Matahari memancar ke bumi menandakan hari baru sudah pun bermula. Kelihatan empat orang gadis sedang berjalan beriringan memasuki pagar sekolah dengan gembira. Nampaknya, Just Four hadir serentak lagi hari ini.
"Rasa macam tak nak masuk kelas je." Rungut Firah sambil mendongakkan kepalanya. Jelas riak tidak selesa terpapar pada wajahnya.
Maira yang merupakan orang pertama mendengar rungutan itu segera menoleh ke arah Firah. "Kenapa?" Soalnya.
Fiya menyenggol siku Maira dengan perlahan. "Siapa lagi kalau bukan sebab ada ahli Band Boyz tu." Ujarnya sambil menggerakkan jari telunjuk dan jari hantunya ke atas dan ke bawah bagai menyimbolkan tanda petik.
"Ohh, samalah." Balas Mini dalam nada malas. Jelas wajahnya kelihatan tiada semangat untuk hadir ke sekolah.
Sedang mereka berempat menghayati kesunyian perjalanan mereka ke perkarangan sekolah, tekanan yang tidak mereka sedari hadir dari arah belakang begitu sahaja, sehinggalah mereka menjunam jatuh ke hadapan. Sesi persekolahan masih belum bermula namun pakaian yang dipakai sudah pun dikotori tanpa sengaja. Siapa punya pasal ni?
Tawa yang sangat nyaring dan menjengkelkan menerpa halwa telinga. Sinis, sangat sinis. Segera mereka menoleh ke arah belakang maka terlihatlah tiga orang gadis sedang berdiri gah dengan senyuman sinis di bibir masing-masing. Oh, merekalah sang gerangan yang menolak.
"Hahaha, biar baju yang acah cantik fashionista tu kotor. Sedar diri sikit, langsung tak sepadan dengan jejaka-jejaka kacak itu." Milana merupakan orang pertama yang bersuara dalam nada mengejek.
"Entahnya, tergedik-gedik dengan siapa tu... Ha, sibuk dengan Ris, Mar, Han dan Naz tu apahal?" Sudah tak ada kerja lain?" Perli Maurah kemudian menjelirkan lidahnya.
Milana berdiri di hadapan kedua orang sahabatnya itu dengan tangan yang didepakan. "Mulai sekarang, kau orang jangan sibuk dengan geng... Band Boyz tu. Mereka itu kami punya!" Tuturnya seperti gadis gedik cliche di dalam drama sekolah.
Selepas itu, dengan gaya yang menjengkelkan mata, mereka berlalu pergi meninggalkan empat orang gadis yang terpinga-pinga di atas konkrit perkarangan sekolah. Pelajar yang lalu-lalang tidak mahu masuk campur, mereka sekadar menoleh seketika dan hanya buat-buat tidak nampak.
"Itu sahaja ke yang mereka ingin cakapkan?" Tanya Firah sambil mengesat air mata yang terkeluar akibat kesakitan. Pedih kot jatuh tiba-tiba, orang tengok pula tu.
Maira menjadi orang pertama untuk bangkit kemudian menghulurkan tangan pada Firah untuk menyambutnya. Fiya pula membantu Mini untuk tidak terjatuh semula setelah elok berdiri. Mereka berempat lekas membersihkan pakaian menggunakan tangan.
"Just Four dibuli? Tak menyesal ke masuk sekolah sini?" Satu suara menyoal. Dengar macam kenal.
Tertoleh-toleh mereka mencari pemilik suara tersebut. Selepas itu, mereka terlihat seorang pelajar lelaki sedang bersandar pada sebatang pohon sambil berpeluk tubuh.
Mini turut berpeluk tubuh bagi menunjukkan dominasi. "Asal pula?" Soalnya jengkel dengan jongketan sebelah kening.
Pelajar lelaki itu kemudiannya mengeluh sambil menggelengkan kepala. tangannya yang memeluk tubuh kini mencekak pinggang.
"Band Boyz ya namanya? Kenapa mereka hadir ke sini? Disebabkan mereka... Aku tak dapat nak dekati Milana." Luahnya seperti sedang bercerita mengenai dirinya. Namun Just Four tidak pekak, gaya perckapannya seperti ingin menyalahkan mereka.
Fiya pula menjongketkan kening sebagai tanda soal. "Dah tu, apa kena dengan kami? Nak Milana tu pergi sahajalah, bukannya kami suruh Band Boyz apa kejadah tah tu datang sini." Balasnya, ingin marah.
YOU ARE READING
Gadis Acah Popular #1
Novela JuvenilBermulanya kisah, dengan empat orang sahabat di Institut Agung Altair. Maira yang tegas dan cantik, Fiya yang lemah lembut dan bergaya, Mini yang lasak dan kelakar serta Firah yang berkaca mata dan baik hati. Empat orang gadis ini ialah murid yang...