🌺 Bab 4 🌺

3.7K 243 5
                                    

Dinding bangunan memisahkan tiga orang pelajar junior dengan empat orang pelajar senior. Empat orang gadis yang sedang berbual menjadi tumpuan tiga orang pelajar junior itu tadi.

"Bukankah itu geng senior yang dikatakan popular itu?" Tanya salah seorang daripada tiga orang pelajar itu. Dia bercekak pinggang sambil menoleh ke arah dua orang sahabat lelakinya dengan teruja.

Sahabatnya yang sedang ligat merenung telefon pintarnya mengangkat kepala sekilas kemudian membetulkan rambutnya yang sedikit keperangan. "Aku minat dekat yang pegang PSP tu. Siapa entah, namanya..." Ujarnya lalu membuat gaya berfikir.

"Hmm, yang tengah melukis tu comel." Sambut yang seorang lagi pula. Pandangannya beralih daripada Mini ke arah dua orang sahabatnya.

"Aduhai, orang tanya lain dia jawab lain." Bebel gadis yang menyoal itu tadi. "Sudahlah, jaga mata tu sikit ya. Awak-awak tu lelaki. Jom jumpa mereka." Sambungnya lagi lalu berjalan pergi.

 "Jom, jom." Seronok dua orang lelaki itu mengekori gadis itu.

Perbualan empat orang gadis yang sedang meluangkan masa bersama itu semakin lama semakin jelas dapat didengari. Sedang mereka berempat bergelak ketawa, hadirnya dua orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan secara tiba-tiba.

"Lolita? Buat apa dekat sini?" Tanya Firah hairan. Gadis kecil di hadapannya kini merupakan seorang adik kepada salah seorang pelajar popular di sekolah ini juga. Nama yang disebut itu bukanlah namanya, hanya sekadar gelaran yang diberi suka-suka.

Seperti apa yang orang panggil itu... Nickname? Stage name? Apa-apa sahajalah.

"Kami mewakili pelajar junior bahagian bangunan bawah Institut Agung Altair menginginkan tandatangan akak-akak sekalian." Pinta Lolita malu-malu kucing seraya menghulurkan sekeping kertas bersama sebatang pen.

Dua orang pelajar lelaki itu turut melakukan perkara yang sama sambil menganggukkan kepala mereka berkali-kali. Fiya, Maira, Firah dan Mini memandang satu sama lain dengan wajah hairan. Biar benar budak-budak junior ini?

"Baiklah, biar aku tandatangan dulu." Mini mula mengambil pen terlebih dahulu dan bertindak untuk menggoreskan pen tersebut ke atas kertas.

"Eh, tak ada tak ada. Aku dulu." Maira merampas pen tersebut dari pegangan Mini.

Keadaan menjadi semakin hingar di situ lagi-lagi apabila Fiya turut masuk campur. Firah yang menonton hanya mampu mengeluh perlahan. Haih, buat malu sahajalah.

"Akak, akak, jangan bergaduh!" Tegur Lolita, cemas. Mahu beri tandatangan pun berebut.

Beberapa minit berlalu, Fiya merupakan orang terakhir menandatangani kertas ketiga yang diberi. Kertas-kertas itu disusunnya cantik sebelum diberikan semula kepada ketiga-tiga orang pelajar junior di hadapannya itu. 

"Terima kasih akak!" Ucap mereka bertiga serentak lalu berjalan pergi dengan gembira sekali. Mereka berbual-bual dan bergelak ketawa sebelum menuju ke kelas masing-masing. 

Keempat-empat gadis itu hanya mengekori tiga orang junior dengan lirikan mata mereka sehinggalah ketiga-tiganya lesap daripada pandangan. 

Maira kembali membuka buku sketch miliknya kemudian menyambung semula aktivitinya yang tergendala sebentar tadi. "Tak sangka, popular juga kita ni kan?" Soalnya tanpa mengangkat kepala.

Mini tertawa kecil kemudian membuat roll eyes. "Eleh, acah-acah." Katanya disambuti dengan tawa Firah.

"Oh." Ucap Fiya apabila bunyi loceng sekolah berdering di segenap arah. Semua pelajar mula beransur-ansur meninggalkan kawasan taman, perpustakaan dan juga dataran. "Jom masuk kelas, loceng bunyi dah tu." Ajaknya.

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now