"Waah! Tengok! Salji dah turun!" Yumi melompat kegembiraan sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke arah salji yang turun. Hari ni, Jungkook ingin menaiki bas bersama Yumi, kononnya untuk memberi semangat kepada si Yumi ni.
Mereka berdua kini berada di lobi bangunan apartment mereka. "Kau ada bawa jaket tak?" Soalan Jungkook membantutkan kegembiraan Yumi seketika. Kepalanya digaru sambil tersengih bak kerang wangi.
"Tak kot. Tapi takpe saya pergi ambil sekarang. Cikgu tunggu tau!" Yumi berlari sebelum pergelangan tangannya digenggam oleh Jungkook. "Kenapa?"
"Tak payahlah ambil. Dah lewat ni. Nah, ambil jaket aku ni. Aku tahu, mesti kau nak ambil jaket Jin yang dah koyak rabak tu kan? Baik tak payah." Jungkook melemparkan jaket besarnya dan tepat mengenai muka Yumi.
Yumi mencebikkan mukanya sambil mereka berdua berjalan keluar dari lobi untuk ke perhentian bas. Yumi menyarungkan jaket itu dan memanggil Jungkook. Tangan Yumi didepakan untuk ditunjukkan kepada Jungkook betapa besarnya jaket itu. "Pakai jelah. Kalau sejuk lagi, minta hotpack dekat aku. Faham?"
Yumi mengangguk dan mereka meneruskan perjalanan mereka ke perhentian bas yang agak jauh. Syukurlah, bas masih belum sampai dan tak ramai orang memilih untuk menaiki bas hari ni. Yumi memandang sekeliling, dan dia ternampak seseorang yang dia amat tak sangka bakal muncul di sekitar perumahan sini.
"Jin sunbae!" Yumi berlari ke arah Jin yang sedang berdiri di perhentian bas. Jin yang terdengar namanya dipanggil mengangkat mukanya dari skrin telefon. Dia tersenyum melihat Yumi berlari melepasi Jungkook yang terkedek-kedek membuntuti langkah Yumi. Jungkook dan Jin bertembung pandangan yang berakhir dengan jelingan maut. Hari ni, Jin akan memulakan ujian kemasukan universitinya, memandangkan dia merupakan senior di sekolah itu.
Bas tiba dan mereka bertiga menaiki bas itu. Hanya tinggal satu tempat duduk dan mereka berdua membenarkan Yumi untuk duduk walaupun Yumi meminta Jungkook untuk duduk disitu memandangkan banyak barang-barang yang dibawanya. Yalah, yang muda disayangi, yang tua dihormati.
Jin berdiri disebelah Yumi, dan Jungkook perasan kerana dia berdiri agak jauh ke belakang dari mereka berdua. Lantas, dia bergerak ke depan dan menolak Jin ke depan sedikit. "Cikgu kenapa?"
"Kenapa? Salah ke kalau nak diri sebelah isteri sendiri?" Pertanyaan itu membuatkan Jin terdiam, dan dia hanya pandang ke hadapan. Cemburu ke apa? Jin terfikir. Yumi pula memandang pelik dekat mereka berdua.
"Apa tengok-tengok?" Jungkook menempelak. Kehadiran Jin membuatkan mood nya jatuh pada pagi itu. Yumi sedikit terkejut, lalu mencebikkan bibirnya.
Biasalah orang tengah datang bulan. Yumi teringat kata-kata Jin bila Jungkook sedang marah. Senyumannya meleret, tapi terhenti apabila bas sudah sampai di sekolah.
"Sunbae," Yumi baru sahaja memanggil Jin, namun suara bisikan Jungkook dari belakang menghentikannya.
"Jangan merayau dan masuk kelas terus, Yumi." Jungkook berbisik dan terus ke pejabat guru, bimbang pergerakan mereka menjadi perhatian pelajar. Namun, bisikan itu tidak didengari oleh Yumi.
"Oh?" Yumi memerhati Jungkook yang hanya berlalu dingin ke pejabatnya. Jin yang sedang menunggu, membuatkan Yumi berlari ke arahnya sebelum mereka bergerak ke kantin bersama-sama. "Biar saya teman sunbae makan pagi, nanti bersemangatlah sunbae nak jawab soalan. Gerenti dapat masuk universiti terus!"
Jin tergelak dan hatinya berbunga-bunga. Terus kejadian tadi dilupakan walhal dia berasa amat tidak berpuas hati dengan guru hokinya itu. Tapi, terubat juga hati yang terluka dengan layanan Yumi terhadapnya.
♡
"Budak ni degilnya yang amat!" Jungkook menggigit bibirnya apabila dia terlihat isterinya bersama Jin berjalan menuju ke kantin dari tingkat atas pejabat guru. Niatnya ingin menikmati pagi yang indah melalui tingkap, namun pandangannya tersinggah pula ke arah laluan pelajar, dan kelihatan Jin dan Yumi sedang bergelak tawa bersama.
ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...
![[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/72869287-64-k581841.jpg)