Bab 1

3.2K 57 0
                                    

'Maafkan saya menduakan awak. Saya pilih dia.' Bibit ayat yang keluar dari mulut Asyraf Khusyairy benar merobek hati kecil Audra. Sudah 3 tahun Audra menyendiri. Tali pertunangan yang diputuskan sendiri oleh dia, kerana benar-benar kecewa dengan sikap Asyraf Khusyairy.

'Oii! Menung tak habis. Ingat siapa? Mamat kepala petak tu lagi? Move on la.' Terjah Yasmin memecah kesunyian rumah bujang mereka.

'Ah kau Min, sibuk la. Baru nak mengelamun kawin bawah pedang.' Bentak Audra sambil menjeling. Dia kenal benar dengan sahabat karibnya sejak dari tadika, hobi asyik dok menyakat orang. Tapi yang dia kagum, si Yasmin ni mesti tau apa yg dia fikirkan jika mengelamun jauh.

'Sudah-sudah la tu Audra Sophea. Lupakan je Mat Terap kau tu. 3 tahun dah, kau je yang masih terkial-kial lagi. Ni haa, aku dah masakkan dinner special buat kau, Nasi Goreng Kampung fav, makan sampai habis.' Bebel Yasmin sambil menghulurkan sepinggan Nasi Goreng kepada Audra.

Direnung redup muka pulus si Audra. 'sampai bila kau nak macam ni.' Monolog Yasmin sendirian, sambil berlalu pergi meninggalkan Audra yang sedang menjamah makan malam.

Sementara Audra masih membawa dirinya di ke kisah lampau. Tak lalu dengan masakan kawan baiknya malam ini. Entah mungkin dia masih kekenyangan dek kerana minum petang tadi.

'Ya Tuhan, beri aku kekuatan..' Bisik hati kecil Audra sambil meneruskan suapan yang berikutnya.

Cinta Si Abang LorengWhere stories live. Discover now