Bab 8

1.4K 31 0
                                    

'Azra, macamana first date? Ada baik?' Tegur Akmal sebaik sahaja Azra melabuhkan punggung di sofa bujang bilik mereka. Kelihatan riak Wajah Azra sedikit suram. Azra mengangkat kening sambil mencebikkan bibir.

'Boleh la Mal. Ada ke dia kata aku ada mental illness. Pastu dia kata dia tak mungkin jatuh cinta dengan gangster. Haha. Dia tak tahu aku tentera kot. Btw, Aku serius kot dengan dia! Tapi Mal sumpah cakap, jatuh cinta teruk aku dengan dia. Cant deny anymore Mal.' Ujar Azra bersungguh. Akmal melabuhkan punggung di bucu katil sambil tergelak kecil.

'Habis kau dah bagi kotak merah kecil tu pada dia?' Akmal mengingatkan semula Azra mengenai kotak merah kecil yang ingin Azra hadiahkan pada Audra.

'Dah! Aku pesan pada dia, jangan buka kotak tu selagi belum tiba waktunya. Antara dia amanah atau tak, terpulang. Kalau tak amanah, tak suprise laa.' Azra menggerakkan keningnya sambil tersenyum pada Akmal.

'Aku tertanya juga, apa isi dalam kotak kecil tu. Kau bagi cincin? Gelang? Kunci kereta?' Akmal mengajukan pertanyaan sambil berseloroh.

'Adalah.. rahsia padia. Tidurlah. Esok pagi pt dgn anak buah. Esok kita bawa diaorg ronda kem. Bagi diaorg rains at their back. Haha.' Ujar Azra sambil bergerak memasuki ruang bilik air.

Akmal hanya mampu tersenyum melihat telatah kawannya itu.

***

'Audra Audra Audra! Berapa RM kau kena bayar ganti rugi? Mesti mahal kan?! Dia kan gangster kawasan ni! Dia bawa geng tak?' Bertalu talu soalan Si Yasmin ujarkan kepada Audra. Audra yang baru sahaja melangkah masuk ke rumah seperti malas mahu melayan kerenah Yasmin.

'Kena. Kena bayar dengan menjadi girlfriend dia. Gila betul mamat tu. Sakit jiwa aku dibuatnya' ujar Audra mengeluh.

' serius?? Eeee kau nak ke Audra bersuamikan gangster kawasan? Dahla suami orang! Peliss la jatuh reputasi kau sebagai guru berwawasan okay!' Yasmin mula menunjukkan reaksi jengkel.

'Min.. Dia tu pelik tau.. Dia tak panggil aku Audra, tapi Mawar.. Dan aku rasa dia tu bukan gangster kawasan la Min.. Gaya dia macam....' Ayat Audra terhenti. Mata mereka bertentangan.

'ASKAR!!' Mereka sama-sama menghabiskan ayat.

Di dalam bilik, Audra melabuhkan badannya yang lesu di atas katil empuk sambil membelek-belek kotak merah kecil.

'Apa isi dalam kotak ni? Nak aje aku buka. Ni no no no. Audra Sophea, ini amanah. Tapi, apa tujuan dia bagi kotak ni pada aku?' Monolog Audra sendirian.
Dicapainya bingkai gambar yang berada di sebelah katilnya. Gambar dia dan Asyraf ketika Asyraf ditauliahkan di Port Dickson.

'Adakah dia pengganti awak? Tak, tak mungkin. Hati saya masih untuk awak. Walaupun saya menghilang, menjauh dari awak, saya masih cintakan awak, Asyraf.' Dalam tak sedar air matanya mengalir. Sukar dia ingin melupakan cinta pertamanya yang gagal dipertahankan.

Tingg tingg

Azraarifie: sayang, selamat malam. Fikir fikirkan apa yang saya ucapkan pada awak tadi. Saya betul-betul ikhlas. Awak telah membuka hati saya Mawar. Setelah 8  tahun saya mencari cinta. Saya yakin awak untuk saya. Jangan buka kotak merah tu. Amanah tau! I love you, Mawarku..'

Audra membaca whatsapp Azra dengan
Perasaan yang kosong. Perlu ke dia menerima lamaran Mr. Bossy? Dah la suami orang, ada anak sorang, gangster kawasan pula. Ahhhhh kusut!

Cinta Si Abang LorengWhere stories live. Discover now