🌺 Bab 10 🌺

2.9K 188 11
                                    

Bunyi-bunyi asing dari luar tandas membuatkan Just Four sedar bahawa empat orang jejaka itu berada di luar sana. Fiya yang tinggi memanjangkan leher bagi mengintai sedikit melalui atas tandas. Dia memanjat sedikit ke atas mangkuk tandas bagi memudahkan aktiviti 'spy'-nya itu.

Selepas beberapa saat, dia kembali turun dan berbisik. "Aku nampak macam ada orang tengah terintai-intai. Dia orang kot?"

"Firah ada tak?" Soal Mini.

"Ada, tapi dia tak gerak lagi. Tengah menyorok tandas sebelah sana sekejap sebelum keluar." Balas Fiya kemudian memandang Maira. "Kau rasa dia okey?"

"Aku rasa dia okey, jangan risau." Maira menjawab dengan senyuman kecil.

Bunyi pintu terbuka dan derapan tapak kaki di sebelah bilik tandas membuatkan ketiga-tiga gadis itu berdebar. Walhal rancangan ini hanya untuk melarikan diri namun rasanya seperti melakukan misi besar.

Deruan air mengalir yang kedengaran memastikan mereka bahawa Firah sudah memulakan misinya. Di luar pula, Firah sedang membasuh tangan sambil matanya berulang-alik ke arah pintu dan juga cermin singki. Pantulan tidak dapat menunjukkan penuh keadaan luar namun serba-sedikit membantu juga.

"Kenapa... Dia seorang sahaja? Tak silap aku, aku nampak semua masuk sini?" Naz berbisik di luar tandas. Ingin sahaja dia mengintai penuh namun takut pula jika ditangkap. Mujur sekali di belakang ini tiada sesiapa yang mampu melihat empat orang jejaka yang terhendap-hendap di hadapan tandas perempuan.

"Manalah aku tahu." Balas Mar, geram. Dia sudah hilang sabar. Jika cacat rancangan mereka kali ini, kena cari jalan lain untuk mengambil kepercayaan gadis-gadis itu.

"Dah tu? Nak biarkan? Kita nak report apa dengan janji tempoh kita? Rancangan kita tak berjaya sebab dia orang lari? Kelakar betul." Jawab Naz semula dalam nada jengkel. Apa lagi, mendapat pukulan dari si Mar yang sememangnya sedang menahan amarah.

Ris mendiamkan diri seketika sambil mendengar perbalahan sahabat-sahabatnya itu. Tidak lama kemudian, dia mengambil keputusan untuk melangkah masuk.

"Awak okey?" Soalnya yang mana mengejutkan Firah yang sedang merenung cermin bagaikan ingin tembus dinding belakang.

Dengan perlahan-lahan, Firah menoleh ke kirinya. Dia agak mendongak bagi melihat sang gerangan yang menyoal. Lelaki, masuk tandas perempuan?

"Huh?" Ucap Firah, terkejut. Mereka berdua bertentang mata buat beberapa saat sebelum Firah menjerit kuat. "Aaah!"

Lantas Ris mengundur ke belakang iaitu ke arah pintu. "Okey, okey saya keluar sekarang!" Tuturnya cuak.

Pintu tandas yang menempatkan sahabat-sahabatnya diketuk oleh Firah berkali-kali dengan penuh takut. Buka sahaja pintu itu, dia cepat-cepat berlari masuk dan menghela nafas lega.

"Gila..." Firah berkata tanpa memandang ketiga-tiga sahabatnya itu. "Ris masuk tadi." Sambungnya lagi seperti mahu menangis sebelum ditenangkan oleh Fiya.

Rasa bersalah mula bertandang di hati maka Maira mengambil keputusan untuk melakukan strategi lain pula. Dia mengambil nafas dalam kemudian membuka pintu tandas tersebut. Bunyi dentuman pintu bergema di dalam tandas dan derapan tapak kaki yang berlari turut kedengaran sama.

Nampaknya, Maira sedang berlari keluar.

"Kejap, ini rancangan Maira? Tinggalkan kita?" Mini bertanya dalam nada tidak percaya.

Suara Han yang mengarahkan sesuatu dapat didengari mereka. Nama Mar disebutnya. 

"Mar kejar Maira ke?" Soal Fiya.

"Kenapa Mar pula yang kejar aku? Aku nak buat distraction tadi." Bebel Maira sendiri yang sudah pun menjauhi Ladies. Namun demikian, bebelannya itu tidak lama apabila bunyi larian yang mendekat membuatkan dia kecut perut dan berlari tidak cukup tanah.

Tetapi nasib tidak menyebelahinya, dia terlanggar tiang lampu yang secara tiba-tiba berada di hadapannya. Maira tersadung ke belakang lalu mengambil keputusan untuk berdoa banyak-banyak agar tidak sakit belakangnya apabila menyembah lantai nanti.

Tangannya terasa ditarik agar cepat-cepat berdiri. Walaupun bersyukur yang dia tidak jatuh, dia menarik tangannya itu dengan kasar daripada pegangan si jejaka yang menyelamatkannya.

"Jangan pegang! Bukan mahram." Tegur Maira kemudian menggoyang-goyangkan tangannya seperti terdapatnya sesuatu melekat di situ.

"Lah, sorry. Kalau aku tak tolong, kau dah jatuh lama dah." Mar berkata kesal. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket kemudian menaip sesuatu di situ.

Dia mendekatkan telefonnya pada bibir kemudian menghantar mesej suara. "Guys, aku dah dapat Maira. Kau orang?"

Tling!

"Kami dah berjaya panggil dia orang keluar. Good job, Mar. Jom Library." Balas Han semula. Dia kembali merenung tiga orang gadis yang terkebil-kebil di hadapan tandas itu.

Mini yang berpeluk tubuh berdecit geram. "Cis! Gunakan Maira untuk takutkan kita orang. Apa kau orang nak sangat? Kita orang ni bukan siapa-siapa pun." Ujarnya pedas.

Ris, Han dan Naz tidak menjawab. Ya, mereka rasa bersalah akan perbuatan mereka yang tidak masuk akal itu namun arahan harus diikuti. Golongan atasan jangan kau belakangi.

"Senang cerita, ikut kita orang pergi perpustakaan lah." Ris berkata dengan tegas. Gayanya sangat-sangat seperti sedang cuba untuk mengelak daripada menjawab soalan Mini.

"Untuk?" Tanya Fiya dengan jongketan sebelah kening.

Senyuman sinis Naz hadiahkan pada mereka bertiga. "Dah kau orang lari kan? Adil tak agaknya pertandingan kita tadi? Of course-lah ke sana untuk perhitungan pertandingan kita. Budak-budak tu tunggu kita dekat sana." Terangnya, bercekak pinggang.

Mahu tidak mahu, mereka hanya menuruti agar tiada lagi perbalahan dan masalah besar yang berlaku. Sudahlah Maira tidak bersama mereka di situ. Alahai, apalah nak jadi.

•••

"Apa?!" Suara Shima mengatasi kebisingan kafe. Akibat jeritannya itu, seluruh kafe menjadi senyap dan memandangnya hairan sebelum kembali seperti sedia kala.

Maurah lantas mengipaskan Shima dengan kipas tangannya. "Sabar, Shima. Tapi betul apa aku cakap. Dia orang tak ada dalam kelas tadi sebab dia orang ada kebenaran untuk buat apa benda tah kata cikgu. Buat... Pertandingan? Entah, aku pun tak tahu sangat." Katanya bagi menenangkan Shima.

"What?" Milana sudah terserdak minumannya. Wajah Maurah dijelingnya tajam. "Kita tak bolehlah biarkan macam tu! Ris tu aku dah cop dulu! Suruh budak Zakuan tu jalankan tugas cepat sikit." Marahnya.

"Hei, perangai sukakan duit tu jangan tunjuk sangat. Aku tahulah si Ris tu kaya. Marah betul nampak." Ujar Maurah tenang yang mana menambahkan api kemarahan Milana. "Sabarlah sikit. Tapi daripada gosip yang aku tahu, Zakuan tu sukakan kau?"

Air yang berada di hadapannya itu tidak lagi diingininya. Milana menolak cawannya ke hadapan dan menyangkut begnya ke bahu. "Itu aku tahulah! It's none of your business." Jerkahnya lalu berlari ke luar kafe.

"Eh, kau nak pergi mana?!" Jerit Shima, risau. 

Tanpa memandang ke kanan dan kiri, Milana laju sahaja berjalan ke hadapan. Lantaklah sahabatnya mahu menjerit apa, dia sudah mahu malas melayan. Dapat sakit hati saja adalah.

Bunyi hon yang kuat mengejutkan dirinya daripada terus tenggelam dalam amarah. Sebaik sahaja dia berpaling ke kanan, beg yang dipakainya terpelanting ke bahu jalan. Dan ia jatuh tepat di hadapan kaki Shima dan Maurah yang mengejarnya itu tadi.

Cecair merah mula memenuhi jalan tar di hadapan kafe yang mereka duduki itu.

"Milana!"

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now