🌺 Bab 3 🌺

4.3K 248 7
                                    

Waktu rehatlah merupakan waktu yang paling digemari oleh setiap pelajar yang bersekolah. Bermain, makan, belajar, pada ketika itulah segalanya bebas untuk dilakukan tanpa dilihat atau diarahkan oleh sesiapa.

Perut kenyang, hati pun senang.

"Kenyangnya!" Ucap Mini kemudian mengucapkan syukur atas nikmat yang dapat dirasai sebentar tadi. Perutnya diusap perlahan tanda yang dia benar-benar kenyang. Firah yang berjalan di sebelahnya tertawa kecil melihatkan kelakuan sahabatnya itu.

"Oh ya." Fiya berkata kemudian menarik tangan Firah dan menggoyangkannya. "Teman aku pergi tandas." Pintanya. Selepas mendapat anggukan daripada Firah, mereka berdua pun berlalu pergi.

Apabila ditinggalkan berdua di situ, Maira dan Mini mengambil keputusan untuk bersiar-siar terlebih dahulu sambil berbual panjang. Sehinggalah satu tahap, mereka tiada lagi topik untuk dibualkan. Keadaan sepi seketika namun diganggu oleh dua suara yang tidak mereka sangkakan.

"Hai." Sapa dua orang jejaka tatkala mereka menoleh. Mar dan Han. Mengapa pula mereka hadir ke sini dan datang menegur? Kekok mula menguasai suasana.

Maira dan Mini saling berpandangan sebelum menoleh semula dengan senyuman kecil. "Err... Hai?" Balas mereka sedikit malu.

Namun selepas itu, keadaan menjadi sunyi semula apabila keempat-empat insan di situ hanya mampu mendiamkan diri. Tiada topik untuk diperkatakan, tiada suara yang dapat dikeluarkan.

Dari kejauhan, Maira dan Mini dapat melihat dua orang sahabat mereka sedang tergesa-gesa berlari keluar dari kawasan tangga yang mana menempatkan tandas pelajar perempuan. Wajah mereka kelihatan pucat, seperti baru sahaja melihat entiti yang tidak harus dilihat.

Secara tiba-tiba Fiya menoleh ke arah mereka berdiri. Kepalanya digelengkan manakala tangannya seperti membuat sesuatu isyarat. Hanya ahli kumpulan mereka sahaja yang memahami isyarat itu dan perkara itu membuatkan Mini mengangguk faham.

"Ha, okey! Bye!" Itu sahaja yang mampu dikatakan oleh Mini sebelum menarik Maira bersamanya untuk melarikan diri. Lantaklah Mar dan Han itu, terkilan pun terkilanlah.

Beberapa minit kemudian, mereka berempat berkumpul di sebuah taman berdekatan dengan studio muzik milik Institut Agung Altair dan menarik nafas masing-masing. Apa kena sudah dengan hari ini? Mereka sendiri hairan terhadap apa yang baru sahaja terjadi.

"Apa jadi, Fiya, Fir?" Maira bertanya setelah perasan akan riak wajah sahabatnya.

Firah menunjukkan telapak tangannya bagi menunjukkan isyarat sekejap. Nafasnya ditarik dalam sebelum menghelanya perlahan. "Tadi kami nampak Ris dan Naz ada di hadapan kawasan tangga perempuan. Mula-mula kami buat tak endah tapi bila kami berjalan, kami terasa seperti diekori. Apa lagi? Larilah." Jelasnya, seriau.

"Huh? Sudah tidak betul ke? Tunggu depan tandas perempuan, dah kenapa? Aku report dekat cikgu nanti, ha baru tahu." Bebel Mini dengan mata yang dibuntangkan. Sungguh dia tidak puas hati terhadap apa yang baru sahaja didengarinya tadi.

Sebuah kerusi batu menjadi sasaran Maira untuk duduk. Dia mengeluh kecil kemudian menongkat dagunya menggunakan belakang tangan. "Mar dan Han pun tadi ada juga tegur kita orang. Macam buang tabiat pula. Kita kan baru kenal mereka? Nama kita pun mereka tak tahu." Ujarnya.

Fiya menganggukkan kepalanya berkali-kali. "Cerita pun baru jalan. Belum sampai cue lagi dah masuk, alahai. Tapi kan, siapa nama dia tu...? Ha, Naz tu comel kan?" Tiba-tiba dia bersuara.

Firah, Mini dan Maira segera menoleh ke arah Fiya dengan mulut yang ternganga. Eh, eh, sahabat mereka yang seorang ini... Sudah meminati seseorang?

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now