🌺 Bab 6 🌺

3.2K 197 8
                                    

Fiya menilik jam tangannya, memerhati jarum yang bergerak memandangkan beberapa minit sahaja lagi loceng sekolah akan berbunyi bagi menandakan waktu rehat akan habis. Selepas itu, dia menoleh semula ke arah sahabat-sahabatnya yang duduk diam tidak berbunyi. Tanpa disedari, telefon pintar yang bergetar di tangan segera dilihatnya menandakan ada talian yang masuk.

"Ehem." Maira berdehem bagi menarik perhatian sahabat-sahabatnya. "Siapa yang kata setuju tadi?" Soalnya sambil bercekak pinggang.

"Errr..." Firah bersuara takut-takut kemudian mengalihkan pandangannya ke arah lain. "Emmm, aku." Balasnya sambil mengangkat jari telunjuknya.

Keluhan kecil Maira lepaskan kemudian duduk semula ke atas kerusi. Kepalanya diurut perlahan. Fiya yang sibuk berkomunikasi di telefon pintarnya tidak menumpukan perhatian apatah lagi Mini, yang leka bermain dengan PSP miliknya itu.

Maira berdehem lagi, seperti meminta pertolongan. Firah harus ditegur, kerana sikapnya yang melulu telah menjerat mereka ke dalam persetujuan yang tidak mendapat kata putus itu tadi.

"Kita buat lagu Drag Me Down, nak?" Tanya Mini tanpa mengalihkan pandangan. Nadanya bersemangat, umpama memihak kepada Firah. Dengan itu, Maira sekadar menggelengkan kepalanya tanda mengalah.

Sebaik sahaja meletakkan talian yang entah daripada siapa, Fiya segera menoleh ke arah sahabat-sahabatnya semula lalu menjongketkan kening tanda keliru. Mini mengulangi soalannya, dan mendapat tiga ibu jari yang diangkat bagi menyatakan persetujuan. Sememangnya, mereka berempat ini meminati kumpulan One Direction.

"Nak mula berlatih? Tapi dekat mana?" Tanya Fiya sambil berpeluk tubuh.

Semuanya mendiamkan diri untuk berfikir. Tidak lama selepas itu, Firah bersuara terlebih dahulu. "Boleh saja buat dekat rumah aku." 

Mendengarkan itu, ketiga-tiga sahabatnya melompat riang. Selepas itu, mereka melakukan handshake rahsia milik mereka yang hanya mereka sahaja tahu gayanya.

•••


Minuman di tangan disedut rakus. Matanya memerhati pelajar yang lalu-lalang di hadapan mereka dengan wajah yang serius. "Betul ke rancangan kita ni?" Tanya Ris.

"Mestilah! Kenapa?" Soal Mar pula yang mana duduk di samping Ris. Wajah sahabatnya yang bagaikan sedang memikirkan sesuatu masalah itu ditatap.

Rambut yang segak teratur kini diserabutkan Ris sendiri. "Hmmm, kau tahu tak yang budak perempuan lain dah warning dia orang?!" Ujarnya kuat sambil menghentak meja menggunakan tapak tangannya. Pelanggan di kafe institut itu segera terdiam, memandang Ris.

"Uh, sowwy...?" Tutur Ris, segan apabila menjadi pusat perhatian.

Naz menggelengkan kepalanya. Ris ini, harap sahaja kepala kumpulan tapi kadangkala banyak main juga dia ini. "Tak payah nak ber-sowwy sangatlah."  Ujarnya menyampah. Dia lantas berpaling ke arah lain dengan kepala yang direhatkan ke atas telapak tangan.

Han pula tertawa kecil kemudian memetik jari bagi menggamit perhatian Ris. "Kenapa? Kau ada suka perempuan lain ke? Milana suka kau, tahu?" Katanya dengan sengihan.

"What the- Banyaklah kau! Aku bukannya suka pun dengan perempuan Milana tu. Lagipun, kita ada sebab kenapa kita pindah sekolah ni kan? Agak-agaklah nak pilih perempuan lain pun." Tukar Ris, laju sekali. Wajahnya kelihatan merah padma.

Akhirnya, ahli kumpulan Band Boyz itu riuh dengan tawa. Menambahkan lagi kegamatan suasana kafe Institut Agung Altair.

•••


"Kita kena cari cara...." Tutur Shima sambil mencalit gincu ke bibirnya. "....Untuk putuskan persahabatan empat orang budak perempuan tu." Sambungnya kemudian mengemam bibir bagi meratakan calitan gincu tersebut. Senyuman manis terhias di wajah tatkala wajahnya terlihat di cermin dengan penuh jelita.

Milana yang turut menilik wajahnya di cermin lekas melirik ke arah Shima yang berada di sisi. "Kita nak mulakan dengan siapa?" Soalnya seraya menepek bedak pada wajah.

"Firah?" Cadang Shima dengan jongketan kening.

Maurah yang mendengar segera menggeleng laju. "No way! That girl is so into friendship. Kau tak akan tahu apa yang dia akan buat kalau dapat tahu persahabatan dia hancur. Nanti kang lebih erat adalah." Tukasnya.

"Dah tu, Maira?" Milana pula mencuba nasib.

Shima pula mengerutkan dahi lalu mendesis. "Dia? Tak payah. Sudahlah dilahirkan dalam keluarga pegawai yang tegas, sekali dia siasat perkara ini, habis kita." 

"Lah... Then, Mini?" Maurah bertanya.

Wajah menyampah ditunjukkan Milana. Rambutnya digulung-gulungkan menggunakan jari sebelum menyatakan isi hatinya. "Kalau bercakap apa pun dengan dia, dia tak akan kisah. Aku kan, rasa nak hancurkan saja PSP dia tu!"

Tawa kecil terlepas dari bibir Maurah. "Oh! How about Fiya?" Sarannya dengan senyuman senget. 

"Oh... Budak hati tisu tu? Boleh juga kan?" Shima berkata sinis sambil bermain dengan cermin yang berada di tangannya. Riaknya bertukar jahat, seperti satu idea muncul di pemikirannya.

Aduhai Just Four, habislah!

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now