Bersenandung perlahan, Maira dan Firah melakukan kerja masing-masing manakala Fiya dan Mini pula berbual kecil. Dengan buku sketch di tangan Maira disertai novel di tangan Firah, suasana agak sedikit sunyi tanpa dua suara itu. Hanya Fiya yang sibuk menunjukkan pakaian yang dia minat dari sebuah website kepada Mini yang sibuk menari kecil itu sahaja berbual-bual rancak.
Mujurlah tiada sesiapa di situ, kerana kawasan hospital tersebut tidak ramai yang akan menaiki kenderaan awam. Lagi pun, hospital ini hospital privasi, hanya insan tertentu dan berkemampuan sahaja yang boleh hadir ke sini.
Niat mereka bukanlah untuk menaiki bas pun, sekadar untuk mencari tempat untuk melarikan diri. Jika duduk di dalam hospital, boleh jadi petugas-petugas di sana akan mengenal Fiya secara tidak langsung menarik perhatian orang lain.
Band Boyz itu pun satu, pantang orang bahagia sendiri. Mahu menyibuk sahaja sepanjang masa. Sudahlah baru sahaja mengenali, sudah bermacam kerenah diberi. Sabarlah Just Four, jika ada jodoh, kekallah abadi.
"Kalau aku lukis kita macam ni, okey tak?" Soal Maira sambil menunjukkan lukisannya pada Firah. Empat karakter berbentuk chibi sedang membuat konsert terhias di layar mata. Comel!
"Kita ke tu? Comelnya! Of course-lah okey. Nanti dah colour mesti lagi lawa." Puji Firah dengan mata yang bersinar-sinar.
Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Sehinggalah, pujian lain pula terbit di pendengaran masing-masing,
"Kami tak ada ke? Macam tertinggal lagi empat orang karakter." Sibuk Mar tiba-tiba dari arah belakang.
Terkejut bukan kepalang, menjerit empat orang gadis itu di situ. Yalah, tiba-tiba sahaja ada suara garau lelaki berada di antara mereka. Rupa-rupanya kehadiran para jejaka yang tidak diundang.
"Suka-suka sahaja tinggalkan kita orang. Sedar tak tadi datang dengan siapa?" Ris bertanya jelik. Palang yang terletak di hadapan tempat duduk itu menjadi tempat sandarannya.
"Mestilah. Habis tu kami buat apa di bus stop ini? Tunggu baslah." Jawab Mini kemudian beralih jauh dari Ris. Dia mengambil tempat di sebelah Fiya.
Kerutan jelas terlihat di dahi Han. Wajah hairan dipaparkan. "Eh, tak nak balik dengan kita orang ke? Tadi naik kereta Ris kan."
"Merajuk ke?" Naz pula menyibuk.
Fiya menggeleng kecil disertai keluhan perlahan. "Merajuk apanya? Menyampah adalah. Tiga orang minah kat dalam tu memang sukakan kau orang. Jadi, tak perlulah kita nampak terlalu dekat-dekat, loving-loving apa kejadah semua tu. Bahaya, minah tiga orang tu boleh buat apa sahaja nak dapatkan apa yang dia orang mahukan." Jelasnya panjang.
Mereka berempat sudah lama belajar di Institut Agung Altair, mereka tahulah setiap gelagat manusia yang ada di sekolah itu. Lagi-lagi mereka ini pelajar 'popular', memang dikenali ramai dan mengenali ramai orang juga. Band Boyz itu pelajar baharu, banyak lagi perkara yang mereka harus belajar tatkala memasuki sekolah elit ini.
"Plus, kita baru kenal. Kami ada reputasi yang perlu dijaga." Sambung Maira, tidak mengangkat wajah dari buku sketch-nya itu.
"Bukan itu sahaja. Jarak kita, ikhtilat kita, semua kena jaga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah. Kalau tak ada pun tak apa, ucapkanlah Alhamdulillah." Firah pula berkata dengan senyuman nipis. Muka surat novelnya diselak.
Empat orang jejaka itu saling berpandangan. Masing-masing berwajah tidak senang. Mereka faham apa yang cuba disampaikan oleh gadis-gadis itu tetapi mereka juga punyai perancangan, menyelesaikan misi yang sedang berjalan. Apa-apa pun, mereka bangga dengan pemahaman empat orang gadis tersebut.
"Betullah, kalau ada jodoh adalah. Jadi, apa pun tiga orang minah tu nak buat, kalau Allah tak izinkan tak jadi juga. Ha, tak ke gitu?" Sibuk Mar bagi menghilangkan kejanggalan.
Tiga orang sahabatnya mengangguk-angguk setuju dengan sengihan yang mempunyai maksud tersendiri.
"Dia orang ni, memang jiwang karatlah." Bisik Mini pada Fiya seraya mengerling keempat-empat orang jejaka yang elok bersandar pada palang di hadapan mereka itu.
"Hmph, sama saja dengan kita. Cuma tak tunjuk." Balas Firah yang kebetulannya terdengar bisikan itu. Dia membuat roll eyes tanda terhibur.
Bunyi enjin kenderaan mendekat menarik perhatian mereka semua. Sebuah bas berhenti elok di hadapan bus stop tersebut.
"Adios!" Ucap Mini lalu bangkit dan berlari memasuki bas.
"Jap, tunggu!" Laju tiga orang ahli Just Four mengekori Mini dari belakang.
Band Boyz ternganga, benar-benar terkejut sehingga tidak berjaya menggerakkan tubuh masing-masing. Setelah bas mula bergerak disertai lambaian daripada empat orang gadis itu, mereka mula tersedar dari kejutan masing-masing.
"Ya Allah, kita terlepas dia orang!!" Naz menjerit cemas.
"Tak, masalah dia sekarang, dia orang yang ada depan mata pun kita tak boleh nak halang apatah lagi nak selesaikan tugas kita ni. Aaaa I'm useless!" Han turut gelisah di situ sambil menarik-narik rambutnya.
Ris sudah menampar wajahnya kesal manakala Mar pula menggeleng kecil. Apalah nak jadi. Paling penting, tidak akanlah mahu menuliskan kejadian hari ini ke dalam laporan mereka itu nanti?
YOU ARE READING
Gadis Acah Popular #1
Dla nastolatkówBermulanya kisah, dengan empat orang sahabat di Institut Agung Altair. Maira yang tegas dan cantik, Fiya yang lemah lembut dan bergaya, Mini yang lasak dan kelakar serta Firah yang berkaca mata dan baik hati. Empat orang gadis ini ialah murid yang...