Bab 19

1.2K 24 1
                                    

suasana di mess menjadi sepi..  Akmal seperti menjadi orang perantara antara Azra dan Asyraf. selalunya mereka tidak begini. paling tidak mess ni boleh dikatakan macam ada acara kalau Azra, dia dan Asyraf bersatu. namun untuk kali ini, janggal.

'hmm hmm, eh jap, engkorang tak usya-usya budak kompeni Alpha tu ke, dengar cerita ada sorang budak tinju. badan sedap tu, mana tahu boleh bertinju dengan kita bersama-sama' Akmal sepertinya tiada topik untuk dibualkan namun apakan daya, dari suasana sepi begitu, ada baik juga dia memulakan perbicaraan.

'bukan hal aku, tak minat' Azra dan Asyraf bersuara serentak. terkejut juga Akmal, boleh pula berdua ni cakap ayat yang sama.

Akmal perhatikan pula makanan di pinggan Azra, mcm tak terusik langsung, Asyraf pula, berselera macam biasa.


'Azra dah tahu hal sebenar ke?' akmal bermonolog.

_____________________________________________________________

akmal dan azra berjalan seiring menuju ke pejabat. asyraf tak kemana-mana hala tujunya, selepas selesai makan dia terus meninggalkan mess.

'kapten azra arifie, whts goin on man? hang ni mcm tengah period ja. makan pun takat tiga butir nasi, hang diet ka sayang?' akmal sudah mula buat perangai gilanya. dipaut lengan azra, dilentokkan kepalanya sedikit di bahu kiri azra.

azra yang bengang dengan tindakan akmal terus menepis lengan akmal. 

'Mal kau jangan cari pasal. mood aku tak cas lagi ni, kang ada yang kena pikul balak tengah panas ni kang' azra mendengus. dalam kepalanya masih bermain main dengan segala syakwasangkanya terhadap asyraf. dia yakin apa yang terjadi kepada audra mesti kerja dia. kalau tak, siapa lagi?

akmal masih lagi mengekori azra sampai ke pejabat. mood membawang akmal turns on. dia nekad untuk korek sedikit demi sedikit apa yang terjadi antara asyraf dan buddy nya azra.

Azra mengambil tempat duduk. fail di atas meja di ketepikan. matanya tepat merenung akmal.

'Kau nak apa lagi ni mal?'

'kau anggap aku buddy kau?'

'ap masalah kalau buddy pun?'

"kau tu yang bermasalah, apa masalah kau dengan asyraf? dulu kemain sebulu. sekarang?

terdengar keluhan Azra. Akmal masih tak mengerti apa yang terjadi antara azra dan asyraf. atau mungkin azra sudah tahu asyraf bekas tunang audra?

________________________________________________________________________________

'tenang, setenang yang dulu' pandangan Audra dilepaskan pada pemandangan tasik Titiwangsa pada waktu petang. tak ramai orang pula hari ini. mungkin kerana bukan hari cuti.

Dia ditinggalkan lagi. di tinggalkan demi tugas suaminya untuk negara. Pelbagai soalan bermain dimindanya. Pelbagai perkara menghantui pemikirannya.

Audra masih mengenangkan waktu bersama suaminya. Indah, manis,nyaman. tiada yang lebih indah selain suaminya di sisi. 

Audra mengambil tempat duduk di bangku yang disediakan. Pandangannya dialihkan kepada sepasang suami isteri yang bermain belon air bersama anaknya.

Audra tersenyum tawar. 

'kalaulah masih ada lagi kamu dalam perut ibu, sayang..'

Perasaan sedih menyelubungi diri. dia terasa sunyi. sepi. belum setahun lagi usia perkahwinannya. Tapi sudah tak terbilang berapa kali dia ditinggalkan suaminya. kadangkala mahu sahaja diikut rajuk hatinya.. apalah guna berkahwin dan mempunyai suami, tapi segalanya harus di atur sendiri. apalah gunanya dibilang sayang, padahal sayangnya harus dikongsi dengan negara.


seperti tak cukup kasih sayang, seperti belum puas berkongsi rasa cinta, seperti belum cukup ditatap senyum manis suaminya. semuanya diragut oleh negara.


Air matanya menitis, wajahnya ditundukkan sedikit, pantas dia menyeka air matanya sendiri.

Mindanya berjalan lagi. mungkin inilah rasanya bergelar isteri tentera. Hati yang kena keras seperti batu, perlu berdikari sendiri, semuanya sendiri bila suami tiada. macamanalah isteri tentera yang perlu duduk berjauhan bertahun-tahun dek kerana jarak dan tugas masing-masing. macamana mereka boleh kuat?


'Allah, kuatkan aku, biasakan hati aku untuk terima semua ini. Sudah tertulis suamiku untuk negara, dan tidak mampu tertumpu kepada aku sahaja. Allah, kuatkan aku' monolog Audra. Air matanya dibiar mengalir.


'audra..' satu suara menyapa Audra dengan lembut, tisu dihulur dan Audra seperti kenal siapa yang menghulur tisu padanya..



Cinta Si Abang LorengWhere stories live. Discover now