'Min cepat Min, kita dah lambat ni, lambat nnti kita sampai sekolah, tak pasal-pasal kena marah dengan pengetua.' Jerit Audra dari ruang parkir kereta.
Beginilah kebiasaan Audra di pagi hari. Kelam kabut untuk ke sekolah. Tambahan Yasmin juga bertugas di sekolah yang sama. Tugas nya sebagai seorang guru disalah sebuah sekolah rendah memang menjadi impiannya sejak kecil. Alhamdulillah, berkat hasil titik peluh dan doa ibu bapanya, Audra berjaya menjadi pendidik.
.............................................................................
'Audra, kau ni tak boleh ke kalau tak cantik untuk sehari?' Usik Yasmin memecah kesunyian ruang kereta Produa Axia milik Audra. Sengaja diusik Audra dipagi hari Isnin, agar kembali mood segar mereka berdua untuk berhadapan dengan perangai murid yang pelbagai ragam.
Respond Audra bersahaja, kenal benar dia dengan perangai si Yasmin Melda. Sambil itu dilirik sedikit matanya ke arah Yasmin. Kelihatan Yasmin sedang merenung tajam ke arahnya.
'Min kau kenapa? Tak breakfast ke pagi tadi sampai pandang aku macam tu. Nampak aku macam Mee Hun Goreng ke?' Ujar Audra sambil ketawa kecil. Pelik juga melihat perangai kawan baiknya. Pagi-pagi hari macam ni tenung macam nak makan orang.
'Takda apa lah min, saje peratikan kau lama-lama.' Balas Yasmin hambar.
'Bukan tak cantik kawan aku ni. Muka iras iras retis Korea. Macam Nora Danish pun ada gak. Sopan santun lagi. Kenapalah si Asyraf tu tinggalkan si Audra untuk perempuan lain.' Monolog si Yasmin lagi.
Dan Audra melayan lamunan paginya sambil mengelamun.
YOU ARE READING
Cinta Si Abang Loreng
Любовные романыmacam pelikkan? tak lama mana pun aku kenal si aszra tu. namun dialah yang berada di sisi aku sekarang. syukur. asyraf? kenapa sekarang kau munculkan diri?