"Mereka tu siapa? Anak murid awak ke?" Yuri bertanya melihatkan keadaan Jungkook yang sedikit tidak menyenangkan untuk dia. Tangan Jungkook yang digenggam itu diusap lembut.
Jungkook menghela nafas. Tidak tahu kenapa, hatinya berasa sakit melihat adegan Yumi dan Jin sebentar tadi. Kepalanya dipusingkan ke belakang, hanya untuk melihat Yumi dan Jin yang sudah berjalan jauh meninggalkan mereka. Tangan Jin masih lagi setia memaut bahu Yumi dan badan mereka berdua seolah-olah telah bersatu!
Berani dia sentuh Yumi. Dia aku punya! Tidak semena-mena, otaknya berfikir sebegitu.
"Awakkk~~" Yuri menggoncang-goncang tangan Jungkook sambil memuncungkan bibirnya. Merajuk kerana soalannya diendahkan. Jungkook agak terkejut dengan goncangan itu, lantas terkebil-kebil memandang Yuri. "Diorang tu siapa? Anak murid awak ke?" Yuri mengulang.
Jungkook mengangguk dan kembali memegang tangan Yuri. "Kenapa awak marah sangat? Biasalah budak-budak zaman sekarang bercinta. Sweet lah!" Comel suara Yuri memuji, namun Jungkook membantah dengan kuat dalam hati.
Diorang nak bercinta? Jangan harap! Jungkook menggigit bibirnya dan merapatkan badannya dengan Yuri. Mereka berdua saling berpandangan, "Sejuklah awak." Jungkook mempamerkan senyuman arnabnya dan beraksi manja dengan Yuri.
"Jangan nak mengada-ada ya?" Yuri mengetuk kepala Jungkook namun dia masih memeluk jejaka itu dengan senang hati.
♡
Yumi baring di atas sofa panjang dimana tempat dia membuat tahi mata setiap malam. Mandi sudah, makan je belum. Tadi, dia sudah panaskan lauk untuk makan malam sebelum menerima mesej daripada Jungkook.
- Aku dah makan malam. Nak masak, masak untuk kau seorang je.
"Siapalah yang nak masakkan untuk dia? Ish!" Yumi mendengus geram. Samsung Galaxy nya dihempas ke atas sofa yang bertentanga dengan tempatnya baring. Lantas, dia mengambil semangkuk ramen dan sepiring kecil kimchi untuk dijamah. Ramen yang baru dimasak itu berasap dan nampak enak dengan warna kemerahannya.
Warna kegemaran cikgu Jeon.
Selepas beberapa suap ramen dan kimchi, air mata turun berjuraian di atas pipi mulus Yumi. Perlahan-lahan ia menjadi satu esakan, dan akhirnya satu raungan kecil. Penyepit dan sudu diletakkan di tepi mangkuk, dan alat kawalan jauh diraih. Butang merah ditekan dan televisyen itu menayangkan sebuah rancangan yang dipanggil 'Running Man.' (woot woot!)
Dia sedih, sebab Jungkook dan wanita tu.
"Tsk tsk.. tsk tsk..." Muka Kwangsoo yang terpapar di kaca televisyen membuatkan Yumi menangis dengan lebih teruk. Air mata turun bagaikan hujan. Ternyata, wajah Kwangsoo itu tidak mampu untuk mengubat kesedihan yang melanda Yumi sekarang
Yumi mengambil keputusan untuk berbaring dan merehatkan diri setelah menulis sesuatu di atas sehelai kertas berwarna merah yang diletakkan di atas meja. Mangkuk dan piring telah pun dicuci dan lampu dapur ditutup. Air mata diseka dan dia menyelimuti dirinya dengan jaket panjang yang dipinjam oleh Jin sebentar tadi.
Jaket ditarik melitupi seluruh badannya, dan akhirnya dia terlena dengan air mata. Dengan harapan agar bayangan Jungkook dan Yuri tidak lagi muncul di mimpinya.
♡
Jungkook mengintai dari celahan pintu yang dibuka, sebelum seluruh badannya memasuki apartment itu. Dengan selamba, dia berjalan menuju ke biliknya sebelum mendengar sesuatu yang tidak pernah didengarinya. Badannya dipusingkan lalu bergerak ke arah sofa dimana Yumi melelapkan matanya.
Jungkook duduk di atas lantai, dan hanya meneliti setiap inci raut wajah gadis yang polos itu. Sendu juga kedengaran daripada mulut gadis itu. Matanya bengkak, pipinya yang basah dan bibirnya yang merah menyala itu sudah cukup memberitahu Jungkook bahawa gadis itu menangis dengan teruk.
ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...
![[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/72869287-64-k581841.jpg)