Sejak daripada kejadian pada malam itu terjadi, hubungan antara Yumi dan Jungkook semakin rapat. Mereka akan mengadakan kelas tambahan privasi setiap malam selepas waktu sekolah berakhir.
Jungkook yang dulunya sering memarahi dan mengetuk kepala Yumi, kini lebih kepada menasihati dan memberi semangat kepada anak muridnya itu.
Bilik yang menjadi hak milik Jungkook seorang kini bertukar kepada Yumi. Setiap malam, Yumi yang terlena ketika belajar akan diangkat olehnya dan dibaringkan ke katil. Dan dia pula tidur di atas sofa, tempat tidur Yumi yang sebelumnya.
Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, akhirnya hari peperiksaan kemasukan ke universiti itu tinggal sehari sahaja. Yumi dan Jungkook melakukan pecutan akhir bagi subjek Matematik sebelum memasuki dewan peperiksaan pada keesokan harinya.
"Buat yang terbaik, tau?" Jungkook berkata sambil menutup bukunya tanda sesi ulangkaji berakhir. Nafas lega dihela melihatkan Yumi yang semakin meningkat kemajuannya dalam semua subjek. Jungkook merehatkan badannya di dinding sambil bersila di hadapan meja belajar mereka yang kecil itu.
Yumi mengangguk sambil tersenyum. Dia turut bersandar di dinding itu dan menghela nafas lega. "Sebab cikgu, ilmu dah penuh di dada ni!"
Mereka berdua tergelak kecil.
"Cikgu, saya ... " Yumi bersuara, menyebabkan ketawa Jungkook terhenti.
"Kenapa?"
Yumi terhenti seketika sebelum berlari ke biliknya. Sesuatu dikeluarkan dari beg sekolahnya lalu berlari kembali di sebelah Jungkook dengan tangannya di belakang.
Jungkook tersenyum. "Apa ni, Yumi?"
"Nah!" Kotak berwarna merah hati beserta reben berwarna biru gelap dihulurkan.
"Aww!" Jungkook berpura-pura terkejut. Yumi mencebik dan pinggang lelaki itu dicubitnya. "Aww! Sakitlah!"
"Jangan nak berlakon pulak eh. Nah, ambiklah."
Dengan wajah yang mencuka, Jungkook merampas bungkusan itu. "Amboi amboi, orang bagi hadiah tu ambillah elok-elok!"
Jungkook menjeling dan apabila tangannya hendak membuka bungkusan itu, Yumi menjerit kecil.
"Eh! Janganlah bukak sekarang! Cikgu nak bukak sekarang ke hadiah tu?"
"Yalah, takkan nak simpan je?" Jungkook mengangkat keningnya.
Yumi mula menggelabah. "Em, em, cikgu tunggu jap. Biar saya pergi tidur dulu. Baru cikgu bukak tau? Bye cikgu selamat malam!" Yumi bangun sambil melambaikan tangannya lalu berlari masuk ke dalam biliknya.
KLIK!
"Amboi, siap berkunci minah ni." Dia menggeleng kecil dan hadiah itu ditatap seketika. Kotak itu dibuka dan di dalamnya terdapat satu buku diari berkulit merah hati dan sekeping surat.
"Duh, macam zaman dulu-dulu dia ni."
Maju ke hadapan, Cikgu Jeon yang disayangi,
selamat sejahtera cikgu. Saya, Yumi si gadis tercomel pernah wujud di abad ni. Tujuan saya menulis surat ni untuk cikgu adalah untuk memberitahu cikgu betapa berterima kasihnya saya pada cikgu.
Pada mulanya memang saya benci dengan cikgu sebab bersetuju dengan cadangan mama saya. Masa tu memang rasa nak tendang cikgu pun ada. Tapi memandangkan cikgu lebih tua dan berfikiran matang, saya terpaksa membatalkan hasrat murni saya tu.
Sebab perjanjian ni, saya belajar macam-macam dari cikgu. Sebab cikgu, saya dapat improve pelajaran saya. Kalau tak, mesti Mama sedih dengan saya kan?
ANDA SEDANG MEMBACA
[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook
FanfictionHan Yumi, gadis berusia 18 tahun yang kecil molek ni berhadapan dengan situasi yang sukar. Dia dipaksa untuk berkahwin dengan Jungkook, kerana keputusan peperiksaannya yang tidak memberangsangkan. Jungkook yang merupakan guru yang serba boleh di Big...
![[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | Jungkook](https://img.wattpad.com/cover/72869287-64-k581841.jpg)