Suasana kafe di sebuah pasaraya terkenal di situ amat tenang dan damai. Al-maklumlah, kebanyakan manusia yang hadir ke sini berduit dan bergaya penuh. Tempat orang berada? Dari luar pun boleh sudah nampak bahawa kafe ini bertujuan untuk mengumpul penduduk yang sedemikian.
"Jadi, sudah bincang dengan perancangan kita itu?" Tanya Shima kepada Maurah sambil mengacau minumannya menggunakan penyedut minuman. Kemudian, kopinya itu diminum penuh nikmat.
Senyuman senget Maurah hadiahkan. Dia mendabik dada lalu berkata. "Ini Maurahlah! Beres sudah semuanya."
"Siapa yang kau upah tu?" Soal Milana pula sambil menilik kuku. Keningnya dijongketkan tanda malas untuk ambil tahu tetapi hatinya menyatakan sebaliknya pula.
Maurah membuka tas tangannya lalu mengeluarkan sebuah telefon pintar miliknya. Skrin dibuka sebelum ditekan-tekan penuh gaya. Gambar seorang lelaki ditunjukkan olehnya kepada Milana. "Ini ha, nama dia Zakuan." Balasnya.
Membulat mata Milana sebaik sahaja pandangannya jatuh pada wajah jejaka itu. Liurnya ditelan kesat. Dia tahu, jejaka itulah yang pernah cuba untuk mengorat dia suatu ketika dahulu dan masih belum berputus asa sehingga sekarang. Apabila dia menolak dan tidak menerima, kata-kata balasan dendam sering didengarinya.
Shima mengerutkan dahinya tatkala melihat reaksi Milana. Dia yang tanya, dia yang terkejut. Sudah kenapa?
"Kau okay tak Milana? Dah kenapa?" Tanya Shima yang hairan.
Milana segera mengawal reaksi wajahnya dengan senyuman nipis. "Errr, nothing. Enggak ada apa-apa." Jawabnya laju tanpa berfikir.
Cemuhan perlahan dapat didengari dari Maurah sebagai tanda mengejek. "Yang kau berbahasa lain ni dah kenapa? Ada apa-apa kaitan dengan lelaki tu ke?" Soalnya dengan jongketan kening.
Gelengan laju segera diberikan oleh Milana manakala senyuman nipis itu tidak lekang dari bibirnya.
•••
Sebuah studio muzik kediaman milik sebuah keluarga berada hiruk-pikuk dengan perbincangan manusia yang berada di dalamnya. Studio muzik peribadi itu dipenuhi dengan empat orang gadis dan seorang wanita dewasa. Wanita dewasa itulah guru yang pernah melatih Just Four sehingga mereka berjaya menaikkan nama sehingga berada di muka depan surat khabar.
"Okey, you all nak buat lagu apa?" Tanya Cik Thirah, pelatih peribadi Firah. Dia bercekak pinggang di hadapan mereka berempat yang sedang enak berehat di atas bean bag masing-masing.
Setiap daripada mereka punyai warna tema karakter tersendiri. Fiya menggemari biru, Maira sentiasa bersama warna hitam dan putih, kebanyakan barang milik Mini berwarna hijau manakala Firah pula menggilai ungu. Maka dengan itu, bean bag yang tersedia juga mengikut warna tema yang kebetulannya wujud pula.
Senyuman lebar Mini ukirkan apabila soalan itu menerjah pendengarannya. "Kalau lagu Drag Me Down nyanyian One Direction, boleh tak? Kami dah ada kata sepakat." Tuturnya.
"Okey kan cik?" Tanya Firah kepada pelatih peribadinya itu. Wanita itu mendiamkan diri untuk berfikir sejenak.
Tanpa bertanyakan apa-apa kepada empat orang gadis itu, dia sudah membuat kata putus dengan idea yang bernas. Dia merupakan seorang yang dikenali sebagai seorang yang memiliki perfect pitch atau lebih senang dikatakan seorang yang memiliki nada yang sempurna. Oleh itu, dia tahu apa yang sesuai dinyanyikan dan alatan muzik yang dimainkan oleh seseorang itu.
"Baiklah, untuk lagu ni..." Cik Thirah mula bersuara sambil melihat gadis-gadis itu seorang demi seorang. "... Mini nyanyi rangkap Niall, Firah part Harry, Fiya nyanyi bahagian Liam dan Maira, you take Louis part." Sambungnya lagi dengan tangan yang digaya-gayakan.
Keempat-empat gadis itu bersorak kegembiraan. Nampaknya, lagu yang dicadangkan itu kena dengan selera pelatih itu. Mudahlah jika segalanya sudah dibahagikan dari awal. Jadi sekali lagi, hand shake rahsia mereka itu dilakukan sesama mereka.
Tepukan tangan Cik Thirah menggamit perhatian mereka yang sedang seronok berbual. Wanita itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Oh, ini menandakan bahawa mereka harus mengambil serius sekarang ini.
Memandangkan studio ini lengkap dengan alatan muzik, mereka bangkit dan bergerak ke tempat masing-masing yang tersedia alatan muzik yang sesuai dengan kemahiran mereka. Mini dan Fiya mengambil gitar, Firah sudah mengambil tempat di belakang piano elektrik miliknya manakala Maira sudah bersedia untuk mengetuk dram.
Cik Thirah tersenyum manis. Tangannya sekali lagi ditepuk. "Okay girls, always remember that practice make perfect! You all boleh mula sekarang." Arahnya dengan bersemangat.
Petikan gitar, ketukan dram dan alunan piano mula menghiasi suasana studio muzik tersebut.
•••
"Kita ni... Nak buat lagu apa?" Suara Ris memenuhi rumah yang diduduki mereka itu. Kedua tangannya disatukan dan siku direhatkan di atas peha manakala wajahnya disembunyikan di belakang tangannya itu.
Ligat mereka berfikir dan berbincang serta memberikan cadangan namun apa yang ditebak dan diberikan sering mendatangkan ketidakpuasan hati. Itulah, tahu buat tapi tidak merancang.
Akhirnya, Naz mencadangkan lagu milik Alif Satar untuk pertandingan itu nanti.
Mar menggaru telinganya dengan kerutan dahi yang jelas terpampang. "Alif Satar? Lagu apa yang okey?" Soalnya.
"Apa kata satu lagu ni, apa ya tajuk dia..." Han membalas seraya mengeluarkan telefon pintarnya. Ditekan-tekan telefon itu bagi mencari sesuatu. "Ha! Kita guna lagu dia yang Hanya yang Terindah? Nak?" Cadangnya riang.
Ris segera menegakkan kedudukannya dan tersenyum lebar. "Boleh juga tu. Nyanyikan pada dia orang seperti memaksudkan yang dia orang tu yang terindah?" Jawabnya dengan anggukan.
"Eleh, kau. Jiwang karat betul." Naz berkata dengan gaya ingin muntah. Namun demikian, dia memang tidak menolak cadangan itu.
"What? I love the song." Tukas Ris dengan rengusan kecil. Keluar sudah slang British-nya itu.
Keluhan kecil Mar lepaskan apabila melihat perangai sahabat-sahabatnya itu. "Ya, cinta pun cinta juga ya tapi ingat, ada sebab kita datang sini dan berpindah sekolah. Jangan terpesong dan jangan terbongkar. Ingat tu." Tegurnya, tegas.
Terdiam semuanya. Masing-masing mengangguk faham.
"Jadi, bila mahu berlatih?" Mar bertanya pula bagi menghilangkan suasana serius dan kekok itu.
"Esok."
"Banyaklah kau esok!" Han terus sahaja menepuk bahu Naz. "Esok dah sekolah. Esok jugalah bertanding. Benda ni tak adalah serius sangat tapi jangan bawa main-main. Kita boleh kenakan hukuman kalau tak dapatkan kepercayaan mereka." Tegurnya tegas.
Senyuman senget Naz berikan. Bukannya dia tidak tahu, dia sengaja sahaja mahu mencari pasal di situ.
"Dahlah, berlatih tempat biasa jom. Menyanyi ni bukannya benda tak biasa. Lama dah kita berlatih semata-mata untuk waktu ni." Ajak Ris dengan bersemangat. Penumbuknya dikepal dan dibawa ke hadapan.
"Wokeh!" Sambut sahabat-sahabatnya lalu menyatukan penumbuk mereka dengan penumbuk Ris. Demi menyelesaikan misi mereka, kerjasama haruslah ada!
YOU ARE READING
Gadis Acah Popular #1
Teen FictionBermulanya kisah, dengan empat orang sahabat di Institut Agung Altair. Maira yang tegas dan cantik, Fiya yang lemah lembut dan bergaya, Mini yang lasak dan kelakar serta Firah yang berkaca mata dan baik hati. Empat orang gadis ini ialah murid yang...