🌺 Bab 2 🌺

4.5K 285 10
                                    

Koridor kelas pelajar senior di tingkat tiga, kelihatan empat orang gadis sedang bersidai di situ sambil menghargai suasana dari atas sana. Dataran yang terletak di tengah-tengah bangunan empat segi yang mengapit, pepohon taman dan kerusi yang menghiasi dataran tersebut ditenung mereka.

"Seronok berdiri dekat luar?" Tanya seorang gadis berambut panjang yang kebetulannya melalui kawasan koridor tersebut. Dia tertawa yang mana kedengaran sangat menjengkelkan bagi empat sahabat itu.

Rambutnya dibetulkan-betulkan bagi menunjukkan dominasi. Beberapa helaian rambut yang sedikit keperangan menyentuh pin namanya yang elok terletak pada bahagian dada kiri. Nama 'Shima' jelas terpapar.

"Seronok sangat! Kau nak berdiri kat luar jugak? Meh-lah join!" Ajak Mini dengan sinis. Belakangnya disandarkan pada tembok koridor manakala kedua tangannya pula direhatkan pada tembok tersebut.

Maira yang berada di sebelah pula melakukan gaya yang sama lalu mengangguk laju. Tidak jauh dari mereka pula terlihat Fiya dan Firah yang sedang menahan ketawa.

Shima menjeling setiap seorang daripada empat orang gadis itu kemudian merengus geram. Dia hanya mampu berpaling sambil melakukan 'flip hair'-nya tanpa segan silu. Selepas itu, dia meninggalkan mereka berempat dengan gaya yang sangatlah menyakitkan mata.

Tidak lama kemudian, terletus tawa mereka berempat sebaik sahaja kelibat gadis itu tidak lagi dapat dilihat.

"Macamlah tak pernah kena denda. Dia pun selalu datang lewat, tak kena denda pula." Ujar Fiya setelah selesai melepaskan tawanya. 

"Anak Dato'lah katakan." Balas Firah dengan cebikan. Meletus sekali lagi ketawa mereka di koridor itu sebagai tanda mengejek.

Setengah jam berlalu, mereka berempat hanya mampu berdiri dengan bosan. Sudahlah disuruh berdiri sehingga waktu rehat pula itu. Datang lambat sahaja pun.

Bagi menghilangkan kebosanan, Maira bersiul-siul perlahan manakala Fiya menghentakkan kakinya menjadi rentak mengikut siulan sahabatnya. Mini pula menilik kukunya sambil menikmati suasana angin milik bangunan atas mereka itu. Sambil menongkat dagu di atas tembok koridor, Firah sempat bermain dengan angan-angannya yang tidak habis-habis.

"Rehat nanti kau orang nak makan apa?" Tanya Maira apabila sepi menghambat suasana. Apa kerja duduk luar lama-lama? Tak ada faedah langsung.

Firah mengusap dagunya sambil membuat gaya berfikir namun Mini melakukan sebaliknya. Dia bertindak dengan mengetuk kepalanya beberapa kali. Fiya pula berfikir dengan melompat-lompat kecil. Kedua tangannya dihayunkan ke hadapan dan ke belakang.

"Nasi Lemak!" Jawab mereka berempat serentak. Kemudian, mereka berempat ketawa geli hati apabila sedar bahawa mereka punyai pemikiran yang sama.

"Yang dekat koridor tu, senyap!" Tegur seorang guru yang sedang mengajar di dalam kelas mereka iaitu Puan Intan. Selepas tidak mendapat jawapan, dia menyambung pembelajarannya semula.

Mereka berempat terus mengunci mulut dan mendiamkan diri sehinggalah habis tempoh denda mereka itu.

•••

Kring!! Bunyi loceng yang berbunyi nyaring menandakan bahawa telah masuknya waktu rehat.

Empat orang gadis dapat dilihat sedang berjalan beriringan bagi menuju ke destinasi mereka iaitu kantin yang terletak di belakang padang sekolah. Oleh kerana kedudukannya yang sedikit jauh, masa yang agak lama harus diambil buat mereka yang berniat untuk ke sana.

Setiap daripada gadis-gadis itu mempunyai gemar dan hobi yang berlainan dan jika diperlihat oleh mereka yang memandang, pasti masing-masing melakukan aktiviti yang berbeza. Fiya sibuk bermain dengan telefon pintarnya, Maira entah bagaimana boleh melukis di atas buku sketch miliknya, Firah bakal menyibukkan diri dengan membaca novel manakala Mini pula bertungkus-lumus menghabiskan permainannya dengan sebuah PSP di tangan.

Ehem, Institut Agung Altair bukan? Sungguh terkenal dengan kebebasan dan keagungannya. Elit namun, pelajar bebas berbaju mengikut mereka manakala gajet dibenarkan untuk dibawa.

Sedang mereka ralit melihat segala apa yang berada di tangan mereka, masing-masing terlanggar akan sesuatu tanpa sedar. Buk! Bunyi yang kuat dapat didengari akibat pelanggaran mereka yang mana menyebabkan mereka sekumpulan terduduk di atas padang. Tanah-tanah dan lumpur yang ada telah mengotorkan pakaian mereka pada hari itu.

Mereka berempat tidak merungut atau membuka suara. Hanya kepala sahaja didongakkan ke atas bagi melihat apa yang telah melanggar mereka atau sebaliknya. Kelihatan empat orang jejaka segak sedang menunduk melihat mereka.

"Errr, kau orang semua okey? Maafkan kami sebab tak pandang depan." Ujar salah seorang daripada kumpulan jejaka tersebut sambil menghulurkan tangannya.

"Umm, kami..." Firah merupakan orang pertama untuk membuka mulut namun nasibnya malang apabila hanya gagap sahaja yang dapat didengari oleh mereka semua di situ.

Fiya lantas bangkit lalu menarik lengan Firah agar mengikutnya untuk bangun. Kemudian, Maira dan Mini turut bangun berdiri lalu membersihkan kotoran yang terdapat pada pakaian mereka. Para jejaka itu dilihat sekejap,kemudian kepala ditundukkan ke bawah.

"Tidak mengapa, bukan mahram." Ucap Fiya yang mana menyebabkan jejaka yang menyoal itu menarik tangannya semula. Dia tersenyum nipis.

Dengan senyuman yang masih tersungging di bibir, jejaka itu memperkenalkan dirinya dengan ramah sekali. "Hai, nama saya Haris, tapi boleh panggil saya Ris. Ini sahabat-sahabat saya, Ammar dikenali sebagai Mar. Nazif aka Naz dan Farhan, lebih senang panggil Han." Selepas itu, ketiga-tiga sahabatnya itu sekadar melambai sambil tersenyum mesra.

'Kacak.' Bisik hati empat orang gadis itu tanpa sedar. 

"Oh, yakah? Haha, selamat berkenalan! Apa-apa pun, kami mahu ke kantin terlebih dahulu. Bye!" Maira berkata kemudian bertindak untuk menarik tangan Firah dan Mini. Dalam masa yang sama, Firah sempat menyauk tangan Fiya agar mengikutinya.

"Satu lagi, maafkan kami kerana terlanggar kau orang." Sempat lagi Firah memohon sebelum dirinya ditarik lekas oleh Maira. Keempat-empat jejaka itu ditinggalkan di situ dalam keadaan terpinga-pinga.

Tawa tanpa suara Ris lepaskan sambil matanya melirik ke arah sekumpulan gadis itu yang tergesa-gesa melarikan diri. Dia tersenyum nipis. Ingat boleh lari begitu sahaja?

"Gelabah betul nampak." Tegur Ris lalu mencekak pinggangnya. Dia mengeluh kecil kemudian berpaling ke arah sahabat-sahabatnya dengan senyuman yang sukar ditafsir.

Naz melihat pergerakan empat orang gadis itu seketika kemudian menoleh ke arah Ris bersama senyuman yang sama. Tangannya di bawa ke mulut. "Aku rasa aku dah ada crush?" Ujarnya seperti ragu-ragu lalu tertawa.

Han dan Mar saling berpandangan lalu memandang Naz dengan jongketan kening tanda hairan.

"Senang-senang sahaja ada crush ya?" Tanya Mar yang berpeluk tubuh.

"Kalau bukan crush, kita nak panggil apa lagi? Lagi pun, ada sebab kan kita ke sekolah ini?" Naz membalas soalan Mar dengan soalan yang lain. Dia pula yang menjongketkan kening bagi menyatakan pertanyaan.

Tersengih panjang, Han mendekati Naz lalu merehatkan tangannya pada bahu sahabatnya itu. "Kalau macam tu, aku pun sudah ada crush-lah begini." Sambutnya, nakal.

Mar mengeluh panjang sambil memicit batang hidungnya. Tidak lama kemudian, dia menoleh ke arah Ris yang mana persis ketua kumpulan mereka. Ris yang perasan akan pandangan itu hanya membalas dengan renungan.

Apabila tidak mendapat jawapan yang diingini, Mar hanya mampu bersuara dalam nada tidak pasti. "Argh, fine! I'm interested in one of them too. You?" Wajahnya merah jelas menahan malu.

Ris tertawa kecil tanpa membalas. Pandangannya dihalakan pada kantin yang semakin sibuk dengan kehadiran pelajar. Nampaknya, hatinya turut merasakan perkara yang sama.

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now