Hari ni hari Isnin. Dah dua hari berlalu dan kelas tuisyen malam Yumi dan Jungkook berjalan dengan tidak lancar. Ada sahaja herdikan dilemparkan untuk Yumi yang agak lembap untuk belajar.
"Kau ni, janganlah mengelamun masa aku mengajar!"
"Mana ada, tengah dengarlah ni!"
"Yalah tu!"
"Ish!"
Walaubagaimanapun, Yumi tetap menyukai jejaka itu.
"Kenapa cikgu ikut saya pergi perhentian bas ni? Kenapa tak naik kereta cikgu?" Yumi bertanya apabila hairan melihat Jungkook berjalan beriringan dengannya ke perhentian bas.
"Kau dah lupa ke? Kan kereta aku rosak tiba-tiba semalam." Jungkook memberitahu.
Yumi mengangguk. Seketika kemudian, bas pun tiba dan orang-orang di perhentian bas berpusu-pusu untuk menaiki bas. Cuma, Jungkook yang masih duduk di situ sambil melihat telefon bimbitnya.
"Cikgu tak naik ke?" Yumi bertanya lagi. Jungkook menggeleng. "Tak, aku tunggu kawan aku dekat sini. Pergilah sekolah, nanti ada perhimpunan. Aku lambat takpe." kata Jungkook sambil melambaikan tangannya, menghalau Yumi pergi menaiki bas.
Yumi mencebikkan mukanya, sebelum memberi tunduk hormat kepada Jungkook. "Saya pergi dahulu." Segera Yumi berlari naik ke atas bas sebelum tempat duduk penuh!
Yumi menghela nafas lega apabila masih terdapat tempat duduk yang kosong di sebelah tingkap belah kiri bas. Dia duduk sambil matanya menerawang keluar tingkap. "Oh? Cikgu Jeon?" Kelihatan Jungkook sedang berjalan menuju ke kereta temannya.
Matanya hanya memerhati gelagat Jungkook yang sedang bermesra dengan seorang wanita yang mungkin sebaya dengan suaminya itu. Mereka amat mesra, sehinggakan pipi wanita itu dicium mesra oleh Jungkook. Melihat daripada penampilan wanita itu, sepertinya dia juga seorang guru.
Air liur yang kelat terpaksa ditelan. Terasa pedih pulak hati ni. Yumi bernafas sambil mengurut dadanya yang sesak dan pedih ni.
Bongoknya aku ni. Dia kan dah 23 tahun. Memang patutlah ada teman wanita!
♡
Yumi berjalan dengan lemah memasuki perkarangan sekolah. Sesungguhnya, dia tak ada mood langsung disebabkan Jungkook.
Itu teman wanita dia ke? Kenapa dia cakap tu kawan dia je? Kenapa aku menyibuk pulak ni? Yumi mengeluh sambil berjalan menuju ke lokernya. Pintu loker dibukanya lemah, sebelum menyumbatkan kepalanya ke dalam tu dan mengeluh sekali lagi.
Oh, cikguku!
Yumi menguatkan dirinya untuk bangun walaupun pada asalnya dia hendak menangis. Segera buku-buku teks disumbat dengan kuat, agar rasa sedihnya dapat dikurangkan. Haish, buku-buku pula jadi mangsanya.
Sedang Yumi berjalan dengan lemah di satu lorong yang terpencil untuk ke tapak perhimpunan, tiba-tiba seseorang menarik lengannya, memaksa dia masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang terbiar di sekolah itu.
"adniufbvinoidsboi..!" Yumi bergelut untuk melepaskan tangan yang sedang menekup mulutnya. Keadaan bilik itu sangat gelap, membuatkan Yumi menggigil dalam ketakutan.
"Hoi, ni sunbae lah." Jin berbisik ke telinga Yumi. Yumi yang sejak tadi menggelabah, terus menjadi senyap. Jin ni, karang kena dengan kepala lutut aku ni, memang pengsan tak bangun-bangun dah mamat ni.
Jin melepaskan tangannya dan memusingkan badan Yumi untuk duduk berhadapan dengannya. Dia memerhati raut wajah gadis yang sugul itu. "Kenapa muka lain macam ini hari?" Jin membatalkan niatnya untuk meminta penjelasan tentang apa yang dia nampak dua hari lepas di taman ketika sedang berjoging sendirian.
ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...
![[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/72869287-64-k581841.jpg)