'Ibu, audra tak kenal pun lelaki tu, apanya nak dijodohkan dengan audra pulak? Jodohkan jela dengan orang lain. Audra taknak! Once i said no, forever no' jawab audra membantah. Dari moodnya berbunga-bunga menonton drama korea, terus layu mood nya dek gangguan puan Izzah. Puan izzah memang benar mahu anaknya disatukan dengan anak kawannya, Puan Ida. Baginya, Audra sudah sampai masanya untuk berumah tangga. Manakan tidak, sudah berumur 26 tahun. Mahu jadi andartu ke?
'Okay, if u refused, maksudnya kamu da ada calon menantu untuk mama la kan?' Ujar Puan Izzah menjeling. Puan izzah mengambil tempat duduk di sebelah Audra.
'Aa.. adddd.. takda!' Audra tergagap. Ahh, fikirannya terus terfikirkan Aszra. Sudah tiga bulan aszra tidak munculkan diri di hadapannya, apatah lagi menghantar mesej. Kadangkala mahu sahaja audra menelefon aszra bertanya khabar, namun cepat-cepat ditepis perasaan itu. Dia rindukan aszra, tapi ego nya mengatasi luahan rindu itu.
'Okay so kalau takda, why not?? Ibu suruh kamu dengan dia berjumpa, kamu taknak. Dahtu? Apa lagi?' Bebel puan izzah membingitkan lagi telinga audra.
'Fine ibu fine! Sukahati ibulah asalkan ibu bahagia!' Rungut audra. Dia bangun dengan langkah membentak lalu menuju ke ruang biliknya. Puan izzah hanya memerhatikan gerak geri audra sambil menggelengkan kepala.
'Ehh ibu nak kamu yg bahagia. Kalau nak tunggu kamu yang bawa calon, andartu la title yang kamu dapat nanti.' Jerit puan izzah sambil ketawa kecil.
.............................................................................
Di dalam bilik, audra menangis teresak esak sambil merenung gambarnya dan asyraf. Jika asyraf tak buat hal, sudah tentu dia sedang bahagia di samping orang yang dia dambakan. I phonenya di capai lalu no Yasmin di dail.
'Hello minn..'
'Hei audraa, kenapa suara kau mcm baru lepas menangis ni?'
'Min aku taknak kawin min.. aku taknak.. ibu aku nak jodohkan aku dengan anak kawan dia.. apa ni min.. aku balik cuti sebab nak rehatkan mental aku yang tengah serabut ni, ni tambah lagi serabut pula min.. min aku taknak..' makin lebat air mata audra, di seka air mata nya perlahan lahan.
'Habis kau nak siapa? Asyraf? Come on min move on! Dia tah tah da beranak pinak la min. Boleh tak lepaskan je dia?'
'No min no.. aku da lepaskan pun dia.. aku tahu dia dah bahagia tanpa aku.. aku tenggelam dengan memori aku dengan dia.. itu sahaja.. '
'Habis ni asal kau menangis bagai?'
'Aku rasa.. aku jatuh cinta dengan aszra..'
'Hei what???? Haritu mamat tu lamar kau, kau taknak. Sekarang kau tercari cari dia. Kau ni mabuk ke?'
' ye memang aku mabuk! Gila! Aku tolak dia sebab dia tipu aku! Kau tak ingat apa yang asyraf buat pada aku? Asyraf pun tipu aku min! Dia kata dia sayang aku, dia nak jadikan aku yang sah min! End up wht he did to me?!! Tah dia bercinta dengan nurse mana tah.. berbulan aku kena tipu hidup2 min.. semata sebab hubungan jarak jauh je.. aku taknak kena lagi min..' air matanya yang reda kini mengalir semula. Dia tak mampu mengingati semula peristiwa hitam yang melanda hidupnya.. perit dalam hati di tahan.
'Hei audra. Kau kalau kau kt depan aku ni kan da lama aku pial pial telinga kau. Da berapa banyak kali aku cakap? Aszra bukan tipu, dia saje nak kenakan kau masa tu. Kau boleh bezakan tak antara tipu dengan gurauan? Boleh? Kau jangan terbawa bawakan kisah lama audra.. audra sophea kau dengar tak ni??' Bebelan min yang panjang membuatkan audra merasa sedikit sebal. Diseka lebihan air matanya.
'Terlambat min.. aszra da pergi dari hidup aku.. jumpa kt ruma kita nanti.. assalamualaikum..' talian di matikan oleh audra. Audra mengambil posisi tidur, dirapatkan matanya yang sedikit bengkak akibat tangisan tadi. Dalam pejam dia berharap, andai benar jodohnya dengan orang yang dia tidak kenali, izinkanlah dia merasai kebahagiaan.
.............................................................................
Aszra mengambil tempat duduk di hadapan pejabatnya. Direnung kawasan padang kawad. Kelihatan anggota lepasan rekrut yang baru melapor unit di 'cas' oleh salah seorang lans koperal yang bertugas. Begitulah santapan matanya hari-hari. Dalam tentera, terdapat sebaris ayat yang mengatakan 'azab sengsara kau akan rasa'. Maka, selepas cop 10 jari dan angkat sumpah, mereka yang telah menjadi anggota tentera perlu rela berhadapan dengan apa jua dugaan yang bakal berlaku.'Kpl Rashdan, kenapa cas budak baru?' Jerit aszra memanggil lans koperal yang bertugas itu.
Cepat cepat lans koperal rashdan menghulurkan tabik hormat pada aszra.
'Tuan, macam biasalah, suruh dia bersihkan kawasan. Diaorg bantai berong belakang stor sambil isap rokok. Diaorang meminta la tuan' ujar lans koperal rashdan.
'Haa yelah, tepat jam 1300 suruh diaorg masuk bilik, pastu suruh diaorg pergi surau. Faham?' Arah aszra.
'Faham tuan, terima kasih tuan' huluran tabik lans koperal rashdan pada aszra. Aszra membalas tabik tersebut dan lans koperal menyambung tugasnya.
Aszra mengambil tempat duduknya kembali. Malas rasanya dia mahu masuk ke pejabatnya. Banyak lagi susunan fail dan dokumen yang belum dia semak. Sudah 3 bulan dia tidak menghubungi audra. Hanya gambar audra yang dia curi-curi tangkap sahaja menjadi pengubat rindu. Ada kala dia buat kerja gila, meronda di depan sekolah audra berkali kali, namun hampa, tidak langsung kelihatan kelibat audra. Bertambah serabut kepalanya memikirkan jodoh yang ditentukan oleh ibunya dalam masa sebulan lagi. Segala borang permohonan perkahwinannya diuruskan oleh akmal. Akmal pula menjadi pengantara dia dan ibunya. Gambar pasport bakal isterinya juga tak dilihat. Dia menyuruh akmal sahaja yang mengguruskan segalany. Ahhh, mungkin benar dia tiada jodoh dengan audra?
'Audra, awak tak rindu saya?' Sapu tangan kepunyaan audra dikeluarkan dari poketnya. Dia mengeluh perlahan.
'Assalamualaikum kapten aszra Arifie?' Sapaan dari seseorang menghentikan aszra. Cepat cepat aszra memandang ke arah empunya suara itu.
'Wsalam, ya Allah kapten asyraf Khusyairy! Lama tak nampak! Ni kenapa jauh sangat ni datang dari pahang ke kementah??' Sapa aszra kepada asyraf. Aszra dan asyraf berjabat tangan lalu mereka berpelukan.
'Haha. Dah aku tak balik pahang lagi dah. Aku baru posting harini. Baru pagi tadi melapor. Seingat aku kau bertugas kat sini. Aku tanya kerani mana pejabat kau, tau tau je kau ada kt sini.' Lega asyraf dapat berjumpa dengan skot nya ketika rekrut dahulu. Sama-sama ditauliahkan di port dickson ketika itu.
'Hah baguslah! Tambah lagi sorang buddy aku. Jom pergi mess. Aku belum makan tengahari lagi ni' pelawa aszra sambil menuju ke mess pegawai bersama asyraf.
'Well why not? Tengahari ni makan free, malam ni makan orang belanja, boleh kan ra? Hahaha' mereka serentak ketawa.
Ketika di mess, aszra mengenalkan akmal kepada asyraf. Dalam masa beberapa minit sahaja, mereka dapat menyesuaikan diri dengan asyraf. Maklumlah, aszra sudah tentu satu skot dengan asyraf dahulu, manakala akmal pula memang peramah orangnya.
'Eh aszra, kita berbual panjang ni, aku nak tanya satu la. Bila kau nak kawin?' Ujar asyraf mengusik. Tersedak aszra mendengar soalan asyraf. Cepat2 aszra mencapai air.
'Hahahaa. Apa kau ni asyraf. Sebulan lagi nak naik pelamin dah.' Sambung akmal mengusik. Senyum sindir akmal dihulurkan pada aszra. Aszra hanya memandang dengan pandangan kosong.
'Eh dahtu? Tak buat istiadat ke? ' sapa asyraf lagi. Matanya memandang aszra yang sedang menyuap makanan. Saja di paksa dirinya makan. Malas memikirkan soal kawin.
'Malas nak buat. Tapi si akmal ni bersungguh sgt nak aku lalu bawah pedang dia. So aku buat. Aku ambil 10 orang pegawai. Satu lagi kosong. Kau nak?' Tanya aszra pada asyraf.
'Mestilah nak! Buddy aku nak kawin kot. Sword bearer ceremony ni makin ramai buddy kau angkat kan pedang untuk kau, tu maksudnya ukhwah kau dgn buddy2 kau kuat ra!' Ujar asyraf penuh teruja. Mana tak nya, baru lapor unit, da boleh makan nasi minyak buddy sebulan lagi!
'Banyak la kau. 10 orang tu cukup. Kalau tak kena bayar korang ni takpe. Ni satu kepala rm50. Kau nak tolong bayarkan?' Ujar aszra sambil mengelap mulut dengan napkin. Makanannya habis dimakan, walau dipaksa telan. Akmal sudah terkekek-kekek ketawa. Asyraf juga turut sama.
YOU ARE READING
Cinta Si Abang Loreng
Romancemacam pelikkan? tak lama mana pun aku kenal si aszra tu. namun dialah yang berada di sisi aku sekarang. syukur. asyraf? kenapa sekarang kau munculkan diri?