2

7.8K 796 47
                                        

"Dahlah tu." Jin cuba untuk memujuk Yumi yang sudah berjalan jauh dihadapannya. Mereka berdua akan berjalan pulang ke rumah bersama-sama memandangkan mereka hanya berjiran sebelah rumah.

Jin memerhatikan susuk tubuh Yumi yang kecil, sambil menggelengkan kepalanya. 'Kenapalah aku boleh suka kau?' Dia mengeluh dan tersenyum sendiri.

"Hei, tunggulah!" Jin berlari apabila pujukannya tidak mendapatkan respons. Dia memegang bahu Yumi, namun apa yang dilihatnya amat mengejutkan!

Yumi menangis!

"Hoi hoi, kau kenapa?" Jin terkejut, namun Yumi mendekatkan mukanya ke dadanya dan bersandar. Perlahan-lahan, tangan Yumi melingkari pinggang Jin.

Jin cuba untuk menarik nafas, namun jantungnya kuat berdegup. "Saya sedih. Tolong pujuk saya." pinta Yumi perlahan. Jin menggigit bibirnya, bimbang degupan jantungnya dapat didengari oleh Yumi. Tangannya mula membalas pelukan itu, manakala tangan kirinya mengusap lembut kepala Yumi.

Jin tersenyum, dan pelukan itu menjadi pelukan yang hangat pada malam yang sejuk.

"Nah!" Jin memberi satu bubbletea dengan kasar. Dengan gembira, Yumi menyambutnya. "Terima kasih!" Jin menjeling dan mengeluh, tetapi di dalam hatinya sudah berbunga-bunga.

"Jom balik." Jin memegang tangan kanan Yumi sambil memerhati kereta yang sedang lalu-lalang. Yumi sedang asyik menyedut bubbletea, menghalakan minuman itu ke mulut Jin. "Nak sikit?"

Jin hendak menolak tetapi disebabkan oleh paksaan gadis itu, dia menyedut sedikit. "Sharing is caring." komen Yumi.

'You're caring about me but I'm loving you more than your cares.'

"Selamat pulang!" Yumi menyorak dan terus meluru ke arah ibunya di ruang tamu. Puan Han melihat ke arah anaknya, dan tersenyum. "Yumi," dengan lembut dia memanggil.

Yumi menoleh. "Ya?"

"Pergi siap sekarang ya? Eomma nak bawa kamu ke satu perjumpaan dengan seseorang." Yumi membuat muka, dan terduduk di atas sofa.

"Penatlah eomma. Pergi seorang je tak boleh? Ajaklah Yugyeom." Lembut Yumi menolak. Memang betul, dia sangat penat sebab latihan dan menangis.

"Tolonglah. Perjumpaan ni ada kaitan dengan kamu sayang." Yumi menggeliat, dan akhirnya tunduk. Dengan malas, dia bergerak menuju ke biliknya untuk mandi.

Yumi memerhatikan dirinya di hadapan cermin. "Laa, pakai macam ni ke?" Eomma memerhati dari pintu bilik yang dibuka. "Bolehlah. Cepat sikit ya."

Yumi mengangkat bahunya dan kembali menyikat rambutnya lalu mengikatnya. Apa yang dipakainya ialah sehelai sweater putih, dengan cardigan hitam serta gau putih yang panjang.

"Jom." Eomma mengajak Yumi lalu mereka pun bertolak ke sebuah restoran yang mewah di Seoul. Tanpa disedari Yumi, Puan Han telah pun merancang sesuatu di luar jangkaan.

Di restoran

Yumi menjadi teruja kerana Puan Han membawanya ke restoran kegemarannya. "Yumi nak makan steak ayam!" Dengan gembira Yumi bersorak dan Puan Han sekadar tersenyum.

"Nantilah pesan ya? Kita jumpa orang tu dulu." Dengan tertib, Yumi berjalan mengikuti belakang ibunya.

"Selamat malam, Encik Jeon Jungkook." Puan Han menyapa.

Pada masa yang sama, Jungkook mengangkat kepalanya dari memandang telefonnya, dan Yumi pula memandang gelaran yang dipanggil itu.

"Cikgu Jeon!?"

"Yumi!?"

Serentak mereka terjerit. Puan Han tersenyum nakal.

Mulai part ni, semuanya akan ditulis berdasarkan POV ya. Jangan keliru tau!

YUMI'S POV

Aku menelan air liur yang terasa kelat. Apa yang Cikgu Jeon dengan eomma sedang rancangkan ni? Eomma kalau buat sesuatu yang tak dibincang dengan aku dulu, mesti akan terjadi sesuatu yang mengejutkan.

Aku dan eomma dijemput untuk duduk dengan penuh berhormat oleh Cikgu Jeon. Ya, dia berlakon je tu. Depan aku, serupa syaitan yang banyak tanduk!

"Kamu dah fikir masak-masak, Jungkook?" Jungkook? Nama Cikgu Jeon ni Jungkook rupanya? Sorry, cikgu dekat BigHit terlalu ramai sampai tak larat nak ingat nama mereka.

Aku dan Jungkook bertentang mata seketika, memberikan aku sedikit rasa seram sejuk disebabkan oleh pandangan tajam dia tu. Lantas aku mengalihkan mata dan hanya melihat sekeliling restoran. Tapi, apa yang cikgu Jeon kena fikir masak-masak ni?

Aku berpura-pura tidak mengambil peduli tentang mereka dan hanya menyedut air epal yang dihidang sebentar tadi. Tapi, aku curious sangat sekarang ni. Kenapa eomma tiba-tiba jumpa Cikgu Jeon?

Aku berpaling dan ternampak Cikgu Jeon meletakkan pen dan menolak sekeping kertas kembali kepada eomma. "Apa tu?" Aku bertanya kepada eomma, lalu tanganku pantas mengambil kertas putih itu.

Uhuk uhuk!

"Kamu okay?" Eomma bertanya kepada aku. Kertas itu lantas dirampasnya lalu dimasukkan kedalam sampul surat berwarna coklat. Jungkook yang terkejut, berlari kepadaku dan menepuk belakang aku dengan,

kuat.

Lelaki ni nak bunuh aku ke apa? Mesti dia sengaja. Aku melihat tajam kepadanya dan memang betul dia memang sengaja walaupun dia buat-buat tanya soalan yang agak tidak cerdik.

"Kamu okay?" Kau nampak aku okay ke, Cikgu Jeon? Boleh pula kau tandatangan surat kahwin kontrak tu!? Aku macam mana!?

Eomma berkemas sebelum mengusung beg tangannya ke bahu. "Baiklah, eomma pergi dulu ya, Yumi. Malam masih awal lagi, jadi, kamu berdua patut berkenalan dululah ya?"

Eomma beredar dan hanya tinggal aku dan Jungkook. Dan dalam masa yang sama, muka Jungkook terus berubah. Tadi macam angel, sekarang macam muka nak bunuh orang je.

"Kenapa cikgu setuju? Kenapa cikgu tak beritahu saya?" Aku bertanya dalam geram. Terasa macam aku punya masa depan dah musnah!

"Kita cakap dekat luar. Dalam ni panas, lagi-lagi duduk dengan kau." Aku ditinggalkan tercengang. Biar betul, terus cakap pakai informal manner dah?

"Cikgu! Kenapa cikgu setuju?!" Aku menjerit apabila Jungkook sudah berjalan jauh ke hadapan. Aku cuba untuk mengejar dan berjaya untuk berada di sebelahnya. "Jeon Jungkook."

Jungkook berhenti dan menoleh. "Aku cikgu kau. Kau tak ada hak panggil nama aku." Dia meneruskan jalannnya ke keretanya yang diparkir di tepi jalan. Aku mengekorinya.

"Cikgu nak pergi mana?" Aku bertanya apabila dia sudah masuk ke dalam keretanya. Lantas, dia menunjukkan skrin telefonnya yang tertulis sesuatu alamat.

"Naik bas. Pergi ke alamat ni." Dingin dia menjawab. "Tak boleh pergi sekali? Jimat minyak bas."

"Tak. Nanti aku kepanasan." Dia balas lalu menolak aku dan menutup pintu keretanya. Seperti tadi, laju keretanya meluncur pergi.

Aku mengeluh. Apalah yang terjadi malam ni?

♡♡

Hye! sebab dah habis exam so ada masa sikit nak tulis part ni . Enjoy this —!!

Do vote , comment and add to your rl

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang