangannya mula menjadi sejuk.
"Selamat pagi!" Teguran Jongdae yang ceria itu mengejutkan Yumi. Terketar-ketar dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda tegurannya.
Dahi Jongdae berkerut. Selalunya Yumi tak macam ni. Selalunya Yumi ni yang ucapkan selamat pagi dulu. "Kau kenapa hari ni?" Dagunya ditongkatkan dengan tangan kanannya, sambil matanya memerhati wajah gadis yang pucat itu.
"Demam?"
Yumi menggeleng.
"Selsema?"
Geleng.
"Sakit tekak?"
Sekali lagi, menggeleng.
"Sembelit?"
"Mana adalah!" Yumi jawab dengan lantang, sambil ketawa terbahak-bahak. Belakang Jongdae ditepuk kuat berkali-kali dan Jongdae menyeringai menahan kesakitan.
"Hoi! Kau ni dah kenapa tau tak belakang aku sakit kau ni pernah belajar taekwondo ke hapa?!" Jeritan Jongdae menarik perhatian sekelas, termasuk guru yang baru sahaja menapak masuk ke dalam kelas, iaitu cikgu Jeon.
"Kamu berdua kenapa?!" Suara Jungkook pula yang menguasai isi kelas itu. Yumi yang baru sahaja ingin ketawa, terhenti hanya di tekaknya sahaja. Jongdae dan Yumi hanya membatukan diri, sebelum Jungkook menjeling mereka berdua dan kelas diteruskan.
Semua pelajar duduk di tempat masing-masing dan bersedia untuk sesi pembelajaran. Jongdae menoleh dan merenung wajah Yumi, "Ada apa-apa jadi ke? Apa benda tu?"
Jari telunjuknya terarah kepada surat putih yang kemas dipegang oleh Yumi. Sekali, Yumi mengeluh. Surat itu dihalakan kepada jejaka itu. "Nak baca?"
Jongdae tersenyum lalu menarik surat itu daripada pegangan Yumi. "Of course lah nak~~" Halaman depan sampul surat dibaca, dan matanya serta-merta terbeliak. "Daripada Jin sunbae? OMG!"
"Eh kau. Jangan macam-macam. Dasar busybody." Yumi menjeling dan berasa menyampah dengan kegedikan Jongdae yang terlebih ni. Tahulah Jin tu hensem, tapi rasanya Jungkook lagi hensem kot?
Perhatian Yumi teralih kepada sesi pembelajaran, membiarkan Jongdae menghayati tulisan Jin yang memang lagi cantik daripada tulisannya sendiri. Nampaknya cikgu Jeon ingin memulangkan kertas peperiksaan Sains. Jantungnya kembali berdegup melihat kertas-kertas ujian yang sudah mula dipulangkan kembali kepada para pelajar.
"Kim Jongdae!" Terkocoh-kocoh Jongdae membaling kembali surat itu tepat ke muka Yumi, sebelum berlari ke hadapan untuk mengambil kertasnya. Yumi mengeluh, dan surat tadi disimpan elok.
"Apa yang lama sangat Jongdae dengan cikgu Jeon ni?" Yumi memerhati mereka berdua. Jungkook seperti sedang memberitahu sesuatu yang membuatkan Jongdae terangguk-angguk sambil mukanya menjadi sedikit kelam.
"Weh, cikgu Jeon nak surat tu." kata Jongdae selepas kembali ke tempat duduknya. Dahi Yumi berkerut.
"Apa pasal pulak?"
"Aku rasa dia syak kau dengan Jin bercinta lah."
"Tapi dia dah tahu pun kan?"
"Yalah, mungkin sebab aku baca surat ni time dia tengah mengajar ke. Manalah aku tahu! Baik kau bagi, sebelum dia meletup!"
"Han Yumi!" Nama Yumi pula dipanggil. Surat tadi diambil lalu dia mara ke hadapan kelas. Surat itu diletakkan di atas meja, dan kertas ujian dicapai dari tangan Jungkook.
YOU ARE READING
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...