🌺 Bab 9 🌺

2.9K 188 2
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh Just Four dan Band Boyz pun kunjung tiba, menerbitkan debar di dada mereka yang terlibat dalam pertandingan tidak formal itu. Bagi menjalankan misi masing-masing dengan perjanjian yang berlaku secara tidak sengaja, empat orang gadis dan empat orang jejaka sudah bercadang untuk hadir awal ke sekolah demi menyelesaikannya.

Studio Dansa yang dipenuhi dengan alatan muzik dan pentas milik Institut Agung Altair menjadi tujuan utama. Mujur sekali tidak ramai pelajar yang hadir ke situ kerana tiada asbab pun mahu menjejakkan kaki ke bilik muzik di sekolah tersebut.

Gaya pakaian Just Four pada hari ini benar-benar menunjukkan ke-popular-an mereka berempat. Fiya memakai baju jeans yang berwarna biru dan seluar slack hitam. Shawl berwarna biru cair pula dililit kemas di kepala.

Maira pula memakai baju T-shirt putih bergambar misai serta menyarungkan sehelai jacket jeans di luar. Dia memakai seluar jeans hitam dan menggayakan pleated shawl putihnya dengan berombak-ombak.

Kemeja hijau cair dipadankan Mini dengan seluar jeans berwarna biru gelap. Tudung dalam dimasukkan ke dalam baju manakala shawl pula dililit bersahaja di luar. Firah pula memilih sehelai blouse ungu bersama dengan skirt labuh berwarna hitam. Tudung bawal yang bewarna hitam disarung elok di kepala. Cermin mata besar pula menjadi pilihan.

"Dah minta izin ke nak guna studio ni?" Soal Firah kepada orang yang berdekatan dengannya iaitu Mini.

Ibu jari Mini tunjukkan sebagai tanda bagus. "Sudah! Jadi jangan risau. Seluruh studio ni kita punya hari ini." Balasnya. Anggukan faham Firah berikan buat sahabatnya itu.

"By the way, I've been thinking..." Fiya mula bersuara dalam nada janggal. "Kalau kita cakap tak setuju hari tu apa jadi ya? Sempat lagi tak nak menarik diri?" Sarannya meskipun agak teragak-agak.

Jongketan  sebelah kening Maira berikan buat tiga orang insan yang berada di hadapannya itu. "Kan? Dia orang tak bagitahu pun apa akan jadi kalau kita tarik diri."

"Jadi... Kita nak lari dari pertandingan ni?" Cadang Firah sambil berpeluk tubuh. Jarinya digenggam-genggam bagaikan sudah bersedia untuk menekan papan piano.

"Ya tak ya juga kan?" 

Keempat-empat gadis itu mengangguk setuju. Senyuman gembira tidak lekang daripada bibir mereka. Gembira bukan kepalang nampaknya. Sudah adalah tu rancangan di fikiran masing-masing.

"Tapi... Aku nak tengok persembahan dia orang!" Keluh Fiya yang mana mengejutkan mereka semua.

"Kalau macam tu..." Tutur Mini kemudian tersenyum senget. "...Lepas dia orang habis, kita cabut. Okey?"

"Fuh, okey!"

•••

"Assalamualaikum!" Empat suara memberi salam. Sekumpulan pelajar lelaki bernama Band Boyz melangkah ke dalam dengan penuh bersemangat.

Sebaik sahaja pintu ditutup, mereka berempat dapat melihat empat orang gadis sedang berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang menahan marah. Mini dan Maira bercekak pinggang, Fiya berpeluk tubuh manakala Firah pula berada tidak jauh dari Fiya dengan tangan yang disembunyikan di belakang.

"Walaikumussalam and You guys are late!" Marah mereka serentak dalam pelbagai nada.

"Sorry." Balas jejaka-jejaka itu pula. Masing-masing tidak tahu menjawab apa.

Mar mengetuai perjalan kumpulannya ke tengah-tengah studio tersebut dengan keluhan kuat. "Naz ini ha, mahu ke toilet pula dia. Macam-macam betul jadi tadi." Bebelnya geram. Dia berpeluk tubuh lalu bertanya. "Okey, kumpulan mana nak start dulu?"

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now