'Mawar...' Azra mebelek-belek jambangan bunga mawar yang berbalut cantik. ada 5 kutum semuanya. tapi yang pasti Azra betul-betul tak sedap hati. ada apa-apa maksud disebalik bunga mawar ni? kenapa diletakkan depan pagar rumah nya pagi tadi. siapa yang letak dan hantar? Asyraf? Asyraf ke punya angkara Audra gugur. dan ini plan gerakan Asyraf yang seterusnya supaya dapat memenangi hati Audra semula?
'Setakat 5 tangkai, aku mampu beli lebih dari ni!' azra mencampakkan jambangan mawar itu ke dalam tong sampah pejabatnya. dia menghela nafas berat. tubuhnya disandarkan ke kerusi. fikirannya masih berat memikirkan perihal Audra yang gugur dan bunga mawar yang di hantar. kira sudah dua kali dia jumpa jambangan mawar seperti ini. tetap dalam keadaan yang sama, tiada kad kiriman, cuma jumlah kuntuman sahaja masih sama, 5 kuntuman mawar.
'Assalam tuan Azra'. lamunan azra dikejutkan dengan salam daripada sahabat yang sedang diraguinya, Asyraf.
muka Azra nampak bersahaja. sengaja dikawal emosinya. namun tidak pula Asyraf. muka seperti menahan kegeraman.
Asyraf terus mengambil tempat duduk tanpa keizinan. Azra membiarkan sahaja walaupun terdetik sedikit geram di hati. 'kaki ludah jilat balik ni memang tak tahu adab agaknya'. omong azra dalam hati.
'Kenapa kau tak jaga audra dengan baik?'
'apa yang kau maksudkan?'
'audra gugur, sebab kau kan dia gugur ? sebab kau selalu tinggalkan dia, abaikan perasaan dia!'
suara asyraf sudah sedikit meninggi. namun geram dan marahnya masih boleh dikawal. Mahu sahaja dia hemburkan kata-kata kesat pada azra. tapi dia masih didalam kem. dia tak mahu dikenakan apa-apa tindakan. tapi dia tak mampu bersabar apabila melihat audra menangis sendirian di tasik titiwangsa tempoh hari. apatah lagi audra menceritakan dirinya baru sahaja keguguran.
'jaga baik mulut kau asyraf. kita dalam kem. aku tak suka benda-benda personal kita bincang dalam kem. kau nak tengok muka kita berdua menghadap co, dipersilakan'
jawapan azra tenang. benar, dia tak mahu apa-apa berlaku pada kerjayanya hanya kerana hal remeh begini. Lagipun asyraf bukan main hembus sahaja, tahtah dia sengaja berlakon untuk menutup kesalahannya. tah tah asyraf berlagak menyalahkan azra padahal dialah dalang disebaliknya!
'sebelum kau nak sembang lebih jauh asyraf, aku nak bagitau kau sesuatu. aku cukup menjaga audra dengan baik. tapi kau pun tahu, kita menyarung uniform yang sama, di bawah panji yang sama. kau fikir apa? kita keluar masuk kem, berjauhan dengan anak bini dan keluarga kerana janji kita pada negara. kau fikir aku sesaja biarkan audra sendiri-sendiri ke uruskan hal-hal diri dia? kau fikir kau boleh expect benda-benda yang berlaku pada hari esok? kau pun tak boleh expect ex tunang kau jatuh ke tangan aku. betul tak?'
pedih, hati asyraf betul terasa pedih. jari jemarinya di genggam kuat. mukanya sudah berkerut menahan marah angkara bait-bait ayat azra.
'sebelum kau buka mulut lebih lagi, aku nak ingatkan kau. tak perlu lagi hantar bunga mawar depan rumah aku. sebab selalunya aku yang jumpa dulu bunga tu dan bukan Audra. dan jangan kau fikir aku tak tahu, kau ceroboh rumah aku kan? dalam dunia ni kau macam takde perempuan lain nak dijadikan isteri? kenapa isteri aku juga yang kau kejar?'
'apa kau merepek ni azra?'
'kau jangan banyak berdalih asyraf. aku tahu kau nak rebut audra dari aku. aku tahu semua taktik-taktik kotor kau. dah kau blah. sebelum staf2 lain nampak kita bertelagah kat sini. baik kau blah. '
'aku bagi amaran kat kau kapten azra arifie, jaga audra dengan baik. sekali lagi kau buat dia sakit, aku yang akan take turn jaga dia. kau faham tak faham ni?'
asyraf bangun lantas terus keluar dari pejabat azra. azra hanya tersenyum sinis melihat perangai asyraf.
'budak-budak lagi perangai kau ni asyraf. muka je macam bapak-bapak' omog azra sendirian.
____________________________________________________________________________
'heiii jangan -jangan!kau nak apa dari aku?? kau nak apaaa?!!!!!' audra menjerit sekuat hati tatkala lengannya dilelar oleh seseorang. dia benar tidak kenal siapa orang itu. tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya dan menjerit-jerit mahukan miliknya. habis diri audra ditolak-tolak, rambut audra ditarik tarik, seperti tiada perikemanusiaan.
'aku nak milik aku la!! kau tak faham ke?? mana milik aku!!!! mana milik aku!!!' orang tersebut persis orang gila. meracau-racau mahukan miliknya. audra keliru. siapa dia, apa dia mahukan? mahukan miliknya? tapi apa? barang kemas? duit? apa?
Leher audra dicekik-cekik. audra merasakan nyawanya seperti dihujung tanduk. tangannya terkapai-kapai minta diri nya dilepaskan.
'LEPASKANNNN AKUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!'
'Audra! Audra sayang, kenapa ni?' igauan Audra memecahkan hening malam mereka. Azra yang tadi sedang tidur lena akhirnya terbangun dek jeritan Audra. Audra yang terkejut dengan mimpinya terus terduduk, kelihatan airmatanya sedikit mengalir. kepalanya hanya menunduk sambil menahan esak.
Azra berasa pelik. selama perkahwinannya Audra tak pernah begini. merengek sewaktu tidur pun tak pernah. tidur Audra tertib. apa yang mengganggu isterinya?
'sayang, kenapa ni? mimpi apa? siapa yang kacau awak?' jari jemari Azra mengusap lembut pip audra. air mata audra cuba di hapuskan.
Audra tidak mampu berkata apa selain terus memeluk Azra. dia amat memerlukan suaminya saat ini. dia tak mahu suaminya meninggalkannya lagi. dirinya seperti tidak kuat, dan tidak mahu peristiwa yang sama berulang.
'abang, kenapa masa kita mula-mula kenal dulu, abang panggil Audra, Mawar?'masih dalam kedudukan dakapan, audra sudah mula sedikit lega. namun, soalan soalan yang sedah lama ingin diajukan akhirnya terluah jua..
Azra menunjukkan reaksi kaget. Mawar.. dalam fikirannya ligat memikirkan apa alasan yang perlu diberikan. Perlukah dia jujur? atau menutup sahaja cerita lamanya agar rumah tangganya selamat?
'Maa.. mawar.. Mawar lah, masa tu abang lihat isteri abang cantik sangat.. macam bunga Maa..' tiba-tiba tutur kata azra terhenti.. seperti ada sesuatu datang menerjah dalam benak fikiran Azra..
'Abang, kenapa?'
' sebab muka isteri abang cantik, seri macam bunga Mawar. dah, kita tidur ya. jum, tidur dalam pelukan abang.. abang jadi body guard Audra malam ni. Siapa kacau isteri abang yang dalam pelukan abang ni, siap dia! abang buka langkah TTS! Baru dia tahu abang bukan askar besye besye!!' bicara Azra diiringi dengan posisi mereka berbaring dan berpelukan.
'Abang minta maaf, sayang..' Monolog Azra..
'Abang tipu Audra..' Monolog Audra..
Malam itu masing masing menjawab persoalan masing-masing, cuma antara hati mereka sahaja yang tahu. walhal jasad mereka, saling menyembunyikan.
YOU ARE READING
Cinta Si Abang Loreng
Romancemacam pelikkan? tak lama mana pun aku kenal si aszra tu. namun dialah yang berada di sisi aku sekarang. syukur. asyraf? kenapa sekarang kau munculkan diri?