🌺 Bab 12 🌺

2.9K 196 2
                                    

Bergemanya loceng di setiap pelosok sekolah menandakan berakhirnya waktu persekolahan mereka. Setelah mendapat kebenaran dan pelepasan, semua pelajar berpusu-pusu menuju ke pagar sekolah.

Lapan orang manusia dapat dilihat sedang berkumpul di tempat letak basikal sambil membuat kerja masing-masing. Tidak lama kemudian, sebuah kereta muncul di hadapan mereka dengan kepala Ris yang terjengul keluar. Selepas memastikan keretanya elok berhenti, Ris melangkah keluar.

"Okey, Zakuan duduk depan dekat sebelah aku. Kau orang bertiga duduk di bahagian tengah dan girls, kau orang duduk belakang sekali." Arah Ris persis seorang ketua berwibawa. Tangannya bergerak-gerak mengikut arahan yang diberi.

Anggukan faham empat orang gadis itu berikan manakala tiga orang ahli Band Boyz itu memandang Ris dengan pandangan tidak puas hati. Mereka mencebik.

"Nak apa lagi?" Soal Ris sebelum mengeluh kecil.

"Kenapa kita orang tak boleh duduk dengan dia orang?" Tanya Naz sebagai wakil sahabat-sahabatnya.

Just Four yang memahami apa yang dipersoalkan cepat-cepat memasuki kereta dan bergerak ke bahagian belakang sekali. Mereka lantas melihat apa yang akan berlaku.

Kini, keluhan kuat pula Ris lepaskan sambil memicit batang hidungnya. Ketiga-tiga sahabatnya itu dipandang dengan penuh tajam. "Cik abang sekalian, anda semua tahu bukan, bahawa batas adalah salah satu daripada apa yang kita PELAJARI!" Tuturnya sopan dalam marah.

Zakuan yang sedari tadi bermain-main dengan kakinya terus sahaja memboloskan dirinya ke dalam perut kereta akibat ketakutan yang teramat. Suara Ris yang memetir itu benar-benar membuatkan mereka yang mendengar kecut perut.

Selepas bertengkar mulut beberapa minit dengan segala teori yang tidak masuk akal, Mar, Han dan Naz akhirnya mengalah dan melakukan apa yang dipinta. Ris pula bergerak ke tempat pemandu sambil tersenyum kemenangan.

•••

Suasana di dalam kereta agak kekok kerana tiada seorang jejaka pun yang membuka mulut. Hanya celoteh gadis-gadis yang berada di tempat duduk belakang sahaja kedengaran. Bicara mereka itu didengari oleh setiap orang di situ yang mana mengundang diam oleh para jejaka.

Topik One Direction menjadi gosip hangat para gadis yang menimbulkan riak kelat pada wajah setiap jejaka di situ akibat cemburu. Zakuan yang memerhati setiap seorang di situ tertawa kecil kerana terhibur.

"Apa yang kelakar?" Soal Naz sambil menjeling jejaka yang sibuk tertoleh-toleh ke belakang itu.

"Muka kau orang?" Zakuan membalas soalan tersebut dengan jawapan dalam nada menyoal. Mulutnya ditahan daripada tertawa dengan tangannya kemudian berpaling ke hadapan. Akibat malas mahu melayan, keempat-empat jejaka itu sekadar mendiamkan diri.

Selepas beberapa minit memandu sambil ditemani dengan para gadis yang sekejap berbisik, sekejap tertawa dan sekejap menjerit, mereka akhirnya tiba di tempat yang dituju. Hospital Permata Biru tersergam indah di hadapan mata mereka.

Fiya tersenyum kecil tatkala hospital milik keluarganya itu dapat dilihatnya setelah sekian lama. Dia sering berada di rumah dan ke sekolah sahaja maka dengan itu, jarang sekali dapat dia lawat ibu dan bapanya yang berkerja di sini.

Kereta diparkir di tempat yang sepatutnya dengan penuh skill oleh Ris. Setelah elok terletak keretanya itu, dia berpaling ke belakang seketika sebelum mematikan enjin kereta. "Kita dah sampai." Tuturnya sedikit kasar.

Sembilan orang pelajar Insitut Agung Altair melangkah keluar dari kereta tersebut. Sebaik sahja kereta dikunci, ahli Band Boyz bersama Zakuan telah berjalan terlebih dahulu ke dalam, meninggalkan Just Four terpinga-pinga di luar kereta.

"Uish, laju-laju nak pergi mana? Dah macam nak pergi jumpa girlfriend mereka pula." Mini berkata sambil mengekori lima orang lelaki itu tidak jauh dari belakang.

"Kau jangan macam-macam, Min. Seriau aku dengar." Balas Maira yang menjeling Mini. Gadis itu sekadar tersengih-sengih mendengarkan teguran itu.

Langkah mereka lajukan ke hadapan. Semakin mereka mendekat, semakin laju langkah sang jejaka. Eh, mahu jauhkan diri pulakah?

Zakuan yang berada di belakang sekali menoleh ke arah empat orang gadis di belakangnya itu. Dia mencebik kecil sambil menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Tetapi gayanya itu seperti mahu memberi hint sahaja.

"Oh, jealous much, huh?" Fiya berkata, sedikit terhibur. Bibirnya menguntum senyuman senget yang tidak dapat ditahan-tahan.

"Hmm, kenapa?" Soal Firah, tidak faham. Perwatakan Zakuan dilihatnya dengan kepala yang ditelengkan ke kiri.

Maira yang memahami gaya itu menahan tawa. "Mereka jealous."

"Untuk apa?" Tanya Firah lagi.

"Bruh, One Direction." Balas Mini sambil menepuk bahu Firah berkali-kali. Lantas Firah turut menekup mulutnya agak tidak terlepas kata.

Maira merehatkan tangannya di bahu Fiya yang berpeluk tubuh melihat keempat-empat jejaka itu. "Haih, perangai macam budak-budak sungguh."

Gadis Acah Popular #1Where stories live. Discover now