3

7.2K 787 82
                                        

JUNGKOOK'S POV

Aku menaiki lif lalu memasuki apartment baru yang disediakan oleh Puan Han. Tak sangka, Puan Han ni memang cekap orangnya. Laju saja rancangan dia. Tak macam anak dia, bengap semacam. Padan muka si Yumi tu , mesti dia tengah terpinga pinga dia sebab kena tibggal dengan aku malam ni jugak.

Aku duduk di atas sofa dan keluarkan sebatang pen dan sehelai kertas berwarna merah. Aku kena tulis pantang-larang dalam rumah. Budak ni kalau tak dijaga betul-betul, memang dia akan hilang ke mana-mana nanti.

Yang pertama, dia kena balik sekolah sebelum pukul sepuluh. Kedua, dia kena masak walaupun dia tak pandai. Ketiga, dia kena kemas rumah setiap pagi sebab aku tak suka rumah yang semak. Keempat, dia kena ada dalam bilik untuk kelas tuisyen setiap malam. Kelima, dia kena lulus ujian kemasukan universiti sebab aku tak rela duduk dengan dia selamanya!

Aku tempekkan kertas itu dibawah magnet di hadapan peti ais. Biar kertas ni jadi pemberi semangat untuk dia bila memasak nanti. Mungkin bila dia ingat aku, masakan tu jadi sedap.

Aku memeriksa sekeliling apartment dan tersenyum nakal. Bilik ada satu je. Of course, bilik tu akan jadi milik aku. Budak bengap tu, biar dia tidur mana-mana dia suka kecuali bilik aku. Dekat ruang tamu boleh, dekat jamban pun boleh.

"Baik kemas barang dulu." Segera aku mengemas apa yang patut, sebelum si Yumi yang rampas bilik ni. Budak tu bukannya biasa-biasa punya, dia boleh buat sesuatu yang unexpected!

Setelah semua barang diletakkan di tempat yang sepatutnya, kedengaran bunyi pintu yang diketuk oleh seseorang. Mesti si Yumi tu. Aku berlari ke arah pintu, dan membukanya.

Itu dia, dengan muka cencurut dia yang tak comel tu.

"Boleh tak beritahu saya password pintu ni? Lambat sangat buka pintu pun." Yumi merungut sambil menapak masuk ke dalam rumah. Eh, dia ni. Suka hati je nak membebel.

"Kenapa bagi alamat ni? Rumah siapa ni?" Dia bertanya dengan selamba, tapi aku masih merenung dia dengan tajam.

"Rumah kita. Tapi, jangan ingat kau boleh buat apa saja dalam rumah ni sebab aku dah buat peraturan. Lima je, tak banyak." Aku tunjuk ke arah peti ais dimana aku lekatkan kertas merah tadi tu. Segera aku masuk ke dalam bilik sebelum dia memberikan apa-apa respon.

Aku menutup pintu dan berbaring di atas katil. Iphone 6 aku diperiksa dan terdapat 6 missed calls daripada Yuri, teman wanita aku. Dia seorang guru juga, cuma dia mengajar di sekolah yang lain di Seoul. Kami berjumpa ketika menjalani kursus perguruan 3 tahun lepas. Dia baik, cantik dan penyayang pada aku. Cuma, dia kuat cemburu. Tapi biasalah, kalau wanita rasa macam tu.

Tapi apa agaknya dia rasa bila tahu aku dah kena kahwin kontrak dengan anak murid sendiri?

Entahlah. Malas nak tahu. Aku letakkan telefonku di tepi, ingat hendak telefon dia pada esok pagi saja. Sekarang tak larat, nak tidur. Tanpa membasuh muka, aku terus menarik selimut.

Namun, baru berapa saat tutup mata, aku terasa macam ada sesuatu yang melekap dekat muka aku ni. Aku buka mata, dan terkejut aku dibuatnya bila budak Yumi ni terduduk depan aku atas katil. Dia buat muncung lagi, tapi tak comel. "Apa kau nak?" Ish, dia ni. Esok aku nak mengajarlah! Aku ternampak kertas merah tadi di tangannya.

"Tak masuk akallah peraturan cikgu buat ni! Saya tak setuju!" jerit Yumi tidak puas. Aku bangun, dan duduk menghadap dia. "Saya tak boleh balik sebelum pukul sepuluh sebab saya kena buat ulangkaji! Saya tak pandai memasak sebab saya kecil lagi! Saya tak boleh kemas rumah sebab saya tak boleh bangun awal! Saya tak boleh tuisyen setiap malam sebab saya nak tidur! Yang kelima ni satu-satunya saya setuju sebab saya pun tak ingin nak duduk dengan cikgu selamanya!"

[c] SUAMIKU SI CIKGU DINGIN | JungkookCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang