Yumi berlari ke tempat perhentian bas di hadapan sekolah selepas waktu pembelajaran sudah tamat. Sebentar tadi, Jin sudah menghantar mesej mengatakan dia sudah hampir tiba ke sekolah. Dan satu khabar baik ialah, BigHit berjaya menjadi juara dalam kejohanan hoki itu!
Yumi sudah berlari-lari anak melepasi pelajar-pelajar untuk ke perhentian bas. Langkahnya terhenti, apabila dia terlihat sebuah figura yang amat tidak disenanginya. Yuri. Tangannya dikepal menjadi penumbuk, dan hatinya menjadi semakin panas apabila Yuri hanya memandangnya sebelah mata. Kejadian malam semalam bermain di fikiran.
Biar betul minah ni, tak ada rasa bersalah ke apa? Bukan dekat Jungkook seorang, dengan aku pun dia buat salah!
♡
Flashback
Sekali lagi, Yumi bertembung dengan Yuri di sebuah kelab malam. Waktu itu, Yumi sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah. Hari itu pulang agak lewat, kerana Yumi tiba-tiba rajin tulang untuk menghadiri study group bersama teman sekelasnya.
Sedang Yumi melintasi kelab malam itu, terdapat sebuah pasangan yang agak mabuk keluar sambil berjalan terhuyung-hayang. Yumi berhenti sejenak, kerana kehadiran pasangan itu sedikit mengejut buatnya. Pasangan itu terduduk di atas bangku di tepi jalan, sebelum mereka berdua bercium dengan ghairah.
Kaki Yumi bagaikan sudah melekat di situ apabila pasangan itu merupakan Yuri dan Kris. Mereka nampak gembira dan Kris seperti sedang berbisik sesuatu di telinga Yuri sebelum masuk kembali ke dalam kelab malam.
"Apa yang awak dah buat ni?" Lantang suara Yumi bertanya. Perasaannya kembali membuak-buak. Yuri yang terpisat-pisat membuka matanya, terus terkejut dengan kehadiran Yumi. "Awak curang dengan cikgu Jungkook kan?"
"Awak ..." Yuri berdiri menghadap si gadis itu sebelum tangannya mencapai bahu Yumi. Yumi menolak keras tangannya dan bergerak ke belakang dengan pandangan yang tajam. "Tolong jangan beritahu Jungkook ya?"
"Tak! Saya akan beritahu dia! Awak kejam! Awak..."
Pang!
"Siapa kau nak tengking dia?" Kris yang tiba-tiba muncul melemparkan satu tamparan tepat di pipi Yumi. Jantung Yumi bagaikan sudah berhenti berdenyut. "Jangan kau berani nak sentuh dia, apatah lagi tengking dia."
Kris melanggar bahu Yumi dengan kasar, sehinggakan gadis itu terjatuh. "Jom, jangan layan budak mentah ni." Kris menarik tangan Yuri, sebelum Yuri merendahkan badannya untuk berbisik sesuatu.
"Berani kau beritahu Jungkook, padahnya mungkin lebih teruk dari ini." Yumi menangis seorang diri sambil terduduk. Dia menahan kesakitan seorang diri disebabkan lututnya dan tapak tangannya yang berdarah.
Sedang dia berusaha untuk berdiri, tiba-tiba seorang lelaki merentap lengan uniform sekolahnya. Yumi memandang atas, dan lelaki yang agak berusia itu hanya mempamerkan wajah yang amat miang. Pergelangan tangan Yumi digenggam kemas, sehinggakan gadis itu tak boleh melepaskan tangannya itu.
"Nampaknya aku dah jumpa anak ikan. Kau nampak segar. Jom ikut aku!" Lelaki itu menarik-narik tangan Yumi ke dalam kelab malam itu.
"Tak nak! Lepaskan aku!" Yumi berkeras, menyebabkan mukanya ditumbuk pada belah pipinya. Sekali lagi, Yumi tersembam jatuh ke tanah. Dengan keras, tangannya ditarik oleh lelaki itu kembali. Yumi masih lagi bergelut, mengakibatkan dia ditampar beberapa kali lagi sehinggakan bibirnya berdarah teruk.
Sesiapa, selamatkan aku!
Hampir sahaja badan Yumi memasuki kelab malam itu, seseorang menariknya keluar kembali, dan menolaknya ke atas tanah. Dengan perlahan, Yumi membuka matanya untuk melihat Jongdae yang sedang bergaduh dengan lelaki tua itu. Teruk pergaduhan itu terjadi, sehinggakan lelaki itu pengsan di tempat kejadian.
YOU ARE READING
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...