Bab 15

1.3K 28 0
                                    




Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. segala persiapan telah dibuat namun audra masih lagi memastikan segalanya lengkap supaya tidak ada apa pun yang teraral. dia tidak mahu majlisnya rosak disebabkan kesilapan kecil.

gaun labuh berwarna putih disulami manik-manik menambahkan seri pengantin baru. audra hanya mengenakan make up tipis di wajahnya. kata aszra, dia tidak mahu isterinya bersolek berlebih lebihan. kecantikan naturalnya sudah cukup buat aszra.

'awww audra! aku macam tak percaya kau dah jadi wife orang. and finally ur in your big day sayang! im happy for you. dapat juga kau kahwin bawah pedang walaupun bukan dengan asyraf, kan?' yasmin datang memeluk audra ketika audra ingin melangkah keluar dari bilik persalinan pengantin. audra membalas pelukan yasmin penuh makna. namun mukanya sedikit mencebik akibat kata kata yasmin.


'kau masihlah kan sebut nama dia. yang penting aku ada aszra sekarang. kau tu, bila lagi?' kata audra sambil tergelak kecil. mereka melangkah keluar sambil berpimpinan tangan. dalam pada itu yasmin menatap muka audra yang penuh kebahagiaan. tidak dia sangka, akhirnya audra sudah mampu keluar dari kepompong kesakitan ditinggalkan.


'terima kasih, Allah. semoga aku mampu bahagia seperti audra.' monolog yasmin sambil tersenyum.


..................................................................................

'auuuu.... audraaa...' mata asyraf tertacap pada sosok tubuh yang selama ini dia cari dan rindu. wanita yang dia tinggalkan tanpa perasaan. wanita yang pernah berjaya duduki hatinya namun diendahkan. wanita yang sentiasa bersama dengannya diwaktu susah senang sebelum dia melangkah ke alam ketenteraan lagi. dia rindu akan senyuman manis wanita itu. tidak, tidak mungkin wanita tersebut kepunyaan aszra..

hatinya sakit melihat audra memaut kemas lengan aszra. pilu melihat aszra merangkul kemas pinggang audra. gelak tawanya bersama akmal tadi pudar. dunianya bagai berhenti seketika.

'weh buddy, awat hang ni? hang sebut nama siapa tadi? audra? hang kenai dia ka?' sedar dengan perlakuan asyraf yang sedikit pelik, akmal mengajukan soalan kepada asyraf. dilihat asyraf cuba mengemaskan semula kedudukan baju one dressnya.

'takda apa lah buddy. tak kenal pun, kenal sebab dia wife buddy aku lah. hahahaa.' asyraf cuba mengawal emosi nya. dia memaut bahu akmal menandakan dia dalam zon yang selesa. 


'okay la hang cakap macam tu. jum, kemaskan kedudukan pedang kau tu. kita ambil tempat.' ujar akmal. mereka terus mengambil langkah menghampiri pegawai yang lain. Asyraf cuba menjauhkan diri dari dilihat audra. dia tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku ketika itu.

langkah demi langkah diatur menuju ke karpet merah. setiap mata tetamu tertacap kepada dua mempelai yang tidak ubah seperti merpati dua sejoli. tepukan dari tetamu megiringi kemasukan dua mempelai ke dalam dewan. majlis dilaksanakan dengan penuh istiadat ketenteraan.


selangkah demi selangkah, audra dan aszra melepasi pedang-pedang yang mengiringi hari bahagia mereka. sehinggalah pedang yang terakhir yang tidak megizinkan mereka meneruskan langkah selagi aszra tidak mengendong audra.

tiba-tiba, mata audra tertacap pada sosok tubuh pegawai yang menghalang mereka dari meneruskan langkah. wajahnya kelihatan tenang, seperti tidak perasan akan kehadiran audra. walhal ketika itu, cuma asyraf sahaja yang tahu bagaimana perasaannya, meraikan hari bahagia kawannya bersama wanita yang benar dia cinta, bukan itu dia mahukan!

'asyraf, kenapa.. kenapa sekarangg..??' monolog audra dalam hati. tindakan aszra mengendong audra mengejutkannya dari lamunan kisah silam lama. tidak mahu aszra perasan apa yang sedang dirasai, audra mengukirkan senyuman bahagia pada aszra. senyuman audra dibalas aszra dengan penuh bahagia.


Cinta Si Abang LorengWhere stories live. Discover now