"Tsk tsk..." Kedengaran esakan kecil Yumi.
"Sorrylah. Nanti aku belikan lagi satu aiskrim untuk kau okay?" Jungkook meminta maaf sambil tangannya mengelap wajah Yumi yang kotor dengan tisu. Sambil itu, matanya memerhati kesan-kesan lebam yang terkesan di atas kulit Yumi.
Bibirnya digigit seketika.
"Sorry sebab tinggalkan kau tiba-tiba."
Yumi yang sibuk mengelap kesan aiskrim di atas lantai, terhenti seketika. Muka bersalah Jungkook ditenung seketika, sebelum meneruskan kerjanya tanpa berkata apa-apa.
"Cikgu pergi mana? Pengetua dengan budak-budak semua risau. Cikgu-cikgu pun." Yumi bertanya sambil menuju ke dapur untuk membuang helaian tisu itu.
Jungkook mengangkat beg sekolah gadis itu dan diletakkan ke atas sofa. "Balik kampung. Jom, makan. Lapar, kan?" Yumi mengangguk dan mereka berdua sudah bersedia di hadapan meja makan itu.
♡
Makan malam bermula tanpa sebarang kata dan mereka berdua sudah menelan hampir separuh dari mangkuk nasi itu.
Jungkook yang sedang membuat persediaan untuk sesi pengajarannya esok galak menghadap laptopnya. Seketika kemudian, Yumi pula muncul setelah mandi untuk membuat ulangkaji. Mereka berdua duduk menghadap satu sama lain.
Jungkook berasa sedikit janggal, dan hanya mengintai disebalik laptopnya. 'Gigih budak ni. Baguslah.' Terangguk-angguk dia bersetuju dengan anggapannya. Tak lama kemudian, kerjanya diteruskan.
Namun, keadaan ini terlalu senyap dan janggal.
Sekali lagi, Jungkook mengintai disebalik laptopnya. Dan, apa yang dilihatnya amat menggelikan hati.
"Susahnya ..." Yumi tertunduk-tunduk dan terus-menerus membaca soalan penyelesaian masalah Matematik itu. Pensel kayunya dipusing-pusingkan dengan jari jemarinya. Bibirnya pula dijuihkan kerana terlalu kecewa dengan soalan Matematik itu.
"Boleh tak buat soalan tu? Kalau tak tahu tanyalah."
Yumi tersentak seketika, namun dia tidak langsung memandang Jungkook. "Tak apa, saya boleh."
Jungkook mengangkat kedua-dua kening dan bahunya. 'Fine.' Lalu meneruskan kerjanya kembali.
Setelah beberapa jam berlalu tanpa sebarang suara atau bunyi, Jungkook akhirnya telah menghabiskan bahan-bahan pengajarannya. Jari-jemari dan belakangnya diregangkan sambil berdiri, dan satu bunyi aneh menarik perhatiannya.
Kroh ... kroh ...
Jungkook tersenyum kecil. Terlena Yumi di atas meja dengan penselnya masih dipegang erat.
♡
Bunyi air di dalam bilik air mengejutkan Yumi yang terlena. Matanya yang masih mamai memandang ke arah jam di dinding.
7:10 a.m.
Yumi bangun lalu duduk sambil termenung seketika. Sekelilingnya diraba-raba dan akhirnya dia mendapati bahawa dia berada di atas katil. Eh!
Semalam bukan aku buat soalan Matematik ke? Asal ada dekat sini?!
Sedang Yumi mengerutkan dahinya bagaimana perkara itu terjadi samada dia terbang atau merangkak ke katil itu, pintu bilik air terbuka mendedahkan seseorang disebaliknya.
Serta-merta mata Yumi terbeliak. "Omo! Cikgu!" Matanya segera dikatup dengan kedua-dua belah tangannya. Mukanya memerah dengan amat jelas sehinggakan dia terasa seperti dirinya sedang terbakar.
Sekali lagi, matanya dicemari dengan badan Jungkook yang tegap.
Matanya ditutup rapat, namun badannya dapat merasai bahawa katil tempatnya duduk itu seperti sedang didekati oleh Jungkook selangkah demi selangkah. Sehinggalah, katil itu sedikit termendap ke bawah apabila Jungkook mengambil tempat tepat di hadapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...
![[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/72869287-64-k581841.jpg)