🌺 Bab 7 🌺

3.1K 192 5
                                    

Berakhirnya sekolah, semua pelajar berpusu-pusu meninggalkan institut mereka. Masing-masing mempunyai pelan tersendiri maka dengan itu, sekolah bagaikan sepi sekelip mata. Bagi Just Four pula, mereka meninggalkan sekolah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pemandu Firah. Kini, hala tuju mereka ialah ke rumah Firah untuk berlatih.

"Hmmm, agak-agak budak-budak lelaki tu buat lagu apa eh?" Tanya Fiya, ingin tahu. Dia merupakan orang pertama bersuara setelah sunyi menerpa mereka sebaik sahaja memasuki kereta tersebut.

Mini menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kepala direhatkan di dagu manakala kepalanya ditolehkan ke luar. "Lagu jiwang kot." Balasnya bersahaja.

Sebaik jawapan itu menyapa gegendang mereka yang lain, tawa kuat dilepaskan sehingga bergema satu kereta. Beberapa saat kemudian, barulah reda keadaan setelah salah seorang daripada mereka bertindak dengan menyambung kerjanya yang tergendala.

Firah mencari lagu yang ingin didengari melalui telefon pintarnya sebelum mencucuk earphone ke telinganya. Belum sempat lagu yang didengari sehingga ke puncaknya, Firah segera menoleh apabila terasa seperti earphone miliknya itu dicabut oleh seseorang. Kelihatan Mini sedang tersengih dengan tangan yang memegang wayar earphone tersebut.

"Dengar lagu tak ajak orang." Tutur Mini seolah-olah merajuk.

Gelengan kecil Firah berikan kemudian mengeluh kecil. "Haih, yalah-yalah." Balasnya lalu menekan sebuah butang di telefon bimbitnya.

Lagu yang boleh dikenalpasti sebagai nyanyian kumpulan One Direction menggegarkan kereta. Mereka sekumpulan melentokkan kepala mengikut rentak lagu.

"Kau suka lagu ni?" Tanya Fiya dengan jongketan kening.

Firah segera mengangguk laju. "Yup! Aku suka dengan lagu yang tajuknya 'Kiss You' ni. Rentak dia best." Jawabnya bersemangat.

"Hahah, yalah." Fiya membalas kemudian tersenyum kecil. Namun selepas itu, dia mengerutkan dahi pula apabila terlihat Firah mengeluarkan sebuah gajet lain pula. "Buat apa pula tu, Fir?" Soalnya.

Gajet yang berada di tangan Firah layangkan. Nama 'Kindle' tertera di bawahnya. "Baca buku." Jawabnya.

"Itu bukan buku. Itu hasil tulisan yang berada dalam gajet." Tukas Maira yang sibuk meneliti telefon pintarnya. Skrin telefonnya itu sering kali diusap seperti sedang membaca sesuatu.

"Hmph, untuk dibaca juga!" Firah bersuara lalu berpeluk tubuh. Matanya mengintai apa yang sedang dilakukan oleh Maira. "Lah, baca Wattpad? Aku pun sama juga tapi aku tak buka sebab nak baca sambil buka lagu dari device yang sama akan mengganggu concertration aku." Katanya.

Maira menganggukkan kepalanya sebagai pemahaman. "Ya, aku tahu. Kau tu gila fantasy, baca dekat Wattpad saja tak cukup. Tapi aku tak pandai guna Kindle, aku ada inilah sebagai tempat aku baca buku even kadang-kadang update dia... Lambat." Ujarnya dengan cebikan.

Firah tertawa janggal sebelum kembali mencari bacaannya dia gajet miliknya itu. Setelah keadaan kereta semakin diam, Fiya dapat dilihat sibuk dengan telefon pintarnya dan suasana kereta kembali dibingitkan dengan bunyi permainan video dari PSP Mini.

Bunyi-bunyi itu membuatkan Firah dan Maira panas hati kerana konsentrasi mereka terganggu. Tanpa membuang masa, Maira lantas merampas PSP tersebut dari tangan Mini. Butang tutup segera ditekan.

"Hey, give it back! Itu kan aku punya." Pinta Mini, separuh menjerit. Tetapi tangannya langsung tidak cuba untuk mencapainya semula.

"Tak boleh. Mak kau bagitahu mak aku yang kau banyak sangat tengok skrin dan risau dengan keadaan kau. Aku pun risau tahu? Nanti sampai rumah Firah baru aku bagi balik." Balas Maira lalu menjelirkan lidahnya pada Mini. PSP yang dirampas dimasukkan ke dalam begnya.

Maka dengan itu, Mini yang telah pun berputus asa membuang pandangannya ke luar tingkap.

•••


Sebuah rumah agam yang besar dapat dilihat tidak jauh dari Institut Agung Altair. Kereta-kereta mewah dan besar terparkir indah di hadapan rumah. Kini, yang tinggal di rumah itu hanyalah sebuah keluarga yang berada dan memiliki ahli yang agak ramai.

"Akak, nak pinjam lipstick." Seorang gadis menjengulkan kepalanya ke pintu bilik kakaknya. Kelihatan Shima sedang menilik wajahnya di hadapan cermin sambil mengerdip-ngerdipkan matanya.

Mendengarkan permintaan itu, Shima menjeling adiknya Lolita. "Pinjam? No way. Aku tak akan bagi dekat budak hingusan macam kau. Kalau asyik nak ikut aku, memang tak layaklah." Tuturnya dengan sombong.

Meskipun agak terkejut dan terasa hati, Lolita masih berjaya mengukir senyuman sinis buat kakaknya itu. "Lah yeke? Lita dengar budak Institut Agung Altair bahagian bangunan bawah kata Lita lagi cantik dari akak. Jadi, akak tu layak sangatlah ya?"

"Pandai ya, kau." Marah Shima seraya menarik telinga adiknya dengan penuh geram.

Lolita pantas menampar tangan kakaknya itu sekuat hati. Telinganya ditekup sebelum berlari pantas keluar dari bilik mereka berdua. "Mummy, tengok akak ni!" Jeritnya.

Shima tersenyum senget sebaik sahaja suara adiknya itu bagaikan pecah akibat menahan tangis. Telefon pintar yang diletakkan di atas meja soleknya itu diambil.

Dia menaip sesuatu kepada kawan baiknya. Tangannya menari-nari di atas telefon bimbit dengan gedik.

'Meet me at the cafe.'

Hantar.

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now