13

5.9K 586 71
                                    

"Selamat pagi." Yumi memberi salam sambil menghidangkan sarapan di atas meja. Muka dan matanya membengkak jadi dia terpaksa menyorokkan wajahnya di sebalik skaf tebalnya dan cermin mata tebalnya.

Keadaan di dalam apartment itu amat kekok untuk mereka berdua. Masing-masing senyap menikmati sarapan. Memang betul ke apa yang cikgu Jeon cakap semalam? Betul ke yang mereka berdua hanya akan bercakap sekiranya ada perkara yang penting sahaja? Hati Yumi sedih, namun dia menggeleng laju untuk menghilangkan rasa tu.

'Jangan sedih, Yumi.'

"Malam ni kita mulakan kelas dengan serius. Dalam masa empat bulan lagi, saya nak kamu fokus pada ujian kemasukan universiti tu," Dingin Jungkook bersuara. "Jangan ingat kamu dan Jin-" Tiba-tiba langkahnya terhenti dan menghelakan nafas hampa.

Yumi hanya mengangguk. "Ya, jangan ingat saya dan Jin sedang bercinta, saya tak tumpukan perhatian pada pelajaran. Saya akan, cikgu Jeon." Yumi menghabiskan sisa nasinya sebelum mengangkat pinggannya untuk dicuci.

Jungkook sekadar senyap dan Yumi bersiap untuk ke sekolah. Dia menunggu Jungkook untuk keluar dari rumah itu sebelum mengunci pintu itu. "Have a good day, cikgu." Yumi menunduk 90 darjah dan meninggalkan Jungkook.

Yumi berlari kecil ke perhentian bas hanya untuk bertemu dengan Jin. "Wah, Kim Seokjin. Hensem ah!" Yumi memuji Jin yang segak dalam pakaian formal untuk pelajar universiti.

"Tengoklah siapa punya teman lelaki kan?" Jin membetulkan rambutnya yang hampir menutupi matanya.

"Han Yumi punya!" Terkekek-kekek mereka ketawa. Beberapa pasang mata turut memandang, dan mereka tersenyum. Bahagia saja pasangan ini.

Bas telah sampai dan mereka berdua duduk bersebelahan di dalam bas. Selepas beberapa ketika, bas pun berhenti di hadapan sebuah universiti yang besar.

"Ni ke universiti awak?" Kini, mereka mengambil keputusan untuk membahasakan diri mereka sebagai 'saya-awak'. Tersergam indah bangunan di hadapannya. Tiba-tiba membara pula semangatnya untuk belajar disebabkan oleh Kim Seokjin.

"Yup." Jin menjawab. Begnya disarung ke lengan sebelum berdiri. "Saya pergi dulu," Yumi mengangguk dan tiba-tiba dahinya dicium. "Belajar betul-betul tau!"

Yumi meneguk air liur dan menahan malu. Tersipu-sipu dia mengangguk. "Baiklah. Pergilah cepat!" Yumi menolak lembut badan Seokjin, dan jejaka itu pergi dengan senyuman sebaris.

Namun, tanpa diketahui, terdapat seseorang sedang memerhati dengan mata yang tajam.

"Dah sedia untuk pembelajaran kita?" Seperti biasa, Jungkook akan masuk ke kelas untuk memulakan sesi pembelajaran pada hari itu. Buku teks diselak sambil tangannya ligat menulis tajuk yang bakal dibincangkan.

"Sudahhh!" Yumi bersorak dengan kuat sehinggakan semua pelajar termasuk Jongdae memandang aneh terhadapnya. Jongdae terkelip-kelip, dan jarinya mencucuk-cucuk lengan Yumi. Selalunya Yumi ni paling malas belajar.

"Hoi, kau sedar tak ni?" Jongdae bertanya risau. Bimbang pula kalau-kalau Yumi sudah tidak waras sebab hal malam semalam. Yumi menoleh ke arahnya dan mengangguk.

"Memanglah aku sedar. Kalau tak, kenapa aku boleh ada dekat sebelah kau? Cikgu Jeon, jomlah mulakan pelajaran! Tak sabar ni!" Yumi mengetuk kepala Jongdae dengan penselnya. "Dengar dan fokus kalau nak satu universiti dengan Jin! Faham?"

Jongdae mengangguk laju dan segera mencapai buku notanya. "Kawan-kawan, marilah kita belajar rajin-rajin ya? Banggakan ibu ayah kita tau! Fighting!" Yumi memberi ceramah percuma pula. Jongdae menepuk dahi manakala Jungkook terpana.

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookWhere stories live. Discover now