Dari belakang bas yang berjalan, sebuah kereta sedang dipandu laju mengekori dengan penuh teliti. Semua yang berada di dalamnya diam membisu sehinggalah,
"Dia orang ni naik bas tu tahu tak sampai mana?" Suara Han menerpa pendengaran.
"Entahlah, takut main naik je." Jawab Ris, memegang stereng kuat-kuat.
Sibuk mencelah di bahagian tengah pemandu dan penumpang, Naz menjengulkan kepalanya. "Dia orang punya unik tu sampai tak nak naik kereta dengan kita." Tiba-tiba Naz berkata.
"Betullah orang cakap. Dia orang tu banyak karenah, keras kepala. Memang menyusahkan kerja kita banyak betul. Nasib dah jadi kawan, kalau tidak habislah kita." Mar pula mengeluh panjang. Nombor plat bas itu ditenung lama-lama.
Setelah sekian lamanya berjalan dan mengekori, akhirnya bas tersebut berhenti jua. Apa yang mereka tidak sangkakan ialah bas itu berhenti betul-betul di bus stop bahagian belakang Institut Agung Altair. Eh, jadi gadis-gadis itu tahulah ke mana ia akan pergi?
Mini melompat turun bersama Maira. Fiya pula melangkah turun terlebih dahulu sebelum menghulurkan tangan untuk Firah menyambutnya. Perlahan-lahan dia menuruni tangga bas.
"Welp, belakang sekolah ya tempat berhenti kita?" Tutur Mini sambil bercekak pinggang, memandang keadaan sekeliling. Bangunan sekolah yang tinggi itu membuatkan dia hampir mendongak memandang langit.
"Ponteng kelas semata pertandingan, keluar sekolah sebab ada orang masuk hospital, lari balik naik bas, kembali semua ke sekolah. The irony." Firah membuat recap yang mana mengundang tawa dan dengusan dari mereka yang lain.
Meninggalkan bus stop, mereka menuju ke tempat menunggu di hadapan sekolah mereka bagi pulang ke rumah. Elok sahaja tiba di sana, bunyi loceng yang menandakan waktu tamat kokurikulum pelajar junior berdering nyaring.
"Heh, tepat-tepat." Fiya berkata gembira. Senyuman senget dia berikan. Mujur pelajar senior tiada aktiviti kokurikulum pada hari itu.
Memandangkan sudah masuknya waktu pulang pelajar junior, mereka mula melepak dan melakukan kerja masing-masing. Mini pula sempat mengambil basikalnya dan menunggu bersama-sama sahabatnya.
"Agak-agak Band Boyz tu apa jad-"
"Ha, sini pun kau orang!" Suara Naz memecahkan gegendang telinga.
Dengan wajah terkejut bersama tarikan nafas bising, mencicit keempat-empat gadis itu mencari jalan keluar. Mereka ingin melarikan diri sekarang juga.
Seperti mendengar doa yang dipohon, kereta milik keluarga Firah muncul tiba-tiba. Tanpa membuang masa, Firah menarik Maira untuk balik bersamanya. Kedua-duanya memboloskan diri ke dalam perut kereta.
"Wait, what?" Fiya ternganga apabila sedar dia akan berjalan pulang bersendirian.
"Fiya sini cepat!" Arah Mini, menunjukkan tempat duduk belakang basikalnya. Fiya lantas berlari dan membonceng Mini. Tempat menunggu, Mini cepat-cepat mengayuh pergi sebelum sempat empat orang jejaka itu tiba di situ.
Tidak sempat berkata apa, ruang menunggu itu telah pun mula dipenuhi oleh para pelajar lain yang baru pulang. Band Boyz mengeluh perlahan, masing-masing berwajah letih dan kesal.
"Apalah nasib aku dapat charge macam tu." Keluh Han kemudian terduduk di atas kerusi yang telah disediakan. Dahinya yang berpeluh itu dilap dengan lengan baju.
"Nak buat macam mana?" Tanya Naz lalu mengambil tempat di sebelah Han. Tersekat-sekat dia mengambil nafas sebelum menyambung. "Takdir."
Mar tidak berkata apa-apa, hanya memandang pemergian empat orang gadis itu dengan lirikan mata. Ris pula tersenyum nipis, bermain dengan telefon pintarnya. "Betul tu takdir. Esok kita akan jumpa mereka lagi."
- Gadis Acah Popular, Tamat -
YOU ARE READING
Gadis Acah Popular #1
Ficção AdolescenteBermulanya kisah, dengan empat orang sahabat di Institut Agung Altair. Maira yang tegas dan cantik, Fiya yang lemah lembut dan bergaya, Mini yang lasak dan kelakar serta Firah yang berkaca mata dan baik hati. Empat orang gadis ini ialah murid yang...