Tiga jam berlalu
"Baiklah, calon-calon boleh meletakkan pen masing-masing kerana masa sudah pun tamat." Taehyung, sebagai ketua pengawas memberitahu. "Para pengawas sila kutip kertas soalan dan jawapan mereka sekarang."
Selepas beberapa minit, calon-calon akhirnya dibenarkan keluar dari dewan. Kesemuanya menghelakan nafas lega, termasuk Yumi. Dia mengambil tempat di sebuah pondok kecil lalu mengambil nafas sedalam-dalamnya.
"Kau berjaya, Yumi."
Gadis itu tersenyum lebar dan kedua-dua belah lengannya diayunkan ke udara.
"Yumi," Angannya terhenti seketika apabila cikgu Taehyung menghampirinya dengan senyuman segaris di wajahnya. "nampak yakin ya kamu, baguslah."
Taehyung mengambil tempat di sebelah pelajar kegemarannya itu. "Terima kasih, cikgu. Kenapa, cikgu?"
"Ah, ni, ada benda cikgu nak beritahu kamu. Pasal cikgu Jeon."
"Oh, kenapa cikgu?"
"Dia minta kamu datang ke restoran yang kamu berdua pernah berjumpa untuk perjanjian tu. Katanyalah. Ada benda dia nak beritahu kamu rasanya. Baik kamu pergi sekarang."
♡
Nafas Yumi tercungap-cungap apabila dia tiba di restoran itu. Matanya tidak berhenti mencari kelibat Jungkook.
"Cik Yumi?" Salah seorang pelayan di restoran itu menegurnya. Yumi menunduk dan dia menerima sekeping surat berwarna susu dengan secawan bubbletea perisa coklat.
Dengan perlahan, surat itu dibuka sebelum isinya dibaca satu persatu.
Kepada Han Yumi si bongok.
So, macamana exam kau? Aku yakin kau dapat buat kan? Dah janji kan? Jadi, sekarang ni, kita dah takde apa-apalah ya. Perjanjian tu dah tamat sebab kau dah buat dengan cemerlang. Aku ada intai-intai sikit kau buat jawapan tadi sebab tulah. Lepas ni aku dah takde dekat BigHit. Kau belajarlah pandai-pandai dekat universiti tu. Jangan sentiasa bongok tak tahu apa-apa faham?
Good job, Han Yumi.
p/s: Jangan nak call-call aku. Aku tukar nombor dah. And, aku hanya mampu belanja bubbletea sebab tu yang kau suka. Cawan tu bolehlah simpan sebagai kenangan. Bye.
- Daripada Jeon Jungkook yang kacak -
Air mata yang bergenang jatuh berjuraian ke atas kertas tersebut. "Cikgu ... terima kasih ... "
Perlahan suara Yumi, berharap agar ini bukan yang terakhir untuk dia dan Jungkook.
-TAMAT-
♡♡
Dey ada surprise okay ~ scroll la bawah huhuhuhuhuhu ...
ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...
![[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/72869287-64-k581841.jpg)