Tibanya mereka di kaunter hadapan, Fiya telah bertanya terlebih dahulu keberadaan Milana. Setelah mengetahui nombor bilik dan tingkat bangunan, mereka segera berjalan pantas ke arah yang dituju.
Pintu wad dibuka, kelihatan Milana yang sedang berada di perbaringan tersenyum kecil. Lihat sahaja empat wajah yang dibencinya itu, senyumannya hilang terus.
"Kau orang buat apa dekat sini? Keluar sekarang!" Marah Milana yang hampir-hampir sahaja membaling sebuah bantal ke arah mereka.
Terkejut terhadap apa yang berlaku, Just Four segera kembali berdiri di luar bilik. Sudah kenapa pula perempuan itu? Tadi dipanggil, bila ke sini dihalau pula.
"Haih, tak sedar diri sakit. Sekali aku luku kepala dia, hilang ingatan terus." Bebel Yazmin dengan gelengan kepala.
Fiya pula sekadar tersenyum senget dengan anggukan kecil. "Hmm, biar, biar. Orang perasan bagus memang macam tu. Plus dia tak sangka yang masuk tu kita." Balasnya.
Tanpa dipinta, Shima dan Maurah tiba di sisi mereka dengan wajah mereka yang sentiasa berlagak sombong. Just Four hanya menoleh dan berpeluk tubuh memandang mereka, kening dijongket sebagai tanda persoalan.
"Jadi, Milana buat apa?" Soal Maurah, meniru gaya keempat-empat orang gadis itu.
Maira mencebik tanda mengejek kemudian menjawab. "Baling bantal dekat kita orang?"
"Ish, perempuan tu." Ucap Shima sambil mengetap bibir. "Penat je aku minta nombor dia orang daripada Lolita." Sambungnya lagi.
"Ada apa panggil kita orang ke sini?" Tanya Mini, geram.
Senyuman yang tidak ikhlas diukirkan oleh Shima buat mereka. Tidak bercakap pun sudah tahu, pasti ada sesuatu yang ingin diminta lagi-lagi hospital ini milik keluarga Fiya sendiri.
"Well, you know... Milana kan tak sihat? Lepastu, dia minat sangat dengan si Ris tu. Boleh tak Firah lepaskan dia? Kalau bagi yang lagi tiga orang pun boleh." Pinta Shima tergedik-gedik. Tangannya digerakkan seperti meminta sesuatu.
Rengusan marah Firah berikan sebelum menemukan Ris tidak jauh dari mereka. Jejaka itu ditolak lekas dari belakang sehingga dia terdorong ke hadapan ke arah pintu masuk bilik wad Milana. "Nah, nah, ambil. Macam aku kisah? Bye." Ucap gadis itu lantas meninggalkan mereka semua di situ, terpinga-pinga.
Tanpa membuang masa, Maira, Fiya dan Mini segera mengejar Firah tetapi sempat memberikan jelingan maut buat Maurah dan Shima di situ. Pandangan mereka itu sangat dingin, sehingga membuatkan dua orang gadis itu sejuk ke tulang.
"Layankanlah. Malas aku nak ambil kisah." Ucap Mini sambil menepuk bahu Han yang berlapik berkali-kali. Selepas itu, dia berlari pantas dengan tangan yang dilap ke baju.
Senyap. Suasana janggal mula datang. Maurah dan Shima memandang Mar, Naz dan Han silih berganti.
"Ah, maaf." Han mula bersuara. "Aku tak minat orang yang tak cukup kain." Sambungnya lagi lalu berdehem perlahan.
"Pfft-"
Laju sahaja Band Boyz meninggalkan wad tersebut. Dari kejauhan, tawa mereka kedengaran dengan kuat sekali. Shima dan Maurah memandang dengan mata yang membulat sehinggalah keempat-empat jejaka itu ditegur jururawat akibat terlalu bising.
"Eh, dia orang tu tahu ke aku ni siapa hah? Eeee, mulut tak reti jaga." Shima membebel dengan kaki yang dihentakkan ke lantai. Maurah di sebelah pula terangguk-angguk bagaikan burung belatuk.
"Tapi, benda betul." Satu suara lain menyibuk dari belakang. Lantas dua orang gadis itu menoleh.
Maurah mencebik, melihat Zakuan atas bawah. "Kau diam." Marahnya.
Zakuan sekadar menjelir lidah, memusingkan tombol pintu untuk memasuki bilik wad. Sebaik sahaja dia menutup pintu, Shima dan Maurah memandang satu sama lain kemudian meneliti pakaian masing-masing. Pakaian berjenama kot, bukannya murah. Senang-senang sahaja orang mahu berkata macam-macam.
Malas mahu berfikir lagi, mereka melangkah masuk ke dalam bilik wad. Kelihatan Zakuan sedang berbual dengan Milana seperti kawan lama. Aik?
"Mini betul-betul luku kepala perempuan ni sampai hilang ingatan ke?" Bisik Maurah sambil menuding ke arah dua orang insan itu.
Shima menggelengkan kepalanya dengan jongketan kening. "Heh, kau kenal Milana. Adalah benda yang dia nak minta nanti tu."
•••
Berlari ke luar bangunan hospital, Band Boyz menoleh-noleh bagi mencari kelibat empat orang gadis itu. Sedang mereka melalui kawasan taman yang tidak ramai orang, terdengar suara-suara yang sangat mereka kenali sedang rancak berborak.
Di sebalik suara-suara itu, ada satu lagu yang dipasang dan memang enak didengar. Tidak kurang dari itu, topik perbualan mereka juga berkenaan penyanyi-penyanyi lagu tersebut.
"Adoi, One Direction lagi? Tak habis-habis." Kata Naz, bosan.
"Biasalah, perempuan kan." Sambut Mar pula. Dahinya diurut-urut perlahan. Sambil itu, mereka berempat perlahan-lahan mendekati empat orang gadis itu tanpa mereka sedari.
Semakin dekat, semakin jelas perbualan mereka. Eh, saja mahu buat orang cemburu atau apa?
Fiya yang sedang seronok bercerita tentang Niall terus sahaja memperlahankan suaranya tatkala kedengaran satu lagu yang tidak asing berada tidak jauh dari mereka. Maira, Mini dan Firah yang sedang mendengar dengan bersungguh-sungguh segera berpaling ke sana sini. Mana datang lagu itu pula?
Please,please,please,
Kamu jangan nakal,
Ku pergi sebentar,
Bukan untuk curang."Dia punya tahap overthinking tu, memang tak boleh lawan eh?" Maira bersuara setelah terlihat Band Boyz berada tidak jauh dari mereka sambil menyanyi kecil, mengikut rentak laju yang dipasang oleh Naz.
"Hesh, hesh, senyap sikitlah! Sini hospital. Orang tengok, tahu tak?" Tegur Firah dengan tangan yang dilambai-lambaikan supaya mereka menurunkan kelantangan suara mereka. Wajah Ris menjadi mangsa jelingan tajamnya.
Keempat-empat jejaka itu terus mengunci mulut, melihat orang sekeliling yang kini memandang mereka dengan pandangan pelik. Hanya senyuman janggal mereka hadiahkan.
Sebaik sahaja mereka menoleh semula ke hadapan, kerusi yang diduduki oleh empat orang gadis itu kosong tanpa penghuni. Setelah memandang ke sana dan ke sini, sebuah bus stop di luar pagar hospital menarik perhatian mereka. Terlihatlah insan-insan yang dicari mereka itu.
"Eh, cepatnya dia orang keluar!" Ris ternganga.
"Kejar!" Mar bersuara dengan tudingan jari ke arah keluar. Tidak menunggu lagi, mereka lantas mengambil langkah seribu.
YOU ARE READING
Gadis Acah Popular #1
Teen FictionBermulanya kisah, dengan empat orang sahabat di Institut Agung Altair. Maira yang tegas dan cantik, Fiya yang lemah lembut dan bergaya, Mini yang lasak dan kelakar serta Firah yang berkaca mata dan baik hati. Empat orang gadis ini ialah murid yang...