BAB 18

1.1K 28 1
                                        

Hari yang Azra tunggu telah tiba. sengaja tidak diberitahu Audra tentang rancangannya untuk pulang menemui isterinya. Dia menyesal atas perbuatannya yang membabi buta. Timbul rasa kasihan kepada isterinya kerana diperlakukan begitu.

'Kasihan Audra, dahlah terpaksa jalani hari hari dia tanpa aku. Aku pulak buat keras aku je haritu. Dengan fon pulak boleh rosak dua tiga harini. Sayang, sabar ya, abang pulang untuk sayang' monolog Aszra dalam hati sambil membelai jambangan bunga Mawar yang diletakkan disebelah car seatnya. Seukir senyuman dilakarkan, hatinya tidak sabar untuk menemui Audra Sophea, isteri kesayangannya.


Kereta di parkir di luar rumah, pelik, mengapa pintu pagar tidak dikunci.

'Ah, mungkin Audra keluar tadi, lupa nak tutup gate la tu, haih sayang sayang' Azra meneruskan langkah nya menuju ke depan pintu masuk. sambil-sambil itu matanya memerhati sekitar kawasan rumah, tidak ada apa yang berubah, masih kemas, teratur.

'Pintu rumah terbuka?' Azra mulai curiga, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Langkahnya membawa dia ke dalam rumah. Matanya memerhati setiap susunan perabut di dalam rumah tersebut, tidak ada tanda-tanda seperti dimasuki pencuri. Masih dalam keadaan kemas dan teratur.

'Sayang?' Panggilan pertama yang tidak disahut. Azra cuba berfikiran positif. langkahnya menuju ke dapur, Audra tidak ada. Ditujukan pula langkahnya ke bilik persalinan. Mungkin Audra di bilik persalinan mengemas baju? Juga, tidak ada.

'Sayangg, abang balik ni..' Nada suaranya dilantangkan sedikit, fikirnya mungkin Audra tidak dengar mungkin kerana Audra sedang berada di tingkat atas, atau tidur.

Langkahnya dipercepatkan memanjat tangga rumah. Terpusu-pusu, dengan harapan Audra berada di dalam bilik, dan kepulangannya di sambut dengan pelukan mesra Audra..

Tangannnya pantas mencapai tombol pintu bilik.

'Audraa, abangg dahhhh...' ucapannya terhenti. terlihat sekujur tubuh yang terbaring di lantai bilik, dipenuhi dengan darah di bahagian kaki Audra. Azra kaku. Jambangan bunga Mawar terlepas dari genggamannya. Azra terduduk, terpaku, termengu.

'Auuu.. audra.. saa.. yangg.. Abangni.. AUDRAAAAA!'

________________________________________________________________________

Jari Audra digenggam erat. Sesekali di belek setiap jari jemari runcing isterinya itu. Teringat kali pertama jari itu disarungkan cincin sebagai tanda Audra miliknya. Air mata Azra menitis. Sekali lagi timbul kekesalan yang membuak muak di hati.

'Kalau tak kerana ego aku, Audra tak macam ni. Audra takkan kena macam ni..' Perlahan suaranya menangisi apa yang berlaku kepada isteri kesayangannya.

'Aaa.. abang..' suara Audra kedengaran.

'Sayang, sayang dont worry.. sayang kat hospital ni.. abang ada dengan sayang.. jangan risau okay?' dahi Audra dikucup lembut. ubun-ubun audra diusap perlahan bagi memenangkan hati Audra. Azra tidak tahu, bagaimana untuk memberi tahu berita yang mungkin membuatkan Audra sedih dan hiba.

'Sayang.. anak kita ada lagi kan dalam perut saya? hari-hari saya tunggu abang balik untuk kejutan ni.. Abang dah nampak kan kotak hadiah atas katil kita? hadiah untuk abang' tutur audra sambil tersenyum. Namun dalam senyumannya terdetik kesedihan pabila Azra melihat air mata Audra jatuh menitis.

'Sayang.. its okay.. Ada rezeki kita lain hari.. Maafkan abang.. Maafkan abang kerana lalai dan tak mampu bahagikan masa antara tugas dan keluarga.. maafkan abang' Air mata Azra mula menitis semula. di genggam erat jari-jari mulus Audra, dan dicium lembut berkali-kali. Penyesalan yang tiada kesudahan. Audra tidak mampu berkata apa, Malam mereka di hospital, hanya bertemankan air mata.

'Maafkan, Ibu, sayang. Maafkan Ayah juga. Ibu gagal lindungi kamu, dan Ayah terpaksa korbankan segalanya demi tugas hakiki. Tunggu ayah dan ibu di syurga ya, sayang..' Monolog Audra seorang diri sambil perutnya diusap lembut.


___________________________________________________________________________

3 hari di hospital sudah cukup untuk Audra. Doktor kata Audra sudah boleh diberikan pelepasan, cuma perlu diberi perhatian lebih di rumah dan perlu berpantang seperti ibu-ibu yang melahirkan.

Kondisi Audra kini juga kelihatan stabil. Baginya ini ujian dan telah tertulis dalam takdir hidupnya. dan dia percaya, ada rezeki yang lebih indah bakal hadir untuk dia dan suaminya.

'Sayang, abang dapat panggilan, mungkin habis cuti ni abang bakal busy sikit.. Abang risaukan sayang, abang takut apa-apa jadi kat sayang lagi..' pemandangan di balkoni luar yang dihiasi tanaman hijau menjadi tempat Audra dan Azra berbincang dan berbual kosong. bagi mereka sudut ketenangan begini perlu ada untuk memastikan segala perbincangan antara mereka sentiasa tenang dan tidak dipengaruhi dgn suasana yang makin mengeruhkan keadaan.

terdengar suara Audra yang duduk di sebelahnya sedikit mengeluh. Audra melentokkan kepalanya ke atas bahu kanan Azra, tangan kirinya menggapai tangan kanan Azra.

'its okay abang.. Audra kuat. Isteri tentera mestilah kena kuat, kan?'

'Em.. abang nak tanya, apa sebenarnya yang terjadi waktu Audra tumpah darah haritu? Pencuri masuk?'


Audra terdiam. Dia kembali ke posisi asal. Entah bagaimana harus dia sampaikan pada suaminya tentang perihal sebenar.

'err emm tak.. Audra tergelincir.. ya, tergeincir.. Audra minta maaf.. audra ada bagi mesej kat abang yang audra nak keluar, tapi abang tak balas.. Audra teringin sangat nak makan pisang ggoreng.. baliknya Audra terus masuk rumah and tergopoh2 cari fon kalau2 abang ada balas mesej audra. Then, audra silap langkah. tergelincir. Audra minta maaf..'


'Audra tak tipu abang?'


'em.. tak..'


Matanya dilarikan dari merenung Azra.. takut Azra mengesyaki sesuatu.. sedangkan Azra pula, tahu, Audra sedang menyembunyikan sesuatu darinya.

Cinta Si Abang LorengTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang