Hari yang tidak dinanti telah tiba. Puas Audra melaksanakan solat istikharah sepanjang tempoh menunggu dia dijodohkan dengan entah mana-mana lelaki yang ibunya kenankan. Makin di minta petunjuk, makin hatinya teringatkan aszra. Kenapa? Ah.. dia kusut, serabut.
'Heii audra! Astagafirullah kau tak siap-siap lagi? Lepas asar nanti kau nak menikah tau? Tu mak andam tu dok tunggu je kau dalam bilik pengantin. Buat apa lagi termenung dalam bilik mak kau?' Omel yasmin sambil menarik tangan audra untuk bergerak ke bilik pengantin.
'Min.. aku taknak kahwin min. Hati aku kuat untuk cari aszra semula.. min aku tak boleh..' tubuhnya dikakukan.
Yasmin mengambil tempat di sebelah audra. Di genggam jari jemari audra perlahan.
'Audra. Percaya pada takdir dan jodoh, okay? Inshaa Allah, Tuhan itu maha Kaya Audra, dia akan kurniakan perasaan sayang pada suami kau nanti. Percayalah. Dah jgn teragak2, aku taknak mata kau sembab . Lap air mata tu. Jum, jap lagi kau nak jadi isteri orang dah.' Ujar yasmin sambil tersenyum pada audra. Dia faham situasi audra sekarang. Semestinya hati audra sedang berbolak balik.
.............................................................................
Aszra sudah mengambil posisi di hadapan tok kadi. Entah kenapa pandangannya harus ditundukkan sahaja dari memandang bakal isterinya. Memang tidak rela benar hatinya untuk berkahwin. Dia teringatkan peristiwa semalam apabila dia menggagahkan diri menelefon audra.
'Hello audra..' suaranya perlahan dan gugup
'Ya hello, siapa ni? ' suara audra lembut di talian. Ahhhh, suara yang dia rindu berbulan lamanya.
'Aszra. Audra.. apa khabar?' Aszra cuba mencari keserasian.
'Untuk apa awak cari saya lagi aszra? Pergi! Kan saya dah cakap jgn cari saya lagi! Saya bakal menjadi isteri orang esok. Lupakan saya!' Terdengar suara sendu audra di talian. Belum sempat dia membalas apa apa, audra telah memutuskan talian.
Dia mengeluh kecil. Mungkin selepas akad nikah ini, dia perlu memulakan hidup baru dan perlu melupakan audra.
'Aszra Arifie bin Adnan, sudah bersedia?' Sapaan tok kadi menghentikan lamunan aszra.
'Sudah..' senyuman tawar di hulurkan pada tok kadi. Tangannya berjabat dengan tangan tok kadi.
'Aszra Arifie bin Adnan, aku nikahkan dikau dengan Audra Sophea bt lutfi adnan dengan mas kahwin rm88.00, tunai..'
Mata aszra dan audra seiring membuntang, mereka saling berpandangan. Cepat-cepat matanya dialihkan semula kepada tok kadi.
Lafaz nikah diucap. Hati audra yang dari tadi seakan ribut tornado kini bagai berada di taman bunga sakura. Dia bagai tak percaya, matanya tidak bergerak memerhatikan aszra yang segak mengenakan busana baju melayu cream cekak musang dan samping cream bercorak benang perak. Mahu sahaja dia menjerit pada waktu itu untuk meluahkan isi hatinya yang penuh dengan perasaan gembira tika itu. Dilihat aszra menuju padanya, dia menundukkan pandangan semula.
Yasmin yang berada disisinya sudah tersenyum. Dia sudah tahu awal mengenai perkahwinan aszra dan audra. Sengaja dirahsiakan.
Aszra melutut dihadapan audra. Tersipu sipu audra dibuatnya. Habis pipinya merah padam. Jari manis audra di capai aszra. Terketar juga aszra menyarungkan cincin pada audra. Maklum lah first time pegang tangan mulus audra. Haha.
'Audra, awak kawin dengan siapa harini? Semalam awak marah suami awak ke?' Bisik halus aszra ketika hendak mencium dahi audra.
Audra menahan rasa malu. Marah pun ada! Tengah dalam keadaan mcm ni pun aszra boleh mengusik lagi.
Kucupan yang aszra beri terasa nyaman. Audra berasa lega, kerana jodohnya ini ialah insan yang dia cintai dalam diam.
.............................................................................
Usai sahaja menyalam tetamu, audra cepat cepat mencari yasmin. Dibiarkan aszra berseorangan menyalam baki teramu yang lain.'Yasssminnnnnnnnnnnnnnnnn! OmG yasmin aku mcm tak percaya!' Jerit audra sambil melonjak-lonjak memeluk yasmin. Dia ingin benar berkongsi perasaan gembiranya sekarang!
'Hei kau jgn nak menggedik kat sini malu tetamu kau nengok pengantin melonjak mcm ni! Habis berterabur manik kat baju kau tu nanti! Haaa ngk tu veil pun da senget benget!' Bebel yasmin sambil membetulkan veil yasmin.
'Sebenarnya audra aku dah tau dah kau dijodohkan dengan aszra. Saje taknak bagitau kau. Nak buat suprise. Hihihi' yasmin tergelak kecil..
Mata audra membuntang memandang yasmin. Tangannya terus melepuk kecil bahu yasmin.
' mana kau tahu ni?? Sejak bila pandai-pandai nak berahsia dengan aku?'
'Aku bergossip dengan ibu kau lah. Masa tu aku call ibu kau sebab risau keadaan kau makin hari makin sugul. Dalam pada tu aku tanya ibu kau pasal bakal suami kau. Ibu kau kata namanya aszra kerja sebagai askar. Aku dah agak dah tu mesti mamat acah gangster tu. Kan? Nasib baik kau tak jadi pengantin lari. Kalau tak? Menyesal kau nanti..' kata yasmin mengusik audra. Audra hanya tersenyum sipu.
'Sayang, jum? Kita makan, abang lapar lagi la..' aszra merangkul pinggang audra. Entah mana arah nya aszra datang. Rangkulan aszra membuat audra sedikit terkejut. Yasmin menjengket jengketkan kening memandang audra.
'Semoga berbahagia.' Bisik yasmin.
Audra menghulurkan senyuman kepada yasmin dan berlalu pergi bersama aszra.
YOU ARE READING
Cinta Si Abang Loreng
Romancemacam pelikkan? tak lama mana pun aku kenal si aszra tu. namun dialah yang berada di sisi aku sekarang. syukur. asyraf? kenapa sekarang kau munculkan diri?